Skip to main content

The Shadow Of Your Smile

Ehem-ehem…. Garuk garau manap sumbang suara aku, dan ramai yang call aku akan cakap suara aku sangat machoooo… orang kata, bagi aku same aje, sebab dalam hp aku selalu serius sebelum memulakan perbualan… that why orang kata aku tak romantic, so what?????? Gagagaga kekwat sangat laaaaa aku nieee… puihhhh…

Assalammualaikum kawan-kawan, dah lama aku sembunyi cite nie, dan sekarang aku nak bercerita lah… tak silap, aku ada cerita yang aku akan menamatkan pembelajaran aku di UTM sebelum ini, dan sampai waktunya aku akan meraikan kejayaan aku dalam menghabiskan pembelajaran aku ini, huhuhuhuhu…

(Dalam bas sorang2)
Huhuhuhuhu…. Kenapa huhuhuhu??????? Ini nak menggambarkan aku sedih, pada mulanya aku langsung tak nak ambik penganugerahan ini di atas pentas bersama-sama mereka yang dianugerahkan pada masa itu… nak tahu apa sebabnya aku tak nak????? Sebab ini kali ke2 aku mengambil anugerah tanpa orang yang tersayang disisi, waaaaaaaaaa…. Tidakkkkk…. Sedih dow….

That why aku tak nak ambil… tapi memandangkan mak angkat aku suruh ambil juga, maka aku membuat keputusan untuk  pergi… alahai ko orang nak tahu tak, oleh disebabkan aku tak la beria-ia nak ambil, jadi aku tak nak bagi tahu sape-sape pun yang aku akan ambil graduasi pada tarikh dan bila, sampai lebih kurang seminggu dah nak dekat baru aku bagi tahu dekat sedara-mara dan makcik pakcik aku, biasa lah aku…. Degil dan lagi pun benda nie tak penting pun, kecuali bagi orang-orang yang sayang aku dia akan datang huhuhuhu…

Terkontang kanting aku sorang sorang naik bas dari umah ke UTM Johor… teringat pada orang yang tersayang [nagis dalam hati] pada kawan-kawan aku tak nak mengharap ape-ape pun, nak datang ke nak ucap tahniah ke bagi hadiah ke ape ke… and I cool but erkkk…. Sedih laaaaaaaa…. Tidakkkkkk…. Sehelai sepinggang dengan beg galas yang digantung jeket, tie pinjam dari boss, dan sepasang seluar hitam, baju putih, kasut kawan bagi.
(Bas berhenti dekat yong peng)

Pendaftaran bermula, turun je bas terus naik taxi, aku ikut sorang budak muda nie, yang turun bas yang aku naik tadi, dia pun nak pegi UTM dia yang cakap denagn dreba taxi tu, yang aku pulak membontot dia yang berlagak macam GENG laaaaa… gagagagaga pettakkk, sebelum masuk tu aku Tanya kat budak tu, [nak pegi UTM ye? Tumpang sekali boleh?] dia macam terkedu sepi….… dia masuk taxi tu dan aku pun terus masuk duduk dekat belakang… aku harap budak tu jangan cakap banyak, kalau banyak cakap aku sepak…. Gagagagaga…

Bukan ape kekadang taxi nie nak ambik untung, biasa la time KONVO semua nak cekek darah… homestay pun harga naik sampai 3 kali ganda, sebelum konvo KAK YONG sekeluarga nak datang, aku jenuh cari homestay semuanya mahal dan lagi pun semua dah penuh… pepek tul nasib tak jadi datang… huhuhuhuh…

