Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Renungan

CUTI PATAH KAKI

  Assalammualaikum guys... ini aku nak cerita kemalangan yang tejadi zaman PKP 2020... bermula la kisahnya pada awal 2020... 03/03/2020 pejabat dipindahkan ke |PUTRAJAYA maka aku berulang alik dari SELAYANG BATU CAVES ke putrajaya setiap pagi dan petang berhari hari... adoiyai penat tu biasa lah... tak pernah lewat tak pernah nyusuk... maksunnya mengelat... walaupun berhujan panas... ini lah pekerja yang sering disakiti walaupun begitu kehadiran di tempat kerja sentiasa effition... wakakaka poyo... depan JALAN SULTAN ABDUL HALIM (depan PARLIMEN laaa) dipendekan cerita aku terbabas sendiri ketika itu waktu hujan renyai renyai 7am.. biasanya aku berkonvoi dengan sahabat aku... tapi kali ini hujan kan aku gerak awal dan kami akan berjumpa di stesen minyak selepas TOL SUNGAI BESI... tak sampai lagi tol aku dah terbabas sendirian di bawah terowong berhadapan dengan parlimen... tergolek gedebam jatuh.. nasib baik belakang aku tak ada kenderaan lain.. like lori ke kereta ker...  klu ...

Telefon Tok Imam Lagu Power Rangers

Assalammualaikum dunia…. Dunia lah sangat… bagi salam dekat orang yang rapat dengan kita pun bukannya semua yang sambut salam…. Haippp bukan nak mengata atau pandang negative tapi itulah hakikatnya… tapi bukan lah semua… ada yang jawab salam secara terang terangan dan ada juga yang menjawab secara sembunyi-sembunyi… Betul tak? Yang sambut salam secara terang terangan kita nampak maka yang sambut secara sembunyi Allah yang tahu… bagi seorang manusia mereka perlu terang-terangan…  ( gambar hiasan ) Meh sini arjuna nak cerita dua situasi yang boleh kita tahu dan boleh kita membezakan diantara seseorang manusia itu dengan manusia yang lain secara tak formalnya… jom arjuna nak bagi dua situasi tersebut. Contoh paling mudah didalam dunia… gagagaga dunia lagi kannnn… arjuna nak kawan-kawan berfikir sejenak,  “YANG MANAKAH DIANTARA DUA PERKARA INI YANG LEBIH ANDA SUKA DAN MENGUTAMAKANNYA” Dalam satu masa terjadinya dua perkara iaitu : Situasi pertama : a) Senah/Leman ...

Darah Daging Paling Suci

Assalammualaikum semua... di sini arjuna nak menceritakan suatu perkara tentang "ADIK BERADIK" walaupun arjuna tak mempunyai adik beradik tapi disini arjuna nak kongsikan bersama sebuah cerita yang mungkin ada kene-mengena dengan semua manusia... cuma ko orang kena mendalami dan menghayati sedikit sahaja... dalam masa 5 minit pun jadilah... --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ( Baju baru member beli kat melaka ) Adik beradik ; Jagalah hati adik berdik dahulu barulah hati kawan. Adik berdik dahulu, baru kawan. Darah daging dahulu, baru kawan. Dalam diam sebenarnya ramai yang terlalu mementingkan kawan dari keluarga sendiri. Perasan tak? Mesti tak perasan kan? Takpa.... Ingat.... Sebaik mana pun kawan-kawan kita, kalau sakit atau meninggal dunia, kawan yang kita terlalu jaga itu BELUM TENTU lagi dapat menziara...

