Skip to main content

TAMAN AWAM KUALA KERTEH TERENGGANU

TAMAN AWAM KUALA KETRTEH TERENGGANU, Asslammualaikum semua, lama dah tak menaip wei.. terlalu sibuk dengan kerja.. Alhamdulillah selesai kerja-kerja di terengganu selama 3 tahun duduk di sini, penat lelah semua ada, macam biasa lah bila disisihkan dari kelompok budak budak pejabat, yang selesa dengan kehidupan dipejabat beraircondition, makeup sana sini, melaram sana sini, penuh dengan keselesaan, dengan kenaikan pangkat mereka, dengan kenduri kendara, sambutan ulang tahun.. huuuu haaa sana huuu haaa sini... post gambar kegembiraan mereka didalam laman sosial.. perghhh seronoknya hidup didalam pejabat... Aku... sendu duduk bersama BANGLA DI DALAM SITE.. berpanas hitam legam

By the way.. aku dah biasa buat kerja mcm nie.. lantak la korang nak cakap ape.. Malas nak fikir janji ada kerja ada gaji, tapi aku pelik juga.. walaupun dah disingkirkan jauh2 dari kelompok pejabat.. kalau terjumpa aku masih ada lagi desas desus nak kacau kehidupan aku... eeeeeiiiii.. ko orang dah hantar aku jauh2 pastu ko jumpa aku masih lagi nak kacau aku yer... aku sekit pun tak kacau kehidupan ko rang yang senang lenang di dalam pejabat, aku buat kerja aku jer... itu pun ko nak dengki yer... PODAH.. ada aku hairan.. 
Kalau dah perangai macam tu.. memang tak lari dari perasaaan hasad dengki ko rang kan... sudah sudah la dengan kedengkian ko rang tu... sikit pun tak menjejaskan keadaan aku sekarang, tengok hasil sudah laaaa.. daripada mcm ko orang tu yang kerja senang2 di pejabat pun hasil apa pun tarak... itu pun tak cukup cukup kan... hahahaha.. itu la yang ustaz cakap... kalau kerja tu jangan nak berdengki dengan orang lain.. kan dan tak puas hati... eeeeeiiii jangan tengok pada orang laaa.. tengok pada diri sendiri tuuu... apa kekurangan dan memperbaiki semula.. wallaweiii... tak senang duduk ek.. aku berbahagia walaupun aku disingkirkan. hahahaha seronok aku.

Dari kerja2 pilling sampai jadi bangunan sebegitu besar, nampak tak hasil aku yang ko tak hargai nie.. Syukur alhamdulillah, dan berterima kasih kepada kontraktor yang mendengar kata-kata.. Seronok kan bila dapat hasil sebegini rupa.. Bukan aku nak berbangga tapi cuma nak menghargai hasil usaha aku jer.. Bila dah siap mcm nie baru la ko orang nak menyending bergesel gesel nak penghargaan dari org2 berpengaruh kan... lepas tu berbangga la kan.. dapat ANUGERAH CEMERLANG 2023 dari orang2 besar, lantak ko rang laaaa... aku tak kesah pun... aku kerja bukan sehari dua dengan ko orang.. dan masuk ke 18 TAHUN aku kerja.. aku dah tahu perangai orang2 dalam pejabat ni.. sudah laaa.. malas nak cakap banyak2... tengok gambar pun aku dah cukup gembira weiii.. aku tahu hasil titik peluh aku sendiri... dan tak lupa juga kepada kawan2 aku yang sering membantu aku untuk menyiapakan projek di kuala kerteh ni... Syukur Alhamdulillah kerja2 pun dah selesai.. 2021 hingga 2023. 

Alamak gambar yang sama pulak.. hahahaha paham paham laaa.. bila hati ada seronok mesti la nak berlebih lebih la sedikit.. tamak kan aku... tamak dekat dalam sini jer.. kalu luar pun sama wakakakaka wakanda... 

wei aku taip nie ikut apa yang keluar didalam kepala otak aku saje tau... jangan ko rang ingat ini macam cerpen ke puitis ke punjangga ker... sikit pun tak ada penapisan udara cookoo kat sini... laju jer aku taip guna key bowod... hahahaha... sebenarnya nak bagi cantik jer wall boog aku nie.. kalau tak namapak macam kosong jer kan.. tak cantik pulak... klu mcam ini kan nampak kemas dan teratur... cuma penulisan jer tak teratur... maklumlah dalam kepala otak nie sebenarnya banyak benda nak ceritakan ..kalau ada yang tersalah taip tu pandai pandai la ko orang betulkan sendiri... tak kan itu pun aku nak ajar ekkk... bak kata pepatah rezki tu ada je kat mana mana.. just kita jer yang kene cari.. dan bersabar.. insyaallah akan ada nanti tuhan akan bagi.. 

usah dan berusaha lagi... kalau tak dapat bersabar jer laaa... redha dengan ketentuan.. semenja dua menjak nie aku dah belajar untuk bersabar dan lupakan semua perkara yang telah lepas dan berlaku... ape nak fikir semua tu.. tak lama pun aku mati jugak... dunia nie sementara jer... buat apa yang wajib jer wei.. mana yang mampu kite buat just buat jer la.. tak mampu biarkan jer laaaa... relek bro relek... dah tua dah tak ada masa lagi nak bersaing.. bagi peluang kepada oang orang muda pulak.. yang dah tua nie baik cool jer ikut arah angin..hahahaha... matang la sangat kan.. wak luuuu.. 

sekarang pun dah hampir di penghujung tahun 2023, bila aku tengok tengok balik blog aku.. adoiyaiii... ada tahun tu aku tak tulis apa2 pun kisah tentang aktiviti aku... yang paling kurang pun ada satu post untuk satu tahun tu jer... hahahahaha... maklumlah sekarang kan dah ada tiktok... jadi tiktok lebih menarik dari blog... perubahan dan beredaran zaman, macam tulah yer... kite kene berubah mengikut zaman..tapi jangan kita lupa zaman yang dulu kala juga untuk dijadikan pengalam dan pembelajaran.

Aku letak sikit sikit jer la gambar ek.. kalau ada video nanti aku link kan... klu korang bijak.. cari jer la kat google.. taip TAMAN AWAM KUALA KERTEH.. jumpa la gambar orang2 post kat dalam laman sosial... kat sini aku just nak bagi tahu aku lah yang menjaga projek taman awam ini sampai siap sepenuhnya... 

kalau ko rang jumpa taman awam lain yang teruk teruk tu.. bukan aku yang jaga ok.. tu orang lain yang jaga... hahahaha... aku bernasib baik jer selama ini aku dapat kontraktor yang bagus2... 2nd projek aku dekat TAMAN AWAM LIMBANG utk tanuh nie juga.. tapi projek tu aku sekejap jer jaga.. sebab bos aku surah aku tumpu pada projek TAMAN AWAM KUALA KERTEH ni.. maklumlah aku kan super power asik kene golek sana golek sini... macam haremmmm... ok lah sampai sini saja dulu ok.. kita jumpa di tahun depan dengan zam baru benda baru perkara baru... disudahi dengan ucapan ALHAMDULILLAH dan TERIMA KASIH

Comments

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...