Promosi

Pengikut setia Arjuna

Saturday, June 2, 2012

Diagnostic Body Composition Analysis

CHOLESTEROL CHECK

Salam sabtu semua, tau tau dah masuk bulan 6 kan? cepat betul masa berlalu, adeiii.. tua sudah aku nie rasa macam nak duduk dalam masjid beriktikaf banyak2.. sebab dah terasa penatnya hidup ini, maklum la dah 3/4 abad...huuhuhu.. slow2 la nak berubah, badan pun dah terasa lesu lemau dah tak cerdas macam dulu :)

Jom sambung cerita aku semalam, kan aku kata aku kena chek semula tahap CHOLESTEROL dalam badan aku, ermmm.. ape lagi bila dah dapat free buat la yang terbaik, sekarang orang kata hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, jom tengok ape keputusannye..


Keputusannye aku dapat menurunkan sebanyak 0.67 jeeee huhuhu sepatutnya kena kurang sebanyak 1.00 baru boleh dapat hadiah huhuhuh... tapi ape yang penting aku dah dapat menurunkan kepada tahap yang sepatutnya iaitu kurang daripada 5.20 fuhhh... lega lega... syukur alhamdulillah, lain kali makan kena jaga laaa.. dah tua-tua nie hehehehe... Tak dapat hadiah pun tak ape laaaaa...huhuhuhuh...

DIAGNOSTIC BODY COMPOSITION ANALYSIS

Pergh macam macam ade kemudahan yang disediakan tentang perubatan nie, cuma nak tak nak jeee.. aku pun menggatal lagi nak Check yang nie pulak... fuh 1st kena buat..


Pendaftaran Nama, umur, tinggi, jantina, hari dan waktu, fuh siap kena buka kasut stokin, jam tangan, hp, beg duit semua, chatttt... kenapa tak nak suruh aku tanggal je semua... huahuau biar satu Jusco lari hahahaha... yang aku marah awek yg nak chek aku tu tanya aku umur berapa? arghhhhh... aku dah bagi no IC mesti la tahu umur aku berapa... saje jeee.. pastu gelak2.. rasa nak seligi je kepala dia huahuha (dalam hati je heheheh ) sabo je laaa.. nasib baik aku hensem berbaju bola Malaysia :)


Hebat barang-barang perubatan zaman sekarang, berdiri atas mesen selama 5 minit semua boleh tau dan terus dapat keputusan. tengok la tuuuu... berat aku dah naik balik, hari tu lepas jogging selama 3 bulan menurun sampat 57kg skg dah naik balik, ye laaa asik duduk dalam opis dari pukul 7am sampai 11pm buat kerja opis dan kerja sekolah tak siap2.. arghhh nak final mcm nie laaa.. huhuhu


Tengok la tu siap kira OTOT lagi, aku mane la ada otot, yang ada PELAMPUNG huauahau... sabo je laaaa susah oooo nak ketul2, seketul boleh laaa hehehehe...


Last sekali keputusan Obesity, sekali tengok macam ok jeeeee.. BMI ok PBF ok WHR ahuhauhuahuah... kurang ok... kenapa kurang ok.. tengok la ape keputusan keseluruhannye..


Cuniama...hehehehe. cuba tengok keputusan yang paling bawah tu WHR bila aku tanya kepada awek tu tadi kenapa WHR tu OVER dia kata disebabkan "PERUT AKU BONCIT" siottt jeeee.. tak ada bahasa lain ke nak guna... sambil ketawa pulak tuuu... heiiii... sabo je laaa.. walaupun perut aku memang buncit diselindungi oleh baju hahahah malu la aku bila awek cun yang cakap mcm tu adeiii.. sabo je laaa.. nasib baik dia je yang ada dekat situ hehehe.. mulai sekarang aku kena lakukan senaman PERUT pulak.. yah yah yah.. hehehe

BERTUAH : Sejak kebelakangan nie kan nak EURO melilau aku sangap nak cari kaki yang jual baju BOLA EURO akhir sekali dapat juga kaki yang seludup baju euro di malaysia nie, hahahaha walaupun dengar khabar sebanyak 1juta nilai baju euro yang diseludup telah ditangkap, mesti ada yang seludup secara kecil-kecilan hehehe.. jadi laaa dapat juga beli, pada sesiapa yg nak beli aku nasihatkan JANGANLAH MEMPERGALAKKAN PENELUDUPAN hehehe.. tapi aku!!!! aku tak peeee... huahuahuahu

Thursday, May 31, 2012

Panduan Menjawab Telefon

PANDUAN MENJAWAB TELEFON DI JABATAN-JABATAN KERAJAAN
1 : Menjawab panggilan dengan kadar segera iaitu sebelum deringan kedua atau selewat-lewatnya semasa deringan ketiga.

