Bermula lah ceritanya sebegini... Pengalaman aku lah kan... aku nak cerita la nie... sabar nak ingat semula detik detik kecemasan... 2014 kerja sangat stress dan penat bila duduk di tapak bina CAMERON HIGHLANDS PAHANG, cuaca sejuk panas, dengan ketekunan kerjaya baru.. best juga duduk site banyak pengalaman yang dipelajari... tak silap aku dah cerita dah.. so sampai lah satu ketika keadaan badan aku kurang menyenangkan... terasa semacam.. Symptoms yang kena kat aku :
| Pic semasa sakit |
(SAKIT PERUT MUNTAH-MUNTAH) *Tak selera makan langsung
(TAK BOLEH TIDUR LENA) *Tak boleh tidur langsung sebenarnya
(BERFIKIRAN BERCELARU) *Fikir yg bukan2 lah rasa mcm berat sangat
(DEGUPAN JANTUNG LAJU) *Terasa mcm berpeluh-peluh lari 1km/jam
(SAKIT URAT) *Terasa sengal sendi sendi satu badan
(MENGELETAR JARI DAN TANGAN) *Ketar2 yg tak nampak sgt aku je yg rase
(SENDI SENDI SAKIT) *Macam mencucuk cucuk
itu la symptoms2 yang aku alami semasa mengidap penyakit nie... tuhan sahaja yang tahu... macam-macam klinik hospital aku pegi... ubat jangan cerita belambak dah makan... langsung tak jalan laaa.. doktor2 semua kata sakit lain... sakit perut la dia kata... mcm2 la ulasan... siap aku pegi hospital pakar swasta di masjid kampung baru kuala lumpur... scan satu badan... kata aku slip disk... hahahaha ribu2 aku habis kot...
| Berat Merosot |
Ok dah sampai gilaran aku jumpa doktor (LALAKI SING) rasa2 aku lah... sekali dia tanya en ada masalah ape... so aku bg tahu lah symptoms2 yang ada diatas tu... doktor tu ketawa je... dia ambil sekeping KERTAS A4 dia suruh aku luruskan kedua-dua tangan aku menghadap kedia... di letakkan kertas a4 tadi di atas tangan... so nampaklah kertas a4 tu bergetar... dia pun senyum... dia panggil doktor perempuan disebelah...(NURUL-Bukan nama sebenar) aku tak ingat nama dia... cuba tengok pesakit nie... doktor tu pun senyum... (NURUL KAU TAHU APA NI)... doktor tu pun kata... hahahaha dengan ketawa kecil... aku terpinga pinga... (THYROID TU) doktor nurul berkata dalam senyum... dia pun sibuk dengan pesakit dia... so doktor laki tu suruh aku ambil darah di luar jumpa pembantu dia utk ambil darah... so aku pun keluar... Pembantu dia kata dah ambil darah tunggu (1 BULAN BARU DAPAT KEPUTUSAN NANTI DIA CALL) so aku tinggalkan no Telifon... aku pun balik pejabat.
| Pic lepas sakit g saloon |
Sampai di IPOH HOSPITAL PANTAI PUTERI jam 5.30pm aku terus masuk dibahagian KECEMASAN dan bagi tahu perkara sebenar yg doktor Kuala Lumpur beritahu THYROID... lalu terus aku dicucuk sekali lagi untuk ambil darah... tunggu selama 30minit keputusan darah keluar dan aku terus dimasukkan kedalam WAD KAWALAN RAPI... wad depan depan kaunter misi kot... hahahaha... entah la.. badan aku pun dah lemah... tak terfikir apa dah... cucuk tangan (MASUK AIR + UBAT CECAIR) aduh sakitnye... Ubat dibekalkan banyak oooo... dekat2 10 biji aku telan... entah la telan jelah.. hari dah malam kan... so aku pun msg member aku... (WEI AKU MASUK WAD JANGAN BAGI TAHU SAPE2 YER)
| Rawatan susulan setiap bulan |
Alhamdulillah selama 4 hari duduk dalam wad hospital pantai cecair kelenjar thyroid aku dah menurun perlahan-lahan sehingga boleh dikawal... syukur sangat2... selesai masalah yang terbeku didalam benak kepala... so doktor kata rawatan susulan akan dipantau setiap bulan untuk chek jumlah cecair kelenjar thyroid didalam badan aku... rawatan dirumah hanya supaya berehat dan tenang dan jangan cepat stress.. makan makanan yang bergizi sesuai dengan penyakit... Alhamdulillah selama 2 tahun aku buat rawatan susulan dan akhirnya penyakit aku dapat dikawal dengan baik... akan tetapi masih di pantai setiap 6 bulan kena ambil darah... sehingga lah sekarang dan berterusan... ubat thyroid dah tak ambil cuma kawal emosi dan stress di mana mana selaki pun...
| Rawatan susulan 6 bulan |
tq for the comment
ReplyDelete