![]() |
| La Tahzan |
Oleh yang sedemikian untuk tenang kan hati dan perasaan, Arjuna menelaah dan mula mencari ilmu dalam mencari keredhaaan dan ketenangan hati, ape lagi jumpe MR GOOGLE laaaa... gagagaga... jumpa la ayat2 yang sama kisahnye... jom aku nak kongsikan bersama-sama :-
1) "Hari ini jika kita rasa kecewa dan menderita, padamkan-lah dalam kamus diri kita. Hargailah diri kita, tidak mengapa jika orang disekeliling kita atau orang yang kita sayangi tidak menghargai kita asalkan kita sendiri punyai harga diri"
2) "Tidak dihargai bukan yang paling malang.Yang paling malang apabila kita tidak menghargai"
3) "Kawan :- aku dah tolong kau macam-macam.Berkorban macam-macam dan tak minta balasan pun tapi cukuplah kalau kau hargai aku dan layan aku baik-baik"
4) "Orang pertama yang mendapat manfaat daripada satu kebaikan ialah orang yang melakukannya.Jika bila anda dukacita,carilah orang lain dan gembirakanlah mereka. Nanti hati anda juga turut gembira"
5) "Jangan mengharap terima kasih Mat. Nanti kita sakit jiwa. Hakikatnya, majoriti manusia yang hidup di dunia ini tidak pandai berterima kasih. Jika kepada Allah pun hanya sedikit manusia yang mampu bersyukur, inikan pula kepada sesama manusia,”
6) “Lupakan Mat. Aku kenal kau sejak dulu. Kau tak perlukan penghargaan kerana kau sememangnya berharga. Kata bijak pandai, jangan sedih kalau kita tidak dihargai tetapi sedihlah jika benar-benar kita tidak berharga.”
6) “Lupakan Mat. Aku kenal kau sejak dulu. Kau tak perlukan penghargaan kerana kau sememangnya berharga. Kata bijak pandai, jangan sedih kalau kita tidak dihargai tetapi sedihlah jika benar-benar kita tidak berharga.”
7) "Penghargaan yang paling berharga dalam hidup ini, sebenarnya apabila ada
insan-insan yang mendoakan kebahagian kita di dunia dan akhirat
lima kali sehari tanpa kita ketahui dan sedari"
8) "Doa yang paling cepat diterima ialah doa seseorang bagi seseorang yang lain yang tidak hadir.”
9) "Andainya suatu hari nanti, anda memberikan sebuah kereta kepada seseorang. Maka tidak mustahil sekiranya orang itu akan melanggar anda menggunakan dengan kereta yang anda berikan sehingga anda lumpuh"(Anda bersedih? Anda akan rugi. Anda senyum, maka anda akan bahagia)
Alhamdulillah... terasa sedikit lega, dalam kecelaruan hati ini, teringat arwah mak, dengan kata-kata hikmah nya sebelum beliau meninggal dunia, dan juga menjadi falsafah hidup beliau sehingga ke hujung hembus nafas terkahir beliau....