Seperti diawang - awangan

Kita Sekufu di sisi Allah Alhamduliiah bertemu kembali didalam alam maya yang dah lama aku tak update (eh lama ke...?). Apabila ku terasa sunyi dan sepi aku mula menulis coretan2 yang mungkin memberikan aku sesuatu bentuk kesabaran dan kesedara didalam diri. Ada kalanya kita lupa, ada kala kita terasa dan ada kala kita perasan apa yang difikirkan. Tak semestinya semua perkara kita perasan. ini mungkin kerana keadaan dan persekitaran yang menyebabkan kita terasa sesuatu... (sesuatu sangat kankankan..) Serabutnya kepala aku nie... kerja berlambak-lambak datang sekali gus... al maklum laaaa... sekarang dah naik Gred JA29 yang berada di awang - awangan... (kenapa awang2) kerana di tempat kerja aku, masih lagi menganggap Gred J17 tidak layak dinaikkan Gred J29 tersebut... katanya kami tak layak.. tapi oleh disebabkan keputusan sebulat suara oleh JPA maka Jabatan tempat kerja aku terpaksa akur... Walaubagaimanapun kami masih lagi tidak disahkan untuk jawatan itu... dah s...

Jika Tiada Rezeki

"Bekas Tertarung Lagi Terkenang, Apa Pula Hubungan Nyawa" Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar. ---------------------- Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia. -------------------------- Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal. ----------------------- Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan. ----------------- Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala. ------------------- Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur...

Punca Doa Hindar Kemarau Ditolak

Bismillahhirrahmanirrahim.... Assalamualaikum .. guys hari nie seperti biasa hujung-hujung minggu arjuna akan datang ke tempat kerja untuk menggodek-godek komputer... hehehe nak masuk kelas tak ada dalam jadual pulak minggu nie... huhuhuhu... ermmmm mcm biasa la kumpul2 baju kotor masuk dalam plastik anta dobi dekat tempat keje... 7am dah gerak dari rumah.. ustaz sebelah rumah tegur, keje ke????? tak laaa nak anta dobi je... hehehehe... *STOP* sambung cerita... Ya Allah Ampunkan Dosa Hamba Mu Godek2 en GOOGLE dok cari pasal doa2 untuk musim kemarau... tetiba jumpa la BLOG nie haaaa... islampelitahidup.blogspot.com terima kasih la banyak-banyak sekurang-kurangnya kita dapat berkongsi, mudah-mudahan dapat manfaat darinya aminnn... jom baca... Mungkin kisah ini dapat mensadarkan diri kita dari terus melakukan maksiat dan dosa-dosa kepada Allah S.W.T... Nauzubillahminzaliq.... ---------------------------------------------------------------------------------------------...

Makhluk Yang Lebih Kuat Dari Gunung

"Bersedekah dengan tangan kanannya namun tangan kirinya tidak mengetahuinya"  Rosulullah SAW bersabda: ”Tatkala Allah menciptakan bumi, bumi tersebut bergoyang-goyang, maka Allah pun menciptakan gunung-gunung kalau Allah lemparkan gunung-gunung tersebut di atas bumi maka tenanglah bumi. Maka para malaikatpun terkagum-kagum dengan penciptaan gunung, mereka berkata,  Feel it and heal it ”Wahai Tuhan kami, apakah ada dari makhluk Mu yang lebih kuat dari gunung?” Allah berkata, “Ada yaitu besi”. Lalu mereka bertanya (lagi), ”Wahai Tuhan kami, apakah ada dari makhlukMu yang lebih kuat dari besi?”, Allah menjawab, ”Ada yaitu api.”, mereka bertanya (lagi), ”Wahai Tuhan kami, apakah ada makhluk Mu yang lebih kuat dari pada api?”, Allah menjawab, ”Ada yaitu air”, mereka bertanya (lagi), ”Wahai Tuhan kami, apakah ada makhlukMu yang lebih kuat dari pada air?”, Allah menjawab, ”Ada yaitu air” mereka bertanya (lagi), ”Wahai Tuhan kami, apakah ada makhlukMu yang lebih kuat...

