Skip to main content

Abah Dalam Kenangan Ku

Assalammualaikum sahabat sahabat blog semua, disini aku ada kelapangan masa sedikit untuk nukilan sekali lagi yang tak akan pernah berhenti, dalam diam diam aku bergenang air mata teringat kepada abah aku... walaupun baru 10 tahun kami bersama tapi kenangan bersama taidak akan dapat ku lupakan... dia lah ABAH ( Ayah angkat aku )merupakan seorang yang tabah dalam apa jua situasi dan sentiasa menyayangi anak anak beliau... keperluan rumah tangga dipenuhi dengan tenang tanpa rasa mengeluh kesah... 

Kadang kadang ada juga dia bercerita kepada aku masalah beliau... tapi kepada aku sahaja lah yang dia boleh bercerita... aku kan anak angkat dia... jadi mungkin aku merupakan salah satu batu loncatan kepada anak anak beliau... aku tak kesah... dan aku kan menumpang kasih di dalam keluarga ini... 

Alhamdulillah tiada beza dia melayan aku seperti anaknya sendiri... sayang abah, ( kome jangan anggap aku tak sayang bapak aku sendiri ye) aku sayang juga... tapi memendangkan situasi abah dgn bapak aku berbeza maka aku sayang abah aku mcm sayang bapak aku sendiri... nah aku lampirkan sekeping gambar abah angkat aku untuk tatapak semua.... 
Abah & Mak Raya 2015

Dalam diam abah aku sakit, sakit dia adalah sakit kegagalan paru paru untuk berfungsi... lebih specifik adalah LELAH @ Athma, sejak dua menjak ini lelah abah aku semakin teruk, disebab kan itu abah sering kali keluar masuk ke dalam hospital ipoh untuk mendapatkan rawatan pernafasan... dalam kata doktor ambik Oxigen lah... kadang kadang okay kadang kadang masuk wad... aku dengan anak dia lah yang bujang selalu meneman kan beliau... tidak ketinggalan juga anak anak yang lain... berulang alik ke hospital untuk melihat abah... kami bergilir gilir kalau abah masuk wad...  

Emak juga tak terlepas sering menyediakan makanan untuk abah... abah nie agak memilih tentang makanan... itu sebab abah hanya akan makan masakkan emak... maklumlah masakkan emak lagi sedap masakkan hospital... hehehehe... hari hari kena masak untuk abah dan hantar ke hospital.... dah biasa dah kami anak beranak dengan perangai abah... 

Makanan kegemaran kalau yang dari luar iaitu (NASI AYAM FAUZIAH IPOH PASAR BULAT) kalau dah jemu masakkan rumah abah akan beli nasi ayam tersebut... dah faham dah... tak ada lain... kalau makanan yang ringan- ringan abah akan makan (CAPATI MEDAN GOPENG IPOH) katanya sedap garing dicich dengan kuah ikan sardin... nyum2... 

Itu lah makanan kegemaran abah... bukan nak yang mewah-mewah... tapi sedap dimulut sudah memadai... bagus abah nie... pagi-pagi dia akan ke pasar borong beli barang- barang dapur untuk anak-anak... tapi kami nie tak kesah pun nak makan ape.. sedap dah besar panjang... kami akan makan apa yang ada sahaja kat rumah tu kalau mak yang masak...ikan bilis dengan kicap pun okay dah... tak memilih pun... 

Tapi abah akan beli barang-barang yang sedap-sedap... ikan potong laaa... kerang.. ketam.. udang.. ayam.. sotong dan lain2 yang sedap2... menu masakkan emak semua berdasarkan barang-barang yang abah beli dari pasar... bagus abah nie... emak akan tanya, abah nak makan ape mak akan masak semuanya mengikut kehendak abah... itu lah kadang-kadang kalau abah tak sihat kami ganti nak beli barang-barang dapur pun tak reti... 

Sebab abah nie kalau nak makan semuanya da pasangan nya... kalau tak lemngkap abah tak akan makan... sebagai contoh.. kalau masak lemak sayur bayam dia akan ada pasangannya sambal belcan... kalau tak ada memang tak lengkap abah akan makan sikit je... huhuhuhu... mak dah faham sangat... kami pun anak-anak pun faham kehendak abah... 

Cuma bila nak pegi pasar tu kami akan fikir menu apa yang abah nak makan... nak tanya abah takut... hahahaha... macam akau akan beli lauk-lauk yang sama macam abah beli... nanti mak la yang masak... senang... kalau beli ikan tu kena pandai pilih yang fresh.. kalu tak fresh abah akan kompalin... wakakakaka... Alhamdulillah macam aku... aku tahu pilih semua... bila emak dah masak dengar abah kata sedap dan fresh tu dah cukup seronok... hehehehe... terbaik.. 

Itu lah cerita serba sedikit pasal ABAH... yang lain-lain aku tak nak cerita, Pada Khamis lepas tarikh  11 June 2020 bersamaan 19 syawal 1441 AH abah telah pergi meninggalkan kami anak beranak bertemu dengan penciptanya pada jam 02.00pm di hospital IPOH dan telah dikebumikan pada hari yang sama jam 5.00pm... syukur alhamdulillah selesai dengan lancar kesemuanya... 

Sedih yang teramat bagi anak-anak beliau... termasuk aku yang seakan-akan tenang... tapi mengalir juga air mata bila mengenangkan kebaikan abah kepada aku... Terima kasih kerana bagi aku merasa dan peluang untuk mendapat abah yang baik... aku sayang abah... <3 p="">

Disini aku nak letakkan gambar kenangan bersama - sama abah ketika dia masih ada bersama-sama kami sekeluarga... Alfatihah buat ABAH...

Semua ini adalah kenangan-kenangan kami sekeluarga... memang kami tak dapat lupa selama lamanya... kami akan merindui abah sehingga akhir hayat... sayang abah sayang emak dan sayang semuanya adik berdik aku... love you so much... Al-fatihah buat abah...

Comments

  1. Vania Printing Jakarta melayani jasa fotocopy murah dan jasa percetakan murah. Tersedia layanan cetak spanduk, cetak banner, cetak buku yasin, print warna, ATK dsb.

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...