"Biar Orang Buat Kita, Tapi Kita Jangan Buat Orang"
Oleh sedemikian, berikanlah aku sedikit ruang untuk menyendiri buat seketika, dengan kata-kata yang aku nak luahkan disini,
Ayah!!! aku minta maaf banyak-banyak kerana tak memahami kamu sejak dari kecil, dan sering membuat kesalahan yang aku sendiri pun tak tahu dimana salahnya... bagi aku sebagai seorang anak yang telah dididik oleh seorang ibu tanpa ayah, setakat itu sahajalah yang mampu aku lakukan, Arwah selalu berpesan, "jika Ayah kamu cakap apa-apa, iakan sahaja dan diamkan sahaja, jangan melawan, walaubagaimanapun dia tetap Ayah kamu".... Ayah... aku tahu aku bodoh... aku degil... aku suka buat ikut suke hati aku sahaja... maafkan aku ayah... setelah arwah meninggal, aku cuba mendekati kamu, aku cuba melakukan yang terbaik seperti aku melayan arwah... akan tetapi aku rasa aku hampir gagal untuk mendekati mu... malah semakin hari semakin jauh perasaan aku... Allahhuakhbar... kau tabahkanlah hati aku ini. (Ayah aku menganggap kau dah terlalu tua untuk berfikiran rasional aka NYANYUK)
Sahabat!!! aku juga minta maaf kerana aku selalu menyusahkan kamu dan seluruh keluarga mu, sejak perkenalan kita bermula pada April 2012 sehingga Jun 2014 ini banyak kenangan-kenangan yang terlukis dihati dan juga menjadi sebuah buku cerita didalam hidup ku, untuk pengetahuan kamu, sudah menjadi sifat aku yang penuh dengan tanggungjawab ingin menjadi yang terbaik didalam setiap perhubungan, dan jika aku punca dari segala kesulitan bagi kamu, maka dengan tindakan kamu meninggalkan aku keseorangan seperti tunggul kayu hidup, aku terima dan pasrah kerana itu adalah keputusan kamu sendiri... dengan apa yang tinggal aku akan cuba membina pucuk tunas yang baru untuk meneruskan perjalanan kehidupan ini... Terima Kasih (Sahabat aku mendoakan kau semoga berbahagia selalu disamping keluarga dan sahabat handai kamu yang lain)
Inilah 2 kisah yang baru aku hadapi buat sementara ini, agak teruk, tapi aku merasakan ada yang lagi teruk dari ini, diharap sama-sama kita bersabar ye... Allah itu maha adil dan saksama aminnn...
Arjuna rasa arjuna nak kurangkan sikit demi sedikit kisah-kisah sedih ini, diam adalah lebih baik dari huru hara, dulu muda sekarang dah tua, imbas kembali kisah muda dulu, terasa sangat tak MATANG aku pada masa itu, banyak mengarut melalut... gagagaga
P/s : "Tak perlu rasa bersalah jika tiada niat". Ikhlas aku redha, selamat tinggal aku mengundur diri wassalam

sedihnye entri kali ni sbb ape yg arjuna kisahkan abam kaw pernah rasai 1 masa dulu.
ReplyDeletetapi jangan mengalah, kerana akan ade orang akan sayang kita. Biar org tak sayang kita, jangan buat Allah x sayang kita.
A.F.A : Betul la kebanyakan memang sebegitu, kekadang ape yg kite tempuhi ini merupakan ujian dari Allah. Cuma kena byk bersabar, sabar sabar sehingga menjadikan kita lali dan inmun dgn dugaan, aka tak hairan gagagaga boleh ke?
DeletePasrah dgn dugaan mcm tak betul je gagagaga
banyak pengajaran yang boleh diambil... tq arjuna
ReplyDeleteKhai : Sama sama kongsi eh, demi kebaikan bersama :)
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletenak ngundur diri pi mana tu enchek arjuna huiiii. toksah pi jauh2 deh, meh kat sini meh... =p
ReplyDeleteCik Marikh : Amboi offer eh? Jgn gitu nanti gagagaga
Deletepulak daa., xper tarik nfas pepanjang., lepas.., ok x., huhu
ReplyDeletebiar orng buat kita jgn kita buat orng., stuju sgt
Zuhdi : Ahhh... Bau mee maggie kari la, nyum2 gagagagaga
DeletePayah klu nak capai falsafah tu, perlukan kesabaran yg tinggi gagagaga
hikhik..sorry aku gelak comel jap..bukan gelakkan kau tp gelak entry ni.haihh jemah betullah arjuna ni..aku dah mula serius baca kekecewaan melanda sekali kau buat lawak period pulak..sengal betuii...
ReplyDeletetakpelah weh nak share bebenda gini..kau share bukan kau mengeluh tapi yelah kita manusia sure memerlukan orang untuk mendengar kita..ye memang kita perlu mengadu pada Tuhan..tapi Allah juga menghadiakan kita kawan2 orang sekeliling untuk membantu kita jugak...