2 : Guna nada suara yang sopan, ceria, bercakap dengan jelas dan terang sebaik sahaja mengangkat ganggang telefon supaya pemanggil rasa dihargai dan selesa untuk berurusan dengan jabatan.

3 : Mulakan dengan ucapan selamat diikiti oleh nama jabatan.
- " Selamat pagi, Jabatan Forensik Rumah Mayat Perak, Boleh saya bantu?"
- " Sebentar saya akan sambungkan" atau " Sila tunggu sebentar, saya akan sambungkan panggilan".

4 : Jika pemanggil perlu bercakap dengan pegawai yang tiada di pejabat, dapatkan pesanan (jika ada) dengan menggunakan borang pesanan.
- " Maaf tuan/puan, panggilan tuan/puan tidak dapat disambungkan @ pegawai tiada di tempat. Boleh saya ambil pesanan?..."

5 : Jika pemanggil perlu menunggu lebih dari 1 minit, tanya pemanggil sama ada mahu terus menunggu.
- " Maaf tuan/ puan pegawai masih dalam talian, ada apa-apa pesanan?....
- " Jika tiada pesanan, tanya sama ada mereka mahu dihubungi atau mahu pegawai menghubungi meraka.

6 : Jika pemnggil ingin mendapatkan maklumat terperinci mengenai sesuatu perkara khusus, bantu setakat yang ketahui. Tetapi jika pemanggil ingin maklumat lanjut sila guna kaedah berikut:
- "Boleh tuan/puan tinggalkan no telefon saya akan cuba dapatkan maklumat dan menghubungi semula" atau
- "Minta pegawai yang berkenaan untuk menghubungi semula".

7 : Tamatkan panggilan dengan ucapan TERIMA KASIH.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

1 : Menolak untuk bercakap dengan pemanggil kerana tidak dapat membantu.
2 : Menyatakan kepada pemanggil bahawa pegawai tidak dapat dihubungi kerana sebab-sebab berikut :
-" Pegawai ke tandas
-" Belum masuk lagi
-" Lewat masuk ke pejabat
-" Sedang makan/minum
-" Sedang berbual

3 : Mengucapkan "bye" bila panggilan hendak ditamatkan.
4: Bercakap sambil lewa.

"Bahagian Khidmat Pengursan"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Salam guys, kenapa hari nie aku SKEMA BANGAT adeiiii... keja aku dah beralih arah untuk menjaga Kaunter Pejabat laaaaaaa. tapi sehari jaaa, lepas nie jadi penyusun fail balik hehehehe...:p... Nasib baik ade Mengkome-mengkome ada dalam blog Arjunakirana nie, kalau tak ada, tak tahu la nak buat ape an an an, by the way dapat juga aku memberikan serba sedikit ilmu pada semua pengguna, yang ingin menggunakan panduan untuk menjawab TELEFON di pejabat-pejabat yang SKEMA nie, aku taip sendiri ok, salin dari hardcopy dekat kaunter pejabat aku.

SOK SEK JOYAH : Ade pulak yang kata suara aku macam POLIS la pulak!!!!! garang sangat ke? alahai aku mane ade bakat nak menjawab telefon, itu pun dah cukup berlembut laaaaa aku jawab, orang JANTAN disuruh jaga Kaunter Pejabat huru hara la wei... Muka aku dah la macam penyangak, adoiyaiii.. sabo je laaaaa... by the way tak ade seorang awek cun pun datang adeiiii... Malang la nasib :(

Tuesday, May 29, 2012

Nombor Pendaftaran WWW 1 Terjual

Subhanallah, terlebih dahulu arjuna mohon minta maaf kepada mereka yang berkenaan, 1st sekali arjuna merasakan ia satu "PEMBAZIRAN" kenapa aku cakap ia sebagai pembaziran? bagi arjuna yang tak punya ape ini menganggap ia satu perkara yang amat mendukacitakan, cuba kita lihat disekitar kita, keluarga kita,saudara mara kita, jiran terdekat kita, jiran seagama kita dan terakhir sekali jiran bukan seagama dengan kita, ADAKAH MEREKA LEBIH MEMERLUKAN, ini maksudnya jikalau kita sudah berada ditahap yang tinggi adakah kita lupa pada mereka yang berada dibawah,


