Assalammualaikum semua, hari ni pada 19 Mac 2014 bersamaan 18 Jamadilawal 1435 Masihi, Arjuna ditimpa sedikit kemalangan di jalan raya... Ayooooo... macam tak gempak jeee... gagaga pettakkk... jom kita dengar cerita selanjutnya... wootwoot2
| (Gambo curi dari en google) |
6.00am : Terjaga dari lena... hehehe walaupun jam hp tak berdering... mandi, solat jap, pakai minyak wangi, pakai baju keje, semangat nak bekerja..
6.30am : Teringat ayah marah semasa di kampung 2 hari lepas... "buat kerja tak pernah nak berfikir untuk memudah cara"... ignore je laaaa... dah faham sangat perangai dia... huhuhuuhu.. kemas-kemas beg kerja...
6.50am : Start motosikal yang dah nak luruh enjin...(ketang kenting kentung bunyi moto aku) jenguk tingkap umah bawah... nak mintak duit sewa ke tak nak...petang nanti la balik keje... pagi-pagi dah mintak duit sewa rumah... gagaga pettakkk...
7.00am : wrooommmmm...(ketang kenting kentung bunyi moto aku) terus merempit ke tempat kerja... slow je pun tak sampai 60km/j... bawak laju kang luruh exhaust pulak... gagagagaga...
7.30am : Sampai BANDAR BARU SENTUL simpang tiga depan menara bengkang-bengkok... lampu isyarat hijau... konon nak terus je... duduk line kiri... tetiba ada kereta MYVI PUTIH bagi lampu belok ke kiri... ayoooo... KEBEDENTOMMMMMMMMMMM... ~!@#$%^&*()+~!@#$%^&*(+_)(*&^%$# : EXCIDENT aku dengan kereta tu...
7.35am : Aku berhenti tepi jalan sambil buka viser helmet buruk aku yang bertampal dengan sepelentip hitam takut tercabut viser...(kereta myvi pun lalu sebelah dan buka tingkap)
7.38am : "bang sori bang sori.. sori sangat" (perempuan aka awek) sambil mata aku menjeling rasa tak puas hati... tapi tak berkata apa-apa... sambil geleng kepala... berkedip mata dengan perlahan-lahan... lalu angkat tangan kiri suruh pergi...
7.42am : Tengok moto cabuk aku... brek depan dah patah... lampu pecah... hendel dah bengkok.. tayar pun dah gelong... gosok-gosok kaki, tangan... lalu pusingkan hendel moto ke arah lampu isyarat... ramai yang melihat aku... ada pakcik yang buat muke tak puas hati.......(tak puas hati kat aku ke.... kat awek tu....?????) what ever...
7.48am : Sampai di pejabat... otak berfikir ape laaa salah aku...??? ada hikmahnye nie... masih gosok-gosok kaki ngan tangan...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum ini aku pernah melanggar untie india kristian kat depan balai polis sentul... dia bekerja kat hospital swasta jalan ipoh... itu memang salah aku sebab aku bawak moto melawan arah... yang lawaknye masa nak berlanggar dengan untie tu... aku lepaskan moto aku jalan sorang-sorang langgar untie tu... gagaga yang aku pulak berdiri tepi jalan tu... macam hampeh kan... kesian untie tu jatuh tergolek... nak kata tua tu tak la juga... umur untie tu dalam 45tahun kot.. hehehe... mase tu aku minta maaf kat dia... dia bising-bising ramai gak yang tengok... dia nak repot kat polis... aku cakap aku tak sengaja... so dia minta no tel aku... lalu aku bagi... sampai sekarang tak call pun... tapi yang lega nya... esok pagi untie tu macam biasa pegi keje kat hospital swasta jalan ipoh... yang aku pulak risau dia sakit ke ape ke... alhamdulillah sihat je nampaknye... siap aku lalu nak pegi sarapan depan balai polis tu selisih dengan untie tu siap senyum lagi... boleh pulak dia tak perasan aku yang melanggar dia semalam... ayoooo... nak kata lawak pun tak tahu laaaa... wootwoot2
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1.45pm : Adehhhhh... gosok-gosok kaki aku lagi... terasa sengal-sengal... rasa lain macam je nie... aku rasa ini mesti sakit dalaman nie... selalunya kalau kita excident kita tak rasa sakit... bila dah beberapa jam nanti timbul la lebam ke apa ke... nie tak tengok lagi nie... nanti balik baru nak buka segala kain main di badan..
2.45pm : Mata rasa layu je dah nie... tak sabar nak menanti jam detik 5.30pm... badan dah lesu... aku rasa ini mesti penangan excident pagi tadi... ayoooooo...
