Skip to main content

Darah Daging Paling Suci

Assalammualaikum semua... di sini arjuna nak menceritakan suatu perkara tentang "ADIK BERADIK" walaupun arjuna tak mempunyai adik beradik tapi disini arjuna nak kongsikan bersama sebuah cerita yang mungkin ada kene-mengena dengan semua manusia... cuma ko orang kena mendalami dan menghayati sedikit sahaja... dalam masa 5 minit pun jadilah...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
( Baju baru member beli kat melaka )
Adik beradik ;

Jagalah hati adik berdik dahulu barulah hati kawan.
Adik berdik dahulu, baru kawan.
Darah daging dahulu, baru kawan.

Dalam diam sebenarnya ramai yang terlalu mementingkan kawan dari keluarga sendiri.
Perasan tak? Mesti tak perasan kan? Takpa....

Ingat....

Sebaik mana pun kawan-kawan kita, kalau sakit atau meninggal dunia, kawan yang kita terlalu jaga itu BELUM TENTU lagi dapat menziarahi kita, memandikan kita, mengkafankan kita, menjaga aib kita, membacakan yassin untuk kita, dan mengusung jenazah kita walaupun selama ini kita sangka segala kebaikan yang kita berikan pada mereka akan dibalas dengan ingatan yang baik pada kita.

Ingat, belum tentu.
Belum tentu.
Dan belum tentu.

Kerana apa? Kerana mereka tiada pertalian darah dengan kita..dan naluri hatinya tetap akan berbeza dan tak akan pernah sama.

Tapi...

Kalau kita sakit, meninggal dunia, adik beradik yang jahat itulah yang PASTI akan menziarahi kita, memandikan kita, menjaga aib kita, walaupun selalu bergaduh bagai nak rak.

Kerana apa?

Kerana adik beradik adalah darah daging yang paling suci sekali dan mempunyai naluri hati yang tidak akan pernah sampai untuk melihat adik beradik yang lainnya susah, derita atau luka hatinya.

Sesungguhnya, hati dan naluri itu ciptaan dan milik Allah S.W.T

Jadi, jagalah.
Jagalah.
Dan jagalah..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

P/s : Beruntung ada adik beradik kan!!!!... tengok arjuna, nak bergaduh pun tak ada tempat nak bergaduh, gaduh dengan kawan-kawan je laaaa... pastu kena tinggal, kena boikot, kena halau, kena gam, kena caci, kena dera bagai... kalau gaduh dengan adik beradik boleh baik balik... Seronoknye... (arjuna saje je cerita pasal nie, arjuna terima seadanya, ini pun ketentuan tuhan juga) that why kita kena jaga perhubungan silaturrahim kekeluargaan yang kita ada sekarang.

Comments

  1. Replies
    1. Tq singgah bro, ada la sikit2 yg penting positive

      Delete
  2. Betul cakap kau juna...
    Aku ada 7 org adik beradik 5 lelaki 2 perempuan...aku selalu rimas sbb bila balik abg aku sure buli aku... lepas tu protective nak mati...org nak kawan dgn aku pun sure takut..hahaaa tp bila aku dah besar aku baru sedar aku sunyi bila semua takde...
    Aku sedar dalam banyak2 tempat aku pergi hanya mereka yg akan terima aku seikhlas hati,kerna kami sedarah sedaging...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau x pe, awak tu pompuan, kalau awak jadi adik arjuna pun arjuna akan buat benda yg sama, tah2 lg teruk kena ikat tengkok gagagaga

      Delete
    2. nasib baik lah bukan arjuna abg Ckk , klau tak dah kena ikat je sbb kita ni
      nakal selalu! hahhaaaaa...

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... kenal ke? tah tah silap orang nih... pelanduk 3 serupa hahahahaha :P

      Delete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...