![]() |
| Selamat Hari Lahir Mak |
SELAMAT HARI LAHIR sayang ku, sesungguhnya tiada tandingannya cinta aku kepada si dia lahirnya membawa ke akhirat, sejak kau hadir di dalam diri ku, kau memberikan kebahagian, ketenangan dan kecintaan yang tiada tandingannya, walau engkau jauh dimata tapi masih subur didalam sanubari ku, setiap senyuman mu, setiap geraklaku mu, setiap perwatakkan mu menjadi igauan ku, kau tiada tandingan, sungguh menusuk kalbu.
Tiada siapa yang dapat menandingi mu yang sungguh ayu dari kaca mata ku, setulus cinta ku kepada mu tak terhigga, akan ku setia sehingga ke hujung nyawa, setulus cinta aku kepada mu tiada halangannya, sanggup ku korbankan jiwa dan raga ku demi menjaga kasih sayang kita, cinta yang datang ini lahir dari sanubari ku,
Perlu kau tahu, percintaan ini tiada siapa pun boleh memiliki selain kamu oh sayang ku, walaupun kamu tidak pernah tahu betapa sucinya cinta ini sehinggakan terbawa didalam lena ku, aku tetap mencintai mu, air mata ini selalu menemani kesunyian ku, dan sesungguhnya aku redha kerana cinta ku hanya untuk kamu, biar sahaja air mata ini mengalir ke bahu ku sehingga kering, hati ini tiada siapa akan memiliki selain kamu sayang.
" Ya Allah, Sampaikan Salam Rinduku Kepada _ _ _ _ _ _ _ _ Sehingga Menjadi Kerinduannya Amin "
Setiap solat, setiap malam akan aku doakan kepada mu, setiap detik hati aku akan sentiasa mengingati mu selalu, mudah-mudahan Allah akan mendengar dan memakbulkannya, cinta ku ini tiada tandingannya. mengertilah wahai sayang ku... amin
P/s : Al-fatihah pada Allahyarhamah bonda ku yang di cintai semoga dikau bersama mereka mereka yang disayangi Allah S.W.T

Alfatihah.. semoga arwah ditempatkan digolongan yang beriman & tenang disana.. inshaAllah..
ReplyDeleteklau Arwah masih ada, mst dia terharu baca kata2 ni..
entry yang lahir dari hati.. Al-Fatihah
ReplyDeleteal-Fatihah buat arwah bonda..
ReplyDeleteal-fatihah
ReplyDeletemoga sentiasa berada dikalangan2 orang yg beriman
aminn
Amin..Al-fatihah bt mak arjuna..bnykkn bersabar..smoga rohnya ditempatkn dikalangan orang yg beriman..Amin Ya Allah
ReplyDeleteTerima Kasih Guys... LOVE YOU ALL <3
ReplyDelete" DOA tak mampu kembalikan mereka yg tiada, tapi DOA mampu memberi KEBAHAGIAAN dan KETENANGAN buat mereka yg tiada"...
ReplyDeletewallahu a'lam.
senyummmmm... =)
al-fatihah, teruskan berdoa. walaupun dah tidak bersama, doa anak yg soleh takkan berputus bersama ibubapabya..
ReplyDelete