Then aku duduk diam belakang taxi, pakcik tu duk sembang dengan budak tu… lantak lah… ada aku kesah, janji aku sampai UTM nak jalan kaki jauh woooo gagagaga petttaaakk… tumpang ape salahnye, budak tu sembang tah ape tah dengan pakcik taxi tu, tetiba pakcik tu Tanya kat budak tu… [kawan ke kat belakang tu, dari mane] budak tu gagap-gagap nak jawab, terus aku mencelah [ye pakcik kawan, sama macam dia nak balik kampus esok KONVO] terus pakcik tu sembang balik dengan budak tu, what ever laaaa… aku sedih nie… sampai kampus budak tu… jauh la pulak dengan dewan KONVO, erkkkk… lantak lah… turun taxi budak tu bayar tambang taxi RM15.00 aku pun keluar dah ready RM20.00 lepas je pakcik taxi tu beredar aku terus bagi duit aku tu kat budak tu… thanks bagi tumpang… dia pun laju je ambik duit dan cakap same-same…

Habis daftar dapat JUBAH terus aku keluar cari taxi nak cari HOTEL dekat TAMAN “U” sampai sane terus aku merayap cari bilik… ding dong dong dong… 3 Hotel semua penuh, pettakkkk pale… tapi dalam otak dah fikir dah… kalau tak ada bilik aku nekad tido dekat SURAU TAMAN ‘U” nie jeeee… last-last ada satu hotel nie kosong 1 bilik je, sebab ada orang cancel tempahan… Alhamdulillah terus tempah untuk 3 hari 2 malam…
Tempat ambil jubah UTM

Tiba-tiba aku dapat panggilan dari seseorang, [weh aku nak datang teman ko KONVO, aku OTW dari pagi tadi sampai sekarang dan 10jam tak sampai-sampai lagi, dah kematu duduk dalam bas] masyaallah… kenapa susah-susah nak datang… *berlinang air mata dalam kegembiraan* Tuhan itu maha mengetahui apa yang diinginkan  dan apa yang diperlukan untuk masa ini, Syukur Alhamdulillah, tak tahu nak cakap apa dah… kedu kaku weh… ada juga yang sudi teman.

Pada malam harinya aku ajak kawan aku teman beli baju kemeja, sebab kemeja yang aku bawa dari rumah, time aku gosok dekat hotel lekat warna hitam… hampeh rupenya penggosok baju hotel tu dah berkarat… siot jeee… so terpaksa la beli baju baru… nasib baik ada member nak teman, so belanja la makan, dari jauh dia datang kot gagagaga… sejuk la hati nie…

Esokkan harinya konvo, ber kot hitam, ber tie hitam, berseluar hitam, berbaju ungu, [kawan aku yang pilih warna… cari yang murah-murah jeee] Alhamdulillah NAIK PENTAS, member aku tunggu aku sampai habis siap ambik gambar dari atas masa aku ambik sekeping kertas, maklumlah dapat kad masuk dewan secara percuma, aka FAMILY,  tak pe laaaaa dia macam family aku juga… huhuhuhu… sedih balik… L arghhhhhh…

Sebelum tu aku dapat call yang opah angkat aku datang nak jumpa aku jugak sebelum konvo, secara kebetulan dia berada di johor untuk menghadiri kenduri tuning cucunye, so jumpa lah sekejap, *opah nangis peluk aku… huhuhuhu lama tak jumpa cucu opah sorang nie… sekejap aje dia terus beredar kerana nak balik dah….

Sambung cerita..

Tamat sahaja penyampaian, semua orang keluar dewan, aku janji dengan kawan aku suruh tunggu aku dekat luar pintu… dah la tak boleh call, hp aku dengan dompet aku pun aku bagi kat dia… pettakkkk… punye lah bongok, macam mane aku boleh tak ingat semua tu… orang punye la ramai macam semut, tercari-cari aku mane kawan aku sorang nie… sesat ke? Dah la dia tak pernah datang UTM, last-last jumpa juga akhirnye…

SURPRISEEEEE.... tadaaaaaaa… SEJAMBAK BUNGA BERSULAMKAN CHOCOLATE FERRERO ROCHERE… petttakkkk pale… seronok tak terkata sampai tak tahu nak cakap ape dah… tq banyak-banyak bro… dah la susah payah datang, pastu belikan hadiah pulak… terharu weh… *berlinang air mata… toleh belakang kesat air mata… cover macho… dah jom kita balik hotel...