Kalau nak cakap pun susah, bagi aku yang tak mampu nie sekadar bersimpati dan menangis di salam hati, boleh dikatakan banyak golongan-golongan yang bergelandangan di sekitar malaysia, ape yang aku mampu buat aku doakan semoga mereka ini dilindungi Allah S.W.T dimasukkan kedalam golongan yang baik-baik. dalam masa yang sama, ada yang bermegah-megah dengan kekayaan yang sebenarnya bukan milik kita, sepatutnya kita berkongsi bersama-sama dengan mereka ini.


Bila aku melihat orang bermegah-megah dengan kekayaan dan menunjuk-nunjuk kekayaan yang dia ada dengan benda yang bukan-bukan ini terasa amat kesian pada orang tersebut, ruginya membazir menggunakan kekayaan pemberian Allah dengan benda-benda yang tak berfaedah, tapi ape kan daya, lihat dan menilai sahaja yang aku boleh buat.


Adalah lebih mulia sekiranya mereka-mereka yang mempunyai kekayaan di dunia ini dengan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, sesungguhnya Allah itu tak memandang kekayaan seseorang, semoga mereka ini bertaubat dan insaf dengan perbuatannya itu. Insyaallah ade balasannya nanti.

Kepada yang sape-sape nak tahu boleh la tengok dekat BLOG ini senarai-penerima-tender-nombor-plate semoga kawan-kawan berfikir sejenak dimana kebaikannya dan keburukannya, ambil tauladan yang sebaiknya.

HP BERBUNYI : Tetiba je dapat call dari OMEGA PLUS suruh chek CHOLESTEROL jumaat sabtu ahad nie, adeiii takutnya... harap-harap dapat keputusan yang baik, dulu mula Chek tahap Cholesterol aku 5.60 harap-harap menurun laaa.. walaupun sikit aku berusaha yang terbaik.

Monday, May 28, 2012

Skodeng-skodeng Halal

Kenapa tajuk aku kali nie lain sikit, biasa la sekali sekala nak bagi sesuatu yang menarik minat kawan-kawan untuk mengerti siapa ARJUNAKIRANA serba sedikit,

Mata dan pendapat seseorang itu selalunya berbeza, ia dinamakan "SUBJEKTIF" setiap orang ade kesukaan dan kegemaran, bagi aku yang lain dari yang lain itu lah menjadi tarikan kepada ARJUNA, kerana mereka ini ada kelainannye, akan aku selidik sehingga ke akar umbi karena keUNIKan nye huahuaa.. macam spy la pulak, hehehe.. ini la namanya pemilihan kawan, nak cari kawan pun kena pilih-pilih, ye la mane tahu tersilap pilih buruk padahnye,


Mene satu yang boleh jadi kawan aku nieeee... heheheheh skodeng dulu... sebenarnye semua boleh jadi sahabar aku, free PECUMA je huahuha.. tapi kalau dah banyak sangat tak kan aku nak add semua so kena la pilih-pilih, tapi jangan kata aku sombong pulak ye!!!!!.. aku pilih mane yang ade kelainan dan aku suka kepada seni, macam YUNA kata DALAM GAMBAR ADA LAGU bagi aku dalam gambar ade seninya...


Haaaa... gambar yang aku suka aku add laaaa hehehe.. tah sape punya wall follower aku cekau huahuah... mane yang pelik dan menarik minat aku aku add, tapi mane yang biasa-biasa tu harap maaf la ek... anda akan jadi kedua pilihan arjuna, hehehe.. macam aku punya tu, saja aku letak MUKA KUNING aku tu, konon nak bagi menyerlah laaaa an an, tapi tak ade sape ingat pun huahuahuah... saje jeee.. suke suke.


Terharu melihat ramai yang ikut perkembangan ARJUNAKIRANA walau tah ape2 je yang aku postkan, walaupun ade yang sekadar add jadi follower sekurang-kurangnye ade an an, daripada tak ade, cantik juga warna-warni untuk menghias blog aku hehehe..


UCAPAN PM : Terima Kasih Arjuna Ucapkan yang tidak terhingga, dalam dunia ada kamu, dalam kamu ada dunia ku rajin-rajin singgah ye, walaupun blog aku nie tak mendapat ape-ape keuntungan pun sekurang-kurangnya aku bukan blog suka-suka, LOVE YOU ALL