Subhanallah, terlebih dahulu arjuna mohon minta maaf kepada mereka yang berkenaan, 1st sekali arjuna merasakan ia satu "PEMBAZIRAN" kenapa aku cakap ia sebagai pembaziran? bagi arjuna yang tak punya ape ini menganggap ia satu perkara yang amat mendukacitakan, cuba kita lihat disekitar kita, keluarga kita,saudara mara kita, jiran terdekat kita, jiran seagama kita dan terakhir sekali jiran bukan seagama dengan kita, ADAKAH MEREKA LEBIH MEMERLUKAN, ini maksudnya jikalau kita sudah berada ditahap yang tinggi adakah kita lupa pada mereka yang berada dibawah,
Kalau nak cakap pun susah, bagi aku yang tak mampu nie sekadar bersimpati dan menangis di salam hati, boleh dikatakan banyak golongan-golongan yang bergelandangan di sekitar malaysia, ape yang aku mampu buat aku doakan semoga mereka ini dilindungi Allah S.W.T dimasukkan kedalam golongan yang baik-baik. dalam masa yang sama, ada yang bermegah-megah dengan kekayaan yang sebenarnya bukan milik kita, sepatutnya kita berkongsi bersama-sama dengan mereka ini.
Bila aku melihat orang bermegah-megah dengan kekayaan dan menunjuk-nunjuk kekayaan yang dia ada dengan benda yang bukan-bukan ini terasa amat kesian pada orang tersebut, ruginya membazir menggunakan kekayaan pemberian Allah dengan benda-benda yang tak berfaedah, tapi ape kan daya, lihat dan menilai sahaja yang aku boleh buat.
Adalah lebih mulia sekiranya mereka-mereka yang mempunyai kekayaan di dunia ini dengan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, sesungguhnya Allah itu tak memandang kekayaan seseorang, semoga mereka ini bertaubat dan insaf dengan perbuatannya itu. Insyaallah ade balasannya nanti.
Kepada yang sape-sape nak tahu boleh la tengok dekat BLOG ini senarai-penerima-tender-nombor-plate semoga kawan-kawan berfikir sejenak dimana kebaikannya dan keburukannya, ambil tauladan yang sebaiknya.
HP BERBUNYI : Tetiba je dapat call dari OMEGA PLUS suruh chek CHOLESTEROL jumaat sabtu ahad nie, adeiii takutnya... harap-harap dapat keputusan yang baik, dulu mula Chek tahap Cholesterol aku 5.60 harap-harap menurun laaa.. walaupun sikit aku berusaha yang terbaik.



stuju wei. flat number sampai setengah juta. apa lah sangat dgn flat number tu. membazir. mentang2 kaya. hehe. sekian XD
ReplyDeletebetul dh tu . stgh juta utk plat number je . membazir gila
ReplyDeleteduit sape yg keluar untuk sejuta tu?? hasil keringat sape diaorg dpt duit tu?? renung2kan slamat beramal hahahah
ReplyDeletetawu xpa.. RM520000 tu boleh buat something yang lebih bermanfaat drpd menghabiskan beli no plat www 1 tu.. huhu
ReplyDeletenk komen jugak.... bg saya... duit sultan johor simpan tu... dia keluarkan 500k utk bli plat tu menguntungkan kerajaan cz dia byr kat jpj... duit jpj tu masuk dalam tabung kerajaan jugak la... so, duit tu lah jugak yg byr gaji kakitangan kerajaan dll.... dr sudut positif, duit tu mcm sumbangan sultan johor utk negara... mcm jualan amal la.. akhir skali bidaan plg tggi masuk dlm tabung bdn kebajikan...
ReplyDeleteSemua komen diatas bagus bagus belaka, tak ada yang salah,
ReplyDeleteSelepas ini nombor-nombor yang menjadi kegilaan seperti 8888 akan diiktiraf dan di angkat tinggi nilainya, boleh menambah pendapatan negara.
Berbanggalah dengan kemewahan duniawi
orang kaya...mcm tu la gaya hidupnya...kita yg susah2, kena berusaha la nak kaya mcm tu. x dunia, akhirat pun boleh :)
ReplyDeleteAPAN : Aku bukan ape, walaupun mereka nie kaya raya tanah separuh malaysia, sampai tak terhabis, tapi jangan la membazir sampai mcm tu sekali, banyak lagi cara untuk berbelanjakan duit-duit kejalan yang benar :)
ReplyDelete