Skip to main content

DESIGN AD-HOC... KEPALA BANA

Assalammualaikum guys.... tak nak cakap banyak ini lah kisahnya bila kerja ikut kepala bana je, sesuka nak arah macam-macam... dengan PLAN tak ada apa pun tak ada Just gambar dalam masa 4hr nak siap semua design... BODO... esok kalau jadi ape2 masalah jangan tuding jari kat aku... KEPALA BANA...

(Gambar Idea Rekabentuk)
Menjatuhkan martabat jabatan sendiri... orang akan nampak yang LANDSKAP ini mudah... depa mana faham pasal LANDSKAP... teruk OTAK LETAK KAT LUTUT...marah dah aku nih... hahahaha...

Lagi2 dapat boss yang baru nak up... kerja pun tak reti nak manage, tu sebab aku sangat2 tak boleh terima,

Ini kes baru aku terima minggu lepas, Boss aku yang baru tu, bagi aku task untuk menyedikan report 3 buah tapak untuk dijadikan sebuah Taman, dengan berbekalkan beberapa keping gambar tapak, dan contoh repot untuk dijadikan sebagai bahan rujukan. Dengan rasa tak rela di petang2 hari isnin aku pun buatlah repot tersebut. Belek2 gambar yang aku dapat, ermmm mane cukup nak buat report sesebuah kawasan. Maklumat apa pun tak ada, Fuhhhhh...

PANDAI SUNGGUH BOSS BARU AKU NIH... DENGAN PERLANTIKAN DAN DIPILIH ATAS DASAR DIA LEBIH HEBAT DARI AKU SUNGGUH MENCABAR DARI AKU YG DIREJEK SEMASA TEMUDUGA BERSAMA DIA...

(hahahahaha... aku masih tak boleh terima yg dia dipilih diatas rezki dan ketentuan Illahi- Nampak tak yang aku ini masih tak boleh terima hakikat wakakaka) ini disebabkan dia jadi boss aku... jadi aku suspek dia lebih hebat dari aku lahhh...(konon nak kata aku hebat le tu) wakakakaka aku tak nak komen pasal tu... cuma sekarang nie dia dah jadi boss aku, maka aku buat je lah repot tersebut dengan rasa redha.

Bermula pagi SELASA aku datang awal jam 6.30am aku masuk pejabat, Semangat nak menyediakan repot yg diberikan oleh boss aku, padahal maklumat yang boss aku dapat dari pihak majlis dah lama dia terima, tapi dia perap atas meja.... tak tahu ape yang dia buat... sane sini sane sini, tengok video, makan2, jalan2, entah laaaa apa yang disibuk-sibukkan.

(Gambar asal)
Pada petang harinya aku dah siapkan repot tersebut, serta cadangan dan pandangan sekali, dengan berasa puas dari hasil pertolongan en. GOOGLE MAPS untuk melihat kawasan sekeliling tapak cadangan dan juga dari maklumat2 abg2 adik2 blogger pasal tapak cadagan itu... terhasilnya 3 repot. dan terus dihantar kepada boss aku yang baru tu.... siap Sofcopy by email. fuh alhamdulillah siap, dan berharap jika terdapat serba sedikit perubahan, boleh la boss aku edit sendiri untuk memudahkan kerja, sebab nanti dia poleh print dan terus hantar ke Pengarah untuk ditanda tangan.

RABU KHAMIS JUMAAT- senyap je boss, aku ingat dah settle... sampai pukul 5.30pm tiba-tiba bunyi sms whatsapp... (ASSALAM SAYA LETAK ULASAN DAN PINDAAN TERHADAP LAPORAN TERSEBUT DIATAS MEJA UNTUK DIPINDA) ***** Dalam hati aku, kan aku dah bagi softcopy tak boleh edit sendiri ke... sikit punya edit pun tak boleh buat sendiri ke?... kan senang klu boss edit terus dan print hantar kat pengarah terus... pagi isnin perangah terus tandantangan kan settle.... haihhhhh... ini lah boss baru, budak2 lagi umur baru 27thn dah jadi boss... tak pe lah ISNIN minggu depan aku buat lah...

ISNIN MINGGU DEPAN = Pagi-pagi 7.30am aku sampai pejabat, sekali aku tengok atas meja repot yang di hantar balik untuk pembetulan..... TERBAKO HATI MACAM NAK KOYAK BAKO JEEEE... TANGKAP KAKI BOSS TARIK BAGI TERGANTUNG SAMBIL KAKI AKU LETAK KAT DAGU BOSS BAGI TEGANG.... sambil cakap... KO BODOH APE... KALAU SEMUA REPOT AKU CADANGAN AKU KO SUH PADAM LEBIH BAIK KO JE BUAT SENDIRI... DARI KO TULIS PAKAI PEN KAT SEBELAH REPOT AKU TU KO SURUH AKU BUAT SEMULA DALAM MICROSOF WORD.... LEBIH BAIK KO TAIP SENDIRI.... BODOH BANGANG>>>> BUANG MASA TULIS PAKAI PEN....

HANGIN SATU BADAN PAGI2 BUTA-.... Relek2 jap aku pegi sarapan 8am masuk pejabat balik, mulakan menaip apa yang boss aku tulis pakai pen tu.... dalam masa 2jam siap... Fuhhh taip memang senang sebab benda dah ada.... tapi kalau mula2 nak cari idea dan kaji selidik kawasan tempat tu yang susah... nak kumpul segala maklumat. Lepas tu kene rejek pulak sape tak sakit hati.... BABI pun keluar dari mulut aku.

SO hari ini dah RABU... aku masih tak bagi lagi repot yang boss aku suruh ubah tu.... lantak dia, dia peram aku punya repot 4hari buat ape... saje nak cari idea nak pangkah aku punya repot... saje nak cabar aku kan...

KALAU AKU BOSS... Mengikut SOP aku akan siapkan repot tersebut dalam masa 3hari bekerja... Biarla tak dapat makan sama2 dengan kawan pun tak ape, balik lewat sikit pun aku tak kesah, tak tengok wayang pun tak ape, janji kerja siap... pandai2 la nak manage time. Ini kamu Boss tak... PERANGAI MACAM BUDAK2... Dalam pejabat ko huha huha gelak2 menyembang. waktu rehat ko lebih sanggup tengok video dari ko buat kerja ko sendiri yang tak siap2... ko lepas kan kat anak buah ko... kalau nak balik kerja... laju je duduk depan punch kad... bujang tapi ko lebihkan nak berhibur dari kerja ko yang tertunggak.

Aku tak boleh la orang mcm nih... tapi apa kan daya PENGARAH AKU SUKA DIA... TU SEBAB DIA DIAMBIL BEKERJA DI JABATAN AKU... dan diletakkan aku dibawah dia supaya aku boleh membantu dia... Hidup ini begitulah perjalanannya. Untuk diuji.

Wassalam....... 


Comments

  1. geram pulak dengar cite mcm tu kan... dgr pon rs sakit ati, kalo kerja xtau la mcm mana, hari2 sakit hati.. sbr abg... kdg2 mmg hadir org mcm tu dlm hdp kite.... slmt berpuasa k

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakakaka.. alhamdulillah masih boleh bertahan lagi...

      Delete
  2. marah betul tuan hamba ye., 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak marah pun saje2 bikin penasaran boss... wakakaka

      Delete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...