Doa Yang Terluka

Ini adalah ketentuannya Bismillahirrahmanirrahim... salam jumaat semua, dikala menempuhi hari demi hari yang lama kelamaan menjadi sebuah cerita kehidupan seorang insan, persoalan demi persoalan selalu bermian difikiran, adakah kita sering melakukan perkara tersebut?... sudah pasti ada bukan... biasalah kita juga manusia yang mempunyai perasaan. Semua pernah terluka bukan? termasuk juga arjuna tak lari dari perkara itu, didalam kita menghadapi kelukaan ini kita perlu tahu, doa itu lah senjata paling berkesan untuk menyembuh kesakitan ini, dan perlulah kita bersabar dengan dugaan ini... diam dan berdoa (menitis air mata)  "Ya Allah, semoga orang yang menyakiti aku tidak disakiti, diampunkan dosanya" ameenn...  Maka dengan itu berhentilah MENYAKITI HATI tak kira keluarga, sahabat dan sesiapa sahaja, dengan cacaian, makian, hinaan dan membuka iab manusia lain... aku tak biasa melakukannya... dan kita perlu tahu apa yang harus kita lakukan jika perkara ini terjadi ...

Kenapa Tak Kahwin

Salam guys, tetiba aku nak menulis perkara nie, sebelum tu... bukak la dulu roti kering sambil mengunyap dan menaip boleh? gagagaga biasa la... aku nie dah tua kot... nak baca lagi kisah arjuna kirana? meh sini meh... "Kenapa tak nak kahwin....?" gagagagaga gelak besar aku, soalan ini keluar dan terpacul dari mak angkat aku... walaupun bukan dituju kepada aku, tapi kepada anak beliau... dalam masa yang sama aku terasa juga... adoiyaiiii... selalunya pertanyaannye berbunyi.. "Bila nak Kahwin...? kali nie lain pulak bunyinye Pangggg...!!!!!! kena dok..??? Entah laaa... susah nak jawab, kalau dah umur mcm arjuna nie dah nak "EXPIRED" kurang dah nak bercintan cintan nie... kalau dah ada jodoh nanti terus ja nikah, kalau dah "TAK TAHAN SANGAT" suruh je orang-orang yang rapat dengan aku cari kan... perghhhh... ayat tak boleh blaaaaa... gagagaga pettakkk.. Tapi ada juga yang aku tengok aka perempuan laaaa... yg tak kahwin nie bukan sebab tak a...

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2013

Rabu tanpa taipan yang banyak tiru seseorang yang setiap hari rabu baru dia nak update blog... jangan marah ye... pada yang mengenali beliau... gagagaga pettakkk... nak tahu gak kenapa? tapi biar laaa.. mesti ada alasannye kan... :P Disini arjuna nak ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul dan selamat bercuti, dan tak lupa juga, jom tengok tanyalah ustaz setiap hari jam 7am di tv9 dan astro 119 dekat dihati, rancangan kegemaran arjuna setiap pagi nak pegi koje, sambil gosok-gosok baju, selalunya tak sempat nak tgk habis, 7.45am dah kena gerak g opis, kalau tak gerak, memang sah sah sampai tempat koje lewat 8.30am... maklum la nak ke tempat koje memakan masa 20minit itu tak termasuk jem wokey... cukup laaa.. dah banyak taipan nie... kalah dengan orang yang nak ditiru. gagagagaga pettakkk...

Susuk Tubuh Badan

Allahhuakhbar, kesihatan benar-benar menduga susuk tubuh badan aku yang kering ini, Alhamdulillah jarang sekali mendengar berita arjuna tak sihat an an, so dibulan Ramadhan yang mulia ini aku di uji, Selsema + sakit kepala + sakit tekak + sengal-sengal badan, sebelum nie ada juga mengadu lemah lesu tapi tak la sampai nak demam sebegini rupa, ape-ape pun kali nie memang aku betul-betul demam, tah la mungkin banyak dosa kot. tak pa lah sekurang-kurangnya masih boleh lagi berjemaah di surau untuk menunaikan solat trawikh. Diambil kesempatan untuk merehatkan diri, bulan ramadhan nie banyak betul dugaan aku terima, dengan bos yang suka menidakkan kebenaran ditambah pula dengan kerja-kerja sampingan yang tak pernah nak dihargai, study assignment, mana la aku nak tanggung semua tu, tak pe aku cuba menghadapinya. Mudah-mudahan dapat bimbingan darinya. Cuba tengok arwah burung punai nie, dah macam aku tido jeee.. Jikalau la aku dah tiada lagi mungkin aku tak menyesal kerana aku...

