Skip to main content

Telefon Tok Imam Lagu Power Rangers

Assalammualaikum dunia…. Dunia lah sangat… bagi salam dekat orang yang rapat dengan kita pun bukannya semua yang sambut salam…. Haippp bukan nak mengata atau pandang negative tapi itulah hakikatnya… tapi bukan lah semua… ada yang jawab salam secara terang terangan dan ada juga yang menjawab secara sembunyi-sembunyi… Betul tak? Yang sambut salam secara terang terangan kita nampak maka yang sambut secara sembunyi Allah yang tahu… bagi seorang manusia mereka perlu terang-terangan… 

( gambar hiasan )
Meh sini arjuna nak cerita dua situasi yang boleh kita tahu dan boleh kita membezakan diantara seseorang manusia itu dengan manusia yang lain secara tak formalnya… jom arjuna nak bagi dua situasi tersebut.

Contoh paling mudah didalam dunia… gagagaga dunia lagi kannnn… arjuna nak kawan-kawan berfikir sejenak, 

“YANG MANAKAH DIANTARA DUA PERKARA INI YANG LEBIH ANDA SUKA DAN MENGUTAMAKANNYA”

Dalam satu masa terjadinya dua perkara iaitu :

Situasi pertama :

a) Senah/Leman menceritakan kepada keluarga beliau mengenai pekerjaannya yang sedang ditimpa musibah akibat berlakunya kerosakkan besar terhadap projek pembinaan bangunan yang beliau usahakan selama beberapa bulan yang lalu kini runtuh, beliau didalam situasi tertekan akibat terjadinya perkara itu.
: Berita sedih
Situasi kedua :

a) Jemah/Osman menceritakan kepada keluarga beliau mengenai pekerjaannya yang beberapa bulan yang lalu telah ditimpa musibah akibat kecuaiannya melibatkan penyelewengan wang bank dan kini dia diberitahu oleh mahkamah bahawa dia terlepas daripada tuduhan.
: Berita gembira

selepas membaca dua situasi diatas, sebagai seorang manusia biasa, yang mana satukah menjadi keutamaan dan pilihan untuk dikongsikan bersama-sama anda ?

Pilihan anda hanya anda sahaja yang tahu… bagi arjuna jika terjadinya perkara ini didalam masa yang sama arjuna akan memilih dan memberi keutamaan kepada SENAH/LEMAN. Kerana apa arjuna pilih mereka ini? kerana mereka ini sedang ditimpa musibah pada masa tersebut dan mereka perlukan sokongan dan dorongan daripada keluarga.

Begitu juga sekiranya didalam satu organisasi sebuah syarikat, jika sebuah syarikat itu mengalami dua situasi yang sama seperti diatas iaitu SEDIH & GEMBIRA, seharusnya diberi keutamaan kepada yang lebih memerlukan terlebih dahulu dan tidak seharusnya meraikan berita kegembiraan JEMAH/OSMAN pada masa yang sama ini akan menambah lagi kesedihan beliau.

Untuk menjadikan sebuah keluarga/syarikat/dunia yang cemerlang, gemilang dan terbilang kita perlu menjadi lebih faham memahami diantara satu sama lain dan bersama-sama menangani masalah yang menimpa, ini kerana Allah menurunkan bermacam-macam dugaan kepada manusia, Gembira dan kesedihan juga merupakan salah satu darinya, cuma dia ingin melihat bagaimana kita manusia menangani masalah tersebut tanpa melukakan hati orang disekeliling.

4.30am sampai 6.30am baru siap post nie wei... tak boleh tido punya pasal, tekak pun dah sakit... ini mungkin salah satu symtom STRESS pasal kerja... huhuhuhuhu mane lah nak cari peneman yang sanggup bersusah-susah dengan aku nie... Makkkkkkk... arjuna nak ikut mak boleh?

Tajuk post nie sebenrnya tak ada kene mengena pun dengan cite diatas... saje je aku buat tajuk nie sebab aku tengah download nak dengar selepas aku siap mengomel gagagaga... jangan marah ek... jom dengar same-same POWER RANGERS

P/s : Bukan mudah untuk menjadi ketua sebuah keluarga/organisasi yang memerlukan kesabaran dan ketabahan serta kekuatan diri untuk menangani sebarang musibah yang menimpa disekeliling dalam apa juga aspek.

Comments

  1. Gempak tajuknya. Baca punya baca, tak ada juga cerita ringtone tok imam tu...

    Kecewa. Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gagagaga selamat datang ke dunia arjuna... bagi yang baru kenal macam tu lahh... selalunye KECEWA.... tapi arjuna okey jeeee... wootwoot2

      Delete
  2. inchek arjuna STRESS kerja!
    itu normal.
    semoga dapt urusknnya dengn baik
    pada DIA juga kita mohon pertolongan.

    inchek arjuna STRESS kerja!
    jom makan eskrem stroberi.
    keehehehe! =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa lah stress, stress yang teramat sangat, rase macam nak berhenti keje je... musibah dan dugaan yang arjuna terima lagi lama lagi besar...

      walaupun arjuna boleh bersabar akan tetapi kekadang arjuna perlukan sokongan dan dorongan, arjuna tak pandai nak meminta-minta... cuma berserah dan rasa redha... ini dugaan kerana arjuna banyak melakukan dosa... nauzubillah...

      Delete
    2. huishhh. tak mo le cenggitu.
      .
      .
      .
      ujian tu, ujian untuk inchek arjuna
      DIA uji kita. nak bagi iman kita naik.

      sebab apa?
      sebab Allah sayang awak, Asuwat.

      Delete
  3. ini lah dunia weh... sedangkan bayang kita sendiri pun
    akan tinggalkan kita dalam gelap..inikan manusia...

    tapi jangan lupa Tuhan tu tak pernah tido bro...
    Dia tahu hambaNya sedang bersusah..
    so, just work hard and trust Him

    btw, sebagai manusia..adakala nya kau kena express kan
    segala beban kau tu.. jgn kerana kau seorg lelaki
    kau rasa benda tu rare gilerr laaa nak shared problem ke
    nak mintak tlong ke...
    kau tetap manusia bro..
    doa aku cuma berharap, kau dikurniakan seseorg yg memahami
    kau seadanya kau...

    chillll junaaa... aura kegelapan tu tak sesuai ngan kau bro! heeee

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...