Skip to main content

TAMAN AWAM KUALA KERTEH

Assalammualaikum sahabat di alam maya ku... Rupa-rupanya masih ada yang memerhati kejadian alam blog aku nie yer... Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kita masih di temukan disini. Sekarang aku ditugaskan di TERENGGANU DARUL IMAN... Sebuah negeri yang kaya dengan hasil laut yang mewah pemberian illahi... Insyaallah 3 tahun akan berada disini... Jauh sungguh la dari kampung halaman aku... Apa boleh buat dah ditugaskan ke sini... Bersebelahan dengan kawasan MINYAK PETRONAS... Pergh kan katanya... KAYA-KAYA... Mempunyai pantai yang indah untuk dilihat dan dinikmati... Besar sungguh ciptaan nya... |Allahhuakhbar... Laut cina selatan tu... Awan pun biru, panas leting-leting boh (Org ganu kate)... Macam ini lah kerja sebagai seorang pekerja yang sering dibuang, dan tak dihargai oleh  majikan... Tak apa lah... sekarang pun aku dah penat mengejar dan cukup lah sampai disini pengakhirannya... Bekerja kerana Allah, dan tak perlu mengharapkan apa-apa lagi... just ingat ALLAH S.W.T sahaja... dah PENAT dengan semua ini. (Just follow the wind) lagi pun KUBUR KATA MARI... terasa tak lama lagi dah nie nak hidup.

Bekerja dalam bidang KEJURUTERAAN ini bukan lah mudah, tapi perlukan kesabaran, ermmm dah HABIS SABAR dah nie... 15 tahun berkecimpung dengannya... masuk ke 16 tahun rasa pun dah lemau. Buat macam biasa-biasa cukuplah... Otak pun dah nak beku... Gigi pun dah nak luruh semua... wakakakakaka... Rambut dah mula BERUBAN... badan dah terasa LESU... TENAGA pun dah berkurangan... dah tak macam dulu lagi... inilah namanya SUDAH DIMAKAN USIA... tak lama lagi DIMAKAN ULAT DAN TANAH... Inilah kehidupan didunia.. tak lama mana pun.. lebih kurang 60 Tahun cukup la tu... Eh... terlama pulak pending menaip... hahahaha... maklum la sedang bertugas... time rehat jer boleh nak menaip... kekadang jer baru free nak memandang komputer... sambil sambil tu boleh laaa... apa lagi nak cerita ek... betul dalam kitab cerita rezki tu dalam pelbagai bentuk... cukup la apa yang aku tahu... aku diberikan kesihatan selepas patah kaki haritu... eh aku dah cerita ke yang aku patah kaki tu ek... oooo nanti aku cite la yang aku patah kaki tu mcm mane jalan ceritanya... ini aku nak cerita bab kerja kat KERTEH ni.. 


Sekarang masih dalam proses Hardscape... maksudnye kerja-kerja construction... kerja kerja Landscape belum start lagi... (laymen) punya skop pemahaman laaa... klu yang faham Landscape ni sebenarnya semua scop adalah landscape... memandangkan projek ini ada cunsultans so tak perlu la aku nak fikir macam-macam... so fikir bab softscape je laaa.. orang kata mudah kerja dan lebih senang la... just memantau dalam pejabat sahaja... tunggu la part softscape sok, baru la rase nak menyibuk di tapak projek... Tebang pokok, korek tanah, campuran tanah, tanam pokok, cantas pokok, membaja pokok, menyiram pokok, menggembur tanah, pemilihan pokok, rumput, penyelenggaraan pokok besar dan pokok renek, dll... ermmm itu pun dok kata aku tak faham pasal landscape (BOOS AKU) hahaha... layan jer lah.. masuk telinga kanan keluar telinga kiri, tiap bulan masuk gaji... Betul la P.Ramlee kabo... didalam dunia nie kene pandai menipu membodek, memegah diri baru lah kita dipandang mulia... ini adalah ternyata sebenar benarnya... aku dah alaminye... jujur macam mana pun kite akan ditindas.

Allah... bosan la dengan isu kerjaya aku nie.. by the way ini lah pengalaman seorang pekerja yang berada di dalam jabatan kerajaan, penuh dengan politik dalaman... tak pe lah aku duduk site pun dah kira bagus dan beruntung la kan kan kan... tapi kekadang ada jugak terasan cemburu kepada kawan kawan yang duduk pejabat goyang telur dapat gaji masyuk pastu naik pangkat... yang aku ni dihantar jauh jauh untuk disembunyikan dari penglihatan semua... eh cukup la yer buat kali nie... semak pulak kepala.. ok nak stop... nanti aku cerita kaki aku patah yer... ini zaman mase cobit 19.. tadaaaaa... wassalam.


Comments

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...