Skip to main content

Pertandingan Seluar Londeh Di Port Dickson

Assalammualaikum guys… aku Tanya ape kabo… aku Tanya ape kabo… aku Tanya ape kabo… erghhhhhh… getik dengonye… gagagaga pettakkkk… ape ape pun lagu nie dah menang anugerah… kau ada… so diam sudah!!!!!!!

Dah setahun tak update kot… okey aku dah boleh mule update ape yang terbaru yang harus dikongsi dan mungkin ada yang jeles… mungkin wokey… kalau ada bagus laaa… kalau jeles jangan pulak nak balas dendam dengan aku, tapi jeles buat yang lebih baik dari aku baru lah best… kalau boleh laaaa… poyo la aku nie, belum lagi cerita dan “EKSEN” puiiiiiiihhhhh…

Jom baca, aku nak cerita dulu baru aku fikir nak taip tajuk yang HOT2… maklum lah… tajuk tu penting dalam dunia blog nie… kalau tajuk koman2  tak ada sape nak tengok… kalau tengok pun yang skemang2… jangan mara ehhhh… ini dunia reality manusia zaman sekarang…

Sabtu ceritanya aku dengan family jalang-jalang bercuti ke [PORT DICKSON] tahun lepas, mula-mula aku tak nak join, sebab keje banyak, lagi pun masa nak pegi tu aku keje balik lewat… dia orang dah plan awal-awal tapi keje aku kena standby in that time… so aku pun balik agak lewat dama pukul 11am baru sampai rumah, dia orang plan pukul 9am dah gerak… so dalam hati biarlah dia orang pegi, lagi pun aku tak siap ape2 langsung… melenggang je balik keje… gagagaga, aku dah remaind kat dia orang kalau aku lambat pegi lah dulu jangan tunggu aku.

[ Jalan-jalan cari makan di Nasi Arab Melaka ]
Sampai je kat umah, tak la call ke ape ke, sebab dah bagi tahu pegi je, jangan tunggu nanti lewat sangat plan lari… sekali sampai depan rumah ramai yang duk menanti depan pintu… terkejut aku, semua dok gelak-gelak kat aku, [hei lambat betul anak kesayangan mak sorang nie] semua peril-perli aku… gagagagaga pettakk kepala, mak ngan abah suh aku siap-siap, paksa aku pegi jugak… mati la nakkkkk…

Masuk je dalam bilik tengok2 beg baju dah siap atas katil, rupenya member aku dah kemas-kemas kan semua baju, seluar, dan semua la kelengkapan seorang jejaka hensem nie… gagagaga maklumlah kami berdua nie sama saiz baju seluar dah main tukar2 jeee… jadi sekali masuk je dalam satu beg. Ermmmm aku pun tak kesah sangat pasal baju seluar nie… pakai je janji selesa di pakai. Lagi pun dah lambat, redah je lahhhh…

Untuk makluman semua, planning nak berjalan ke PD nie dirancang oleh kak YONG aku, dia yang plan nak pegi dan siap booking tarikh, aku ditugaskan untuk menguruskan rumah tumpangan di PD dan semua aktiviti di sana, dan aku juga ditugaskan jadi tukang penunjuk jalan dari IPOH sampai ke PORT DICKSON, that why dia orang tak nak tinggal aku, erm… ini lah keluarga aku yang aku sayang.

So kami sampai petang, dalam pukul 4pm, homestay punye le beso, 4 bilik ada aircond lagi, cukup la kami 4 keluarga tido setiap keluarga satu bilik, Alhamdulillah settle bab penginapan, so plan nak jalan-jalan pulak, malam tu kami tak kemana pun just masak-masak je kat rumah, jimat sikit nak keluar jalan-jalan pun dah terasa penat sangat, just lepak-lepak kat rumah tengok bola.