3.15pm : Ape pasal kaki aku nie... picit-picit rasa sakit je kat bahagian lutut nie... ayooooyoooo... sah dah nie mesti lebam nie... adehhhhh...
3.20pm : Tak tahan dah nie... lenguh-lenguh mata pun dah layu je.... masuk bilik fail jap meroloh... dapat 15minit pun jadi laaaa... huhuhuhu
3.45pm : Bangun dari tidur... sakit-sakit kat badan nie dah teruk nie... tahan je laaaa... balik kang baru sapu ubat... kang kalau aku minta ubat kat tpt keje aku nie mula la tanya macam-macam... rungsing aku...
4.45pm : Termenung sekejap... blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr........... kerja dah siap walau pun terkial-kial..... rasa macam nak balik rumah je... walaupun tak ada sape nak mengadu... tetap nak balik umah cepat-cepat...
5.30pm : member ajak minum pulakkkk... minum je laaaaa... dapat air barli ais free... hehehe
6.25pm : Masuk pejabat balik... ermmm nak balik malas... tengah jem... so lewat la sikit... jumpa esok pulak ye... wootwoot2...
P/s : 1st time update blog selepas dan semasa terjadi... hehehe... Arjuna berharap kawan-kawan jangan bagi tahu sesiapa wokey... arjuna tak suka menyusahkan sesiapa... selagi arjuna boleh bertahan.. arjuna bertahan... Fisabilillah
Syukur lah x ada apa yg terokkk..
ReplyDeleteTake care.. ;-)
ZazaMyMoon : Alhamdulillah... mlm semalam tengok.. lebam lebam je kat kaki... adoiyaiii...
ReplyDeletehuhu mcm2 hal atas jln kan, xbleh cuai ckit., aku pun eksiden gak semalam., moto ngn moto.,
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat.
ReplyDeleteAti2 bro
Cuma tgh konpius ni. Mengikut cerita, moto tu teruk jgk siap bengkok kerja tp cane ko teruskan perjalanan ke ofis?
Then, driver tu trus pergi mcm tu ke?
salam..
ReplyDeletewehh,ko jangan lupa pegi check arjuna... kang pape jadi sape nak
angkut ko g hospital?
lain kali hati2 wlpun malang tu tak berbau...
p/s : aku setuju jgak soalan org yg komen tu (MAro)...
zuhdi sanusi : Ayoooo... kita serupa senasib bro... entah laaa.. klu nak jadi tu jadi gak... ape boleh buat... dah myvi tu nak belok ke kiri secara tak sengaja... tak fikir orang belakang la tu... biasa laaa... ikut hati mati ... iukt rasa sedap laaaa... hehehe tak pe aku ok jeee... halal dunia akhirat :)
ReplyDeletemaro rozalez : OOooooo... kiranya moto aku boleh jalan lagi... hendel je bengkok... bedal je laaa... biasa-biasa je nie... hari ni aku naik moto yg sama gak... kenderaan mencari rezeki... walau brek tangan patah.. brek kaki ada lagi... huhuhu.. tunggu gaji baru baik... hujung bulan sesak deee...
ReplyDeletecik kaki ketawa : salam kembali...
ReplyDeleteAyoooo... sikit jeee.. jgn riso.. aku dah tgk mlm semalam.. lebam bin pitam.. sapu minyak gamat hilang laaa.. sakit tu tetap ado... by the way thks... risau pasal teman... tak de sape pun yg terasa masa aku excident tu... tak pe laaa... tuhan ada... tak cerita mane nak tahu kan... hehehe.. biar je laaa.. hidup lagi nie... thks banyak2
aigooooo. O_O"
ReplyDeletealhamdulillah, ada lagi karangan incek arjuna untuk dibaca jengok diam2 ni haaaaa.
fi hifzillah.
kalau still sakit2 lagi pergi check je terus. jgn tangguh2 dah, takut melarat ke apa sakit tu nanti..
ReplyDeletecik marikh : Ayoooo... spy... hehehe thks wootwoot2
ReplyDeleteAisya A : Wokey jangan risau awak... arjuna dah okey... hehehe
ReplyDeleteaccident rupenya..okey ke kawan?Allahu, nasib xde patah.. :)
ReplyDeletensb baek x teruk. mentang2 la awek yg langgar, terus x minta ganti rugi...
ReplyDeleteMeza lee : alhamdulillah... Selamat... Tp sampai sekarang aku x jumpa kereta tu lagi pagi2... Klu jumpa blh ajak makan same2.. Gagagagag pettakkkk :p
ReplyDeleteaswadz : gagagaga jgn marah bro... Lelaki single mmg gitu... Pompuan tu je yg x faham... Kankankan...
ReplyDelete