Salam Ramadhan 1433 masihi dari Arjuna

Disini terlebih dahulu saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak Bagi seluruh kawan-kawan saya yang dikasihi, mudah mudahan dipanjangkan doa dan dimurahkan rezki kali ini, perbanyakkan lah amalan, dan andaikan Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita. : Perbanyakkanlah : Solat Sunat Membaca Al-Quran Berdoa I'tikaf Bersedekah salam ampun dan maaf dari saya  "ARJUNAKIRANA"

Kemalangan :Peugeot 308 vti vs Myvi SE

SELAYANG : Sunyi sepi selepas solat subuh, berduyung-duyung manusia keluar mencari rezki dan menghantar anak-anak ke sekolah, tiba-tiba kedengaran dentuman kuat di hadapan rumah aku iaitu dibahu jalan "Kampung Bendahara Selayang" jenguk di luar tingkap kelihatan asap keluar dari bonet hadapan kereta .... Perghhhh.. kejut teman.  Kereta Myvi bertembung dengan kereta Peugeot 308 vti kalau tak silap aku laaaa.. keadaan agak teruk habis remuk, mengikut keterangan pemandu, kereta myvi meluru dengan pantas menuju ke jalan bertentangan selepas melanggar bumper jalan dan terus melanggar kereta Peugeot tersebut. Kereta Peugeot membawa penumpang penuh seramai 4 orang terdiri daripada 2 wanita dan 2 lelaki termasuk Dreba, adeh... skema la pulak.. sakit hati aku nak menulisnye huahuaha.. budak pompuantu dahinya terhantuk desboard, bengkak juga laaa.. pak cik yang bawa anak tu mcm cool jeee.. sambil cakap ngan anak dia, ala sikit aje nanti kita pegi klinik, anak perempuan ...

Berebut Anak Pukul Adik Ipar

Salam rahmatullah semua, sahabat ku yang dikasihi, terlebih dahulu aku mohon maaf diatas kesilapan yang aku buat semalam, konon ikut emosi dan akal syaitan yang mempengaruhi kepala otak aku telah post gambar mamat rempit bogel atas motor, terima kasih kerana menegur arjuna. anda amat arjuna hargai. Jom tengok ape kes dengan tajuk aku hari nie.. Jam 10.30pm, selepas balik kerja dah bersiap-siap solat isyak tetiba, dengar auuuuuuuu... heiiiiiiiii.... ahhhhhhh... hoiiiiiiiiiiiiiii... aeeeeeeeeeee... kuat-kuat pulak tu, terus aku jenguk dari tingkap balkoni rumah aku, nampak pokok pasu jiran sebelah rumah bergoyang-goyang, kedebak kedebuk bunyi nyeee.. ermmm tak da lain tak bukan ini mesti kes gaduh bertumbuk. ermmmm.. mula malas nak layan, tetiba ramai pulak orang datang, sampai kan orang-orang yang makan dekat restoran depan rumah aku berlari nak tengok kejadian, mane taknya perempuan jerit kuat2. Deiiiii... ~!@#$%^&*()_)(*&^%$#@!@#$%^&*( = orang india cakap-cakap je...

Nombor Pendaftaran WWW 1 Terjual

Subhanallah, terlebih dahulu arjuna mohon minta maaf kepada mereka yang berkenaan, 1st sekali arjuna merasakan ia satu "PEMBAZIRAN" kenapa aku cakap ia sebagai pembaziran? bagi arjuna yang tak punya ape ini menganggap ia satu perkara yang amat mendukacitakan, cuba kita lihat disekitar kita, keluarga kita,saudara mara kita, jiran terdekat kita, jiran seagama kita dan terakhir sekali jiran bukan seagama dengan kita, ADAKAH MEREKA LEBIH MEMERLUKAN, ini maksudnya jikalau kita sudah berada ditahap yang tinggi adakah kita lupa pada mereka yang berada dibawah, Kalau nak cakap pun susah, bagi aku yang tak mampu nie sekadar bersimpati dan menangis di salam hati, boleh dikatakan banyak golongan-golongan yang bergelandangan di sekitar malaysia, ape yang aku mampu buat aku doakan semoga mereka ini dilindungi Allah S.W.T dimasukkan kedalam golongan yang baik-baik. dalam masa yang sama, ada yang bermegah-megah dengan kekayaan yang sebenarnya bukan milik kita, sepatutnya kita ber...

