Skip to main content

Tahmid Seorang Hamba Allah

Salam guys, ape yang arjuna hendak didalam dunia ini, tiada lain tiada bukan adalah kasih sayang, wahhh.. sambil-sambil menaip arjuna nak hiburkan hati pasang youtube lagu yang sungguh menenangkan fikiran arjuna tak lain tak bukan... ini dia link dia.. Klik Sini seperti dulu yang arjuna pernah katakan lagu-lagu seperti ini sahaja boleh tenangkan fikiran arjuna... lantak la ko rang nak kata ape... dah tak boleh kata ape dah... TITIK.

Allahhuakhbar... Tuhan je tahu, terlebih dahulu arjuna nak ucapkan kepada kawan2 Mentari Alam Lembayung Alam dan Alyn Roslan dan Stone Burner dan Nurcheda88 dan Azrul Azmi dan lelakisemalam dan Amania Mads dan SKA dan Cik Kechik dan Acik Ariato dan Tukang Choret dan Anamizu dan Mizi Ifwat dan Cik Marikh  dan Semua kawan2 arjuna yang disayangi... Terima kasih banyak2 diatas doa kawan2.
Hai saya apit yang tengah sakit

Alhamdulillah (tahmid) sangat2 tak terhingga dengan adanya doa2 dari kawan2 aku kini apit dah sembuh sepenuhnya... sape sangka perkara macam nie boleh terjadi, kita hanya berdoa yang baik2 bagi sahabat kita, dan sesungguhnya aku amat bergembira dengan berita ini, lagi-lagi berlaku di depan aku sendiri, 

Ingat tak sebelum ini aku ada berniat nak menemankan apit untuk chekup buat kali kedua dan ketiga, tapi malangnya kali kedua aku tak berkesempatan, disebabkan bulan puasa, dan apit juga telah diberimaklum aku tak dapat menemaninya pada hari tersebut. akan tetapi pada kali yang ketiga aku menunaikannye... syukur alhamdulillah keputusannya apit sihat dan terhindar dari penyakit batu karang...  

Dalam masa yang sama aku juga ada seorang lagi kawan, dan aku tak menceritakannya didalam blog mungkin bagi aku ia tak penting untuk diceritakan, tapi bagi aku biar ia tersimpan didalam hati aku ini sahaja, dan aku juga dapat berita yang dia juga terhindar daripada penyakit yang selama ini mungkin ditakuti oleh setiap manusia didalam dunia ini... Alhamdulillah sekali lagi aku ber TAHMID kepada Allah.. memang tak disangka, kalau ikut kata doc memang tak hidup dah sekarang nie... tapi syukur Allah masih memberikan dia peluang bersama keluarga dan kekasihnya aminnn... nak cakap macam mana pun tak tahu laaa... Tuhan je tahu macam mana perasaan aku ketika mendengar berita-berita baik ini.

Kini apit dan ceria seperti dahulu, juga sahabat aku yg seorang lagi tu, walaupun kini dia tengah dilamun cinta, rindu, angau, dan macam-macam laaaa... aku pun tak tahu la nak cakap macam mane, yang penting dia dah jumpa ape yang dia inginkan selama ini, aku ucapkan semoga berbahgia... " kepada apit aku berharap jaga kesihatan, minum air banyak-banyak tau... pada si sahabat juga jangan lupa makan ubat walau doc kata kau tiada sebarang kemungkinan berpenyakit bahaya tapi kena jaga juga kesihatan..

" setiap detik setiap langkah arjuna akan ku berikan segalanya, bukankah setiap kehidupan itu kita yang punya sahaja, orang lain juga perlukannya.." ambillah dari arjuna, sesungguhnya arjuna masih ada jasad dikandung badan walaupun didalamnya tak siapa tahu... 
Apit baru lepas kena chek dgn doctor

Bukannya aku tak menginginkan kebahagian... tapi aku rasa mungkin kebaikan itu akan datang pada masa yang lewat, siapa tahu ada hikmah disebaliknya... aku redha dan berserah... termenung aku bersendirian dengan kisah-kisah aku dan kehidupan aku... 

