Skip to main content

Seperti diawang - awangan

Kita Sekufu di sisi Allah
Alhamduliiah bertemu kembali didalam alam maya yang dah lama aku tak update (eh lama ke...?). Apabila ku terasa sunyi dan sepi aku mula menulis coretan2 yang mungkin memberikan aku sesuatu bentuk kesabaran dan kesedara didalam diri. Ada kalanya kita lupa, ada kala kita terasa dan ada kala kita perasan apa yang difikirkan. Tak semestinya semua perkara kita perasan. ini mungkin kerana keadaan dan persekitaran yang menyebabkan kita terasa sesuatu... (sesuatu sangat kankankan..)

Serabutnya kepala aku nie... kerja berlambak-lambak datang sekali gus... al maklum laaaa... sekarang dah naik Gred JA29 yang berada di awang - awangan... (kenapa awang2) kerana di tempat kerja aku, masih lagi menganggap Gred J17 tidak layak dinaikkan Gred J29 tersebut... katanya kami tak layak.. tapi oleh disebabkan keputusan sebulat suara oleh JPA maka Jabatan tempat kerja aku terpaksa akur...

Walaubagaimanapun kami masih lagi tidak disahkan untuk jawatan itu... dah sekian lama sehingga sekarang kami masih lagi tidak dapat imbuhan yang sepatutnya diberikan oleh JPA... atas sebab-sebab tertentu... payah kalau pihak atasan tidak bersetuju dengan kenaikan gred orang suruhan nie... entah laaaa... ada gak makcik makcik dalam pejabat aku nie mengomel2... "kenapa tak naik2 lagi gaji nie"... jawatan J17 dah tak ada maka kami kena buat semua kerja tu... tapi imbuhan kami masih lagi tak diberikan...

Lebih-lebih lagi kami dikehendaki untuk mengambil semula peperiksaan jabatan... pada hal dalam pekeliling tidak dinyatakan untuk mengambil semula peperiksaan jabatan.. ini menampakkan yang memang sengaja pihak atasan tak suka pada kami ini... PHD sangat tinggi... subhanallah... manusia zaman sekarang... entah laaaa... Tuhan sahaja yang tahu...

Bagai kami dianggap seperti roh yang terapung di awang-awangan.. kami tahu kami tak layak untuk dinaikkan...

Sekarang kami masih lagi menunggu keputusan... aku pula kerja dah berlambak-lambak, projek Cameron Highland dah mula... ermmm... serabut kepala... macam-macam hal aku kena buat... semua kena uruskan sendiri... sakit pale laaaa... sabar je laaaa... tapi sempat juga nak update blog kannnnn... gagagaga pettakkkk... tak lama lagi nak exam.. lagi la serabut... Assignment tak buat lagi... tinggal 2 kelas je lagi... Allah.. fuhhhhh...

Maka dalam hati aku nie asik melepap jeee... tapi dalam diam laaa... sunyi sepi jeee... balik kerja pun selalu lewat malam... hari nie aku sepatutnya kena buat drawing.. tapi aku penat... so aku malas nak fikir aku mula menaip... untuk luahan hati arjuna... kalau cerita kat orang pun tak guna... sama sahaja jawapan mereka... so luah kat diari blog lebih selamat... (selamat ke..?) lantak laaaa... hehehehe... semalam aku....

Duduk termenung di berendah rumah aku malam-malam... sunyinye... 3am... solat tahjud dan berdoa....

"Adalah susah bagi aku nak menyatakan yang bahawasanya aku kesunyian. Mungkin ini lah hakikatnya jika aku bersendirian, didalam hidup ini aku pasrah dengan kehendaknya. Tiada sesiapa yang akan memahaminya. cukuplah sekadar berdoa dan bertawakal kepadanya. mudah-mudahan aku dapat petunjuk dari mu, dan jika aku terlalu banyak melakukan kesalahan maka berikanlah aku petunjuk kejalan yang benar dan aku tidak sanggup untuk melakukan dosa lagi ya Allah. dan kau hindarilah aku dari melakukan dosa-dosa ya Allah, biar pun dosa pada manusia atau dosa pada mu Allah.."Subhanallah.. subhanallah.. subhanallah..

~Doa dari hati hamba mu Ya Allah~

P/s :  Ada hikmah dari apa yang berlaku didalam hidup ini... hanya Allah sahaja yang maha mengerti dan maha mengetahuinya... dan sememangnya sebagai seorang hamba layak di uji dengan pelbagai cara selagi hidup didalam dunia ciptaannya... Allahhuakhbar.

Comments

  1. bukan kat sana aje, kat sini pon deme2 terapung-apung...

    bukan tak layak, cuma kat depan tu banyak sangat halangan nak kena redah.tiba masanya sampai la tuu. insyAllah. =)

    fi hifzillah.

    ReplyDelete
  2. PHD bro., huhu aku mmg sakit ati klu jmpa ngn orang cm ni., dengki xabis2,
    pe2 pun smoga lncar semuanya.,

    ReplyDelete
  3. salam.. tahniah abg naik pangkat... selangkah dah tue kepada 29.. insayallah.. saya doakan moga tuhan permudahkan n lancarkan perjalanan kehidupan abg... gud luck bro

    ReplyDelete
  4. salam Arjuna... all the best ye..
    susah2 sangat kau jerit nama aku 3x kali eh...
    hikhik..


    p/s : btw mak cik pak cik dlm gambo di atas aku kenal..org bota ye..terkejut aku tgok gambo ko dengan mak cik pak cik tu...

    ReplyDelete
  5. cik marik : Arjuna tak kesah sangat... naik ke tak naik sama je... hehehe

    ReplyDelete
  6. zuhdi sanusi : Biasa la bro.. tak yah benci2... biarkan sahaja... insyaallah ada balasannya nanti... wait and see... wootwoot2

    ReplyDelete
  7. hairil : terima kasih... mudah-mudahan aminnnn..

    ReplyDelete
  8. sabar bro..insaallah nanti hak kita yg patut dapat..x akan dinafikan.. :)ni sbsb dengki latu

    ReplyDelete
  9. sabo le cho..... kalo betoi jawatan ni udah ditakdirkan untuk mike... tak kemana... bio le oghang yang dengki macam mana pun..... 'oghang2 atasan' mike tu patot mike tampo soghang 2 kali.... bio deme sedo.... anak Perak tak gento... perghhhh.....

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...