Penat tahan taxi yang tak nak berhenti, sebab kami nak pegi hotel dekat TAMAN “U” je… demand tak ingat… sabo je lah… so aku ambil keputusan dengan member aku berjalan kaki ke hotel… kesian member aku tu terpaksa jalan jauh, dekat 3km jugak lah… sambil2 tu aku tahan kereta, mane tahu ada orang yang berhati mulia nak tumpangkan kami,

[berangan je laaaahhh… orang-orang kat sini tak macam aku] aku tak macam orang-orang lain yang konvo semua ada family yang teman hantar pegi dan balik, aku jalan kaki jeeee… naik bas or taxi, malangnya UTM tak ada bas untuk orang-orang macam kami, taxi pulak demand tak nak hantar kami… so jalan kaki je lahhh… UNIVERSITI UNTUK ORANG-ORANG KAYA… maaf kalau ada yang terasa, ini pengalaman aku.

Sampai je taman u dengan rasa penat nak mampus, dari pukul 6.30pm hingga 8.00pm masuk hotel mandi2 lelap, esok dah nak balik, selamat tinggal UTM, selamat tinggal JOHOR… jumpa lagi… ini lah pengalaman aku semasa KONVO, huhuhuhu sedih dow… nak taip pun rasa macam tak best, kalau korang baca mesti macam cerita ini macam tak habis jeee… gagagaga ini je yang aku nak cerita. Wokey cukup je lah ek… wassalam.... nak tengok gambar Konvo sila pegi dekat Photo Gallery Arjunakirana


P/s : Tak semua orang bernasib baik, maka janganlah mengharap sesuatu yang belum pasti ketentuannya, dan jika ia telah tertulis didalam takdir seseorang itu maka pasti ada jodoh dipenghujung cerita. Terima kasih sahabat. Jasa dan budi mu akan ku kenang sampai bila-bila. Mane nak dapat kawan macam nie oiiii… beruntung aku gagagaga pettakkk

Comments

  1. waaaaaa, gitu ceghitanya...
    alhamdulillah, pengakhiran konvo yg akan sentiasa disana kenang, kan.
    dia mmng sahabat yg owsem utk disana.=)

    p/s: suara inchek arjuna bukan ke macam orng baru bangun tidor?? =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. gagagagaga... cik marikh dah selalu dengar suara arjuna, jadi mcm tu lah...

      time arjuna kerja pun bila boss call kata arjuna tidoo... hampehhh... tapi dah memang mcm tu... Hobi pun suke tidooo... gagagaga pettakkk.. :P

      Delete
  2. oke la at least ada gak kenangan time konvo kan...sok dh tua boleh cite kt anak cucu...haha

    lg nk tanya..err ko dgn bff ko tu tido sebilik ke masa kt hotel?

    kbai~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul gak dah ada anak cucu nanti boleh la cite kat anak cucu nanti... gagagaga...

      member aku nak tido mane lagi weh... dah tentu la tido sebilik dengan aku... lagi pun tak kan laaaa nak biar dia merempat... dari epoh pulak tu... macam2.

      Delete
  3. woii Tahniah konvo kau tuuuuu...heeeee peace sikit...

    kau tahu, aku ni macho orang nyeee... tapi kau laa nii
    \updatee benda2 cam giniii...
    tergugat betuii wehh...haishhh...

    kau tahu sebagai org yg tak kenal kau, aku bangga dgn kau weh
    kau jenis yg berdiri atas kaki sendiri
    kalau aku mungkin takkan mampuuu...atau lebih tepat
    memang tak mampu...

    p/s : kauuuu jangan nak sedih tau sengal... kau kena happy2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yowwwww... MACHOOOO... ala biasa laaaa... so sekarang aku akan cuba berhijrah ke alam pekerjaan yang baru... baru tengah godek2 jawatan baru... kalau ada rezeki boleh la cuba pengalaman yang baru nanti...

      P/s : huhuhuhu sedih jugak...

      Delete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...