[ Tukang jaga anak-anak kecil yang nakal nak berendam sahaja ]
Ahad, plan nak jalan-jalan kat PD bertukar ke MELAKA pulak, ayo yooooo… ikut jelah, sampai la dekat Melaka naik river cruse, makan nasi arab bawah pokok kelapa sawit, hoooo… jauh jugak. Seharian berjalan di Melaka, petang balik ke PD nak masak BBQ, budak2 nie dok kecoh nak mandi air laut dah tak sempat, hari dah nak malam, sampai je kat rumah, budak2 nie semua kepenatan berjalan, gagagaga tido jelah…. Aku, NYAH, MEGAT keluar cari bahan2 BBQ, Alhamdulillah settle. Kami pun  siap-siap nak BBQ, malam menjelma… BBQ siap so makannnn… tido….

Isnin… bagun pagi bawak budak2 nie mandi pantai sebab pukul 12 tengah hari dah nak chek out, so aku mintak dekat tuan rumah untuk extand samapi pukul 2pm, isnin pagi tak ramai orang, kalau semalam memang ramai maklumlah cuti sekolah… punye la seronok mandi budak2 nie sampai ada yang tak nak balik… ermmmm… biasa laaaaa… kalau dah ramai2 budak2 memang suke.

Dah puas melayan budak2 nie… kami bergegas balik homestay, so siap2 berangkat pulang, singgah sebentar di gerai CENDOL BAKAR basahkan tekak, ramai2, jangan terpedaya dengan CENDOL BAKAR kerana ia sekadar nama, bukan seperti apa yang digambarkan… sori dan minta maaf kepada empunya gerai, “JANGAN MENIPU”

Kami bergegas pulang ke IPOH melalui lebuh raya utara selatan, singgah NILAI TIGA, tak beli ape2 pun sebab budget lari gagagaga… Singgah SELAYANG kami makan malam di gerai TOM YAM AMAN Kampung Bendahara. Yang penting ABAH kata SEDAP, yang lain aku tek peduli… gagagaga pettakkk…

[ Sesi berendam bersama anak-anak saudara ] 
Sampai IPOH 1 am, sebab singgah RNR TAPAH rehat2 sebentar. Aka ngeteh… memang syok berjalan-jalan selama 3 hari… rasa tak cukup lagi, sambung ke next planning ke TERENGGANU pulak akan dating, itu pun YONG punye rancangan…. Gagagaga taktahu lah jadi ke tak… TUNGGUUUUUUU… enjoy

Alahai… sekali baca macam taka da yang menarik pun… BOSAN… tapi tak ape lah ye… sori kalau kali ini karangan aku agak membosankan… tapi yang penting aku HAPPY dengan TRIP kali ini, 1st time dapat berkumpul ramai-ramai dengan FAMILY… best ada keluarga yang macam gini, thanks for all… LOVE THEM ALLa

Kenapa muka arjuna tak ada....???? nak tengok arjuna KLIK SINI NO>>>


P/s : Aku nak kongsikan satu perkara yang sangat penting untuk semua, apa-apa pun yang kita lakukan, kita kena beri keUTAMAan kepada KELUARGA terlebih dahulu, lantak lah awek ke pakwe ke nak bising-bising, yang penting kita spent time with family kita, so what… gaduh2 dalam telifon nangis2 bagai, orang macam ini memang tak faham mane yang lagi penting, kalau aku dah lama aku tolak ketepi orang-orang yang macam nie… tak faham ke yang orang nak spent time with family… erghhhhh…  STOP sampai sini je “GERAM”

Comments

  1. alhamdulillah.

    syokkkk kan berjimba dgn family.
    walaupon kengkadang memeningkan kepala jugak.ekekeke!

    tapi dorang ni takde galang ganti.

    =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Marikh... tumpang kasih jeeee... itu pun dia orang sudi nak ambil arjuna jadi salah seorang family, kalau tak... tah sape lah kankankan...

      Syukur Alhamdulillah... dah macam family sendiri dah... gurau senda anak mak... hehehe

      Delete
  2. wooo best gilerrr wehh..caittt... untungggg laaaa... besar jugak keluarga kau kan...
    aku family tak ramaii... tapi nnti sure tak best kalau abang2 aku kawenn
    mestiiii susah nak gatherrr mcm nii kann..
    huhuhuhu, jelllyyyyyy tgok kau holidayyy...

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...