Tuhan ini WUJUD ke? Subhanallah

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang kelihatan panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut itu menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk. Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti-henti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat. “Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut. Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum sempat nak menjawab soalan tersebut, si penggunting rambut menyambung percakapannya. “Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut. “Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi....

Ku-Man Pergi Tinggalkan Kenangan

Al - Fatihah, Setiap manusia akan pergi juga akhirnya, cuma bila, masa, dimana, bagaimana cara kita tidak tahu, seperti kata-kata yang selalu disebut REZKI, AJAL, MAUT, JODOH DAN PERTEMUAN DI TANGAN TUHAN maka kita tidak tahu segalanya. Didoakan kepada Allahyarham Husni Bin Mohd Rawi aka BOB KUMAN yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Tiada lagi gelak tawamu yang perlu kami lemparkan hanya tinggal kenangan buat kami, mudah-mudahan dicucuri rahmat, jasamu akan ku kenang sehingga akhir hayat. Allahhuakhbar. RENUNGAN : Daripada Mathar bin ˜Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat itu.

Di Tembak Sampai Terduduk

Monday Blues guys, by the way aku suka hari ini bersamaan dengan 23 April 2012, sebab semalam presentation topical aku boleh la dikatakan lulus untuk stage seterusnya, syukur alhamdulillah, tapi semasa tunggu giliran aku yang orang ketiga akhir nie nak present ade la sah seorang member aku nie yang belagak pandai sangat, siap nak BLAME pensyarah, kata yang dia buat semua, tapi bila ditanya bab bab tertentu tak boleh nak jawab "WHAT THE HALL" agak-agak la bro, hormat la pensyarah tu yang mengajar kita, ini langsung tak agak-agak nak mengaku. Erm... dia tahu la kita buat ke tak buat, sebab dia yang mengajar kita. Adoiyai... kesian pun ade sebab dah kena BLACK LISTED dengan pensyarah.. tapi anak2 murid yang lain mane? huahuahua... semua duduk belakang jeee.. malas nak dengar dia present, mungkin boring kot, erm... biasa la, kami ni bukan tak nak ambik perhatian tapi malas nak masuk campur sebab dah tahu yang dia nie agak kasar orangnye, so pandai buat pandai la nak m...

Jubah Lelaki

( Jubah yang aku inginkan ) Assalammualaikum semua dah lama tak update, musim study dah mula nak buat macam mane, sibuk tah mcm orang gile pun ada, tapi kerja pun mcm nak mampus, tiap-tipa minggu ada je nak pergi site JOHOR PERAK KEDAH TERENGGANU utara ke selatan. Baru-baru nie aku pegi johor, pergh adoiyaiii aku suke cakap perghhhh kan kan.. tak pe la, itu nak mengabokan yang aku terasa sesuatu yang menakjubkan.. Panassssss!!!!! Batu Pahat Johor panas terik ditengah hari.. adoiyaiii berpanasan aku ditengah-tengah jalan membuat kajian tapak, 3hari 2malam bertungkus lumus, ape nak dikata sudah menjadi tanggungjawab bekerja, layan je laaa. Bila dah selesai kerja ape lagi merayap la pulak... 8am hingga 5pm asik duk mundar mandir di selurah bandar Batu Pahat bawa Plan tapak kehulu kehilir macam orang gila pun ada, orang dok tengok aku pas tu ada gak yang sergah, "En!!!!!! Nak roboh pasar borong ke???? Bila nak roboh??? Aaaaaaaaaaa.. sudah!!!! ape kene mengena p...