Skip to main content

Crystal Stone Bracelet

Crystal stone (Batu Kristal) Assalammualaikum semua, ketagih dengan CRYSTAL, hobi baru aku selepas masuknya batu kristal ke malaysia, pada mulanya masuknya TIKTOK SHOP di malaysia, aku selalu tengok live dari Negara Cina menjual kristal dalam live mereka, Ini la kes mulanya CEDOK CEDOK yang ustaz marah..kepada mereka yang membelinya... (SYUBAHAH)

(Jinis2 kristal)
aku tak beli pun.. just suke suke tengok dia CEDOK CEDOK tu... bunyi kristal tu yang menarik, cantik cantik pulak batu kristal tu... hari hari aku masuk live dia orang... HILANDS CRYSTAL nama TIKTOK dia.. Terkenal juga la aku dalam live tu... hahaha... biasa la bila Orang cina sebut nama aku dalam bahasa dia... wakakaka

(Super 7 Crystal Bracelete)
Pada mulanya aku berkecimpung dengan kristal, apabila ramai orang malaysia jual kristal.. menjadi ketagih pula membelinya.. hahaha terpesona dengan kecantikannya.. ciptaan Allah S.W.T.


Pelbagai jenis dan warna yang sangat sangat cantik sehingga paling paling buruk pun ada... bak kata aku, batu jalan pun orang jual ada yang membelinya... hahaha... pandai pandai la pada sesiapa yang membelinya dan menilai sendiri. Ikut suke mata masing2, Benda ni subjektif.. lain orang lain citarasa, kan tak sama hati manusia.

Macam aku jangan di ikut lah, mata aku ni lain sikit dari orang lain, Meh aku nak kongsikan batu crystal yang aku beli, jom kita tengok, berkenan ke tidak, terpulang la kepada sesiapa yang melihatnya kan kan.

Ini lah koleksi yang saya ada, bermacam-macam jenis akibat terpengaruh dengan kristal ni, jika di ikutkan oleh orang cina, gelang ini membawa tuah, dan bermacam-macam kebaikannya, tapi bagi aku ia hanya sebagai hiasan sahaja, tak ada niat lain hanya untuk bergaya, kalau ikutkan ustaz dia tak bagi pakai punya, tapi hanya berpegang pada niat aku, ia hanya sebagai hiasan yang menggantian jam tangan, seperti cincin. Itu sahaja yang aku nak cerita. sekian wassalam.

Eh...belum habis lah.. nak tunjuk sikit gelang yang aku pakai nih... nama dan jenis dia adalah, 1st (BLUE NEEDLE CRYSTAL) 2nd (AHLASAN AGATE CRYSTAL) 3rd (RHODONITE CRYSTAL)

Ada banyak lagi sebenarnya tapi malas nak upload gambar.. kalau nak tengok boleh le cari sendiri dekat google.. hahahaha.. search CRYSTAL BRACELETE...

Atau pun cari dalam SHOPEE banyak orang sale gelang kristal, nak yang murah ada nak yang mahal pun ada... tinggal klik tekan pilih dan bayar.. settle masalah... kalau yang teringin la, tak pun masuk live TIKTOK CRYSTAL. boleh lock dari sana. wassalam

Comments

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...