Ada yang kata kekadang kita perlukan seseorang untuk menceritakkannya... tapi bagi aku biarlah aku bercerita pada yang maha mendengar dan maha mengetahui... sambil itu berangan-angan seperti didalam lagu yang aku dengar nie... wahhhhhh... MAAHI VEEE.... gagaga pettakkk paleeee... tapi aku suka walaupun maksudnya "My Love" tak ada kena mengena pun dengan cerita nie... :p

Okey la sekian sahaja aku nak cerita, dah lama sangat aku tak cerita yang panjang berjela nie, pada yang suka baca silakan, dan aku ucapkan terima kasih banyak-banyak, mana yang baca POINT yang warna biru pun boleh... terima kasih juga... arjuna tak lupa semua jasa baik korang... biarlah orang tak kenal arjuna diluar sana, tapi arjuna sahaja tahu siapa arjuna sebenarnya... aminnn

P/s : Ya Allah sesungguhnya sesuatu kebahagiaan yang kau berikan itu adalah bukan milik aku, aku berharap berikanlah kebahagian itu kepada orang-orang disekeliling aku... dengan adanya kebahagian mereka ini dapat juga aku menumpang kegembiraan dengan melihat mereka-mereka ini bahagia... Mak!!! maafkan arjuna ini sahaja yang arjuna mampu dapat lakukan selama ketiadaan mak disisi.

Comments

  1. hurmm ada kala puitis, ada kala macam jiwang, ada kala dapat memotivasikan diri dengan cerita arjuna ni.. syabas betey *haha tiba2 hindustan mcm lagu yg arjuna tengah dgr kat youtube skrg ni* hehe

    btw, lebih baik mengadu dumba dengan Allah daripada bercerita tak tentu hala dengan org yang kita tak kenal luar dalam.. ada baiknya jg luahkan pada seseorang yg betul2 kita percaya.. apa2 pun buatlah keputusan yang baik untuk Arjuna sendiri ;)

    ReplyDelete
  2. agak tacing bila aku baca nukilan bro arjuna ni. walaupun kita kenal dalam dunia blogging jer, aku trase aku macam dekat lak dengan ko. apapun, kawan ko tu bertuah mempunyai kawan seperti arjuna.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah akhirnya...baguslah...semoga mereka selamat...dan May Allah bless you Arjuna..

    ReplyDelete
  4. errr,tapi lagu tu ??? hahahahahhaa...ok...layann wehh...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah masih diberi peluang apit sembuh utk bersama family.. semoga apit terus sembuh & bahagia dgn fmily apit :)


    semoga Arjuna jugak terus bahagia dgn insan2 tersayang & family :)


    "thats the wayyyyy ... mahiveeee~ "



    tgh layan youtube hindi songs jugak nih arjuna! ahaksss :P

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, allahuakbar.semuaNya atas kekuasaaNya.syukur. =)


    maahi ve~ soni, soni aca mahi ve~ *enjut-enjut bahu*
    gegeggeee! fefilingg gitu. =p

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...
    inilah yang pepatah ada mengatakan, "Duri di Hutan Siapa Pertajam"...

    "Manusia Punya Asa, Tuhan Punya Kuasa"..

    ReplyDelete
  8. alhamdulilah yang penting semua selamar ..semoga apit cepat sembuh

    ReplyDelete
  9. awak pun jaga diri ye, jaga kesihatan. semoga kita semua sihat2 sejahtera selalu.

    ReplyDelete
  10. Amin =) Alhamdulillah..smoga kawan tu sntiasa sihat je..

    ReplyDelete
  11. ZazaMyMoon : macam nie la hidup... kita yang memilih, Alhamdulillah... sama2 merasa :) Thks awak :)

    ReplyDelete
  12. AhmadZarif : Kenal ye... thks laaa.. belum jumpa depan lagii.. aku jenis yang berkata2 kasar... gagagaga pettakkk.. :p

    ReplyDelete
  13. Cikakiketawa : Gagagagaga pettakkk... ini la namanye mamat BOLLYWOOD... wootwoot2

    ReplyDelete
  14. Piqa : Terima kasih awak... terima kasih sudi datang jenguk2 arjuna :D

    ReplyDelete
  15. Anamizu : wau... layan gak ke? payah nak jumpa awek yang suka BOLLYWOOD nie... teringin nak berduet pulak... "sonie sonie...aja mahive"

    ReplyDelete
  16. CikMarikh : wahhhhh... boleh ke? nanti kerassss jeeee... gagagaga pettakkk :P

    ReplyDelete
  17. Mizi Ifwat : thks bro... tak sangka sudi membaca... tapi arjuna punye blog biasa2 je... semua tentang diri sendiri... btw arjuna suka baca blog mizi... sangat pandai bermadah :D

    ReplyDelete
  18. Aku Penghibur : Ye semua selamat alhamdulillahhhh :D

    ReplyDelete
  19. S.K.A : bro juge... kite kan kawan... jom doa beramai2... semoga dimakbulkan niat dan hajat :D

    ReplyDelete
  20. BabyComel :Terima Kasih... awak juga yang comel auuuummmm :P

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...