Skip to main content

Anak Pungut Di Kebun Getah

Salam sejahtera guys, syawal telah pun berlalu pergi kini zulkaedah pula melabuhkan diri, aku rasa amat berdosa menyembunyikan perkara yang terbuku didalam hati ini, dahulunya aku amat tidak memperdulikan perkara ini sehinggakan aku menolak dengan senang, mungkin ia tak diperlukan pada masa itu kerana aku masih ada kasih sayang itu, kini bila aku dah bersendirian barulah terasa yang aku amat memerlukannya. aku bukan dari golongan orang yang berada, anak seorang penoreh getah je pun... sanggup ke terima aku sebagai anak angkat? Alhamdulillah...

Hampir tahun yang ke3 arjuna bersama-sama dengan keluarga ini, dah rasa macam keluarga sendiri laaa.. serba serbi tahu perwatakkan masing-masing, dari asal usul keluarga sampai la yang terkini, siap ada yang nak ambik aku jadi menantu weiii.... sabo makcik pakcik ooooiiiiii... belum masanya lagi, nanti kalau aku dah jumpa atau tak jumpa-jumpa, aku akan bagi tahu... sekarang tengah kumpul ilmu dah harta... sabo je laaa.

Makan besar bersama fmly sempena sambutan hari lahir aku sangat terharu
Mak... panggilan aku buat pertama kalinya setelah kepemergian arwah mak aku, memang susah nak mencari pengganti mak yang origenal, gagagaga pettakkk... Mak tiri? ermmm... jangan cerita kalau tak ada kannn... cerita yang ada je laaaa...

Abah... macam biasa laaa... nama pun abah mesti garang kan... memandangkan dia dah menjadi abah angkat aku... tak la nampak garang sangat, boleh dibawa bersembang dan bergurau senda, tak sangka dah tua-tua dapat gak keluarga angkat,

Yong... kakak angkat aku yang begitu slumber... kutuk-kutuk aku depan-depan... gagagaga sempoi la kak yong, sayang kak yong... ada anak 6 orang semuanya... comey-comel duduk kat kedah... abah ada ajak pegi kalau time cuti aku balik, tapi tah bila nak pegi pun tak tahu laaaa...

Nyah... abang nyah, sorang yang agak rock, selalu tengok gerak geri aku kalau aku balik rumah, dia seorang yang rajin dan tapi dia dah membujang semula anak ada 2 orang masih bersekolah...

Alang... ermmm... dia nie payah sikit, kuat tido, rajin bekerja 25jam sehari, maklum la floor manager, ramai kawan, agak berahsia dan susah nak bercerita kalau dia tak kenal, tapi dengan aku dia okey je... boleh la diajak lepak sama-sama, masih membujang terangtangtang, awek banyak oooooo...

Ama... minah rempit, seorang yang tabah dan sabar, sudah berkahwin dan mempunyai anak perempuan yang comel, selalu kacau aku tengah tido, main pijak-pijak perut aku yang boyot nie.. pastu cakap muka aku kalau aku tak layan... adoiiiiii... sakit la paksuuuuu...

Elly... cantik orang nya, anak bongsu.. tapi banyak cakap, kalau dia ajak shopping sabo je laaa.. erkkkk.. kalau la dia belum kahwin dah lama aku sambar... gagagaga pettakkk... dah ada anak sorang pun... jangan nak menggatal awak tu dah la menumpang kasih jeeee... opsssss... biasa la anak jantan :P

Acu... tersesat datang dari mane tah... gagagaga pettakkk... anak-anak sedara angkat aku semua panggil aku paksu... padahal dia orang dah ada paksu yang Origenal iaitu suami kepada elly... tapi memandangkan aku yang datang dahulu... maka secara otomatiknya aku jadi paksu palsu... tak pe laaaa aku okey jeee...

Secara tak langsung aku sangat-sangat terkenal dalam keluarga ini, abah selalu balik kampung cerita pasal aku kat opah di kampung, makcik, pakcik, sedara mara di kampung, agak hot juga la nama aku, sering berlegar-legar di ingatan mereka, kekadang aku tak kenal pun, tapi bila abah ajak balik kampung, tetiba ada sahaja yang tegur.. "kamu anak angkat ayah alang yeeeee???" terkedu aku jap...Alhamdulillahhh..

Mak pula kalau aku nak balik mesti dia masakkan makanan kegemaran aku, mak selalu cerita pasal keluarga kat aku, wahhhh suke sangat aku, biasa la naluri seorang mak mesti akan ceritakan hal ehwal keluarga, "mak jagan risau arjuna ada, insyaallah arjuna akan tolong mak mane yang mampu,"

Sekarang aku selalu balik kampung, kalau boleh setiap bulan, macam semasa arwah mak aku ada dulu, setiap minggu aku balik kampung, dulu belum kerja laaa masa study... gagagaga pettakkk.. ermmm sape tak seronok balik kampung....!!!

P/s : Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan, aku hanya insan biasa yang tak punya apa. terima kasih

Comments

  1. hah puitis lagi pagi2..
    walau apa pun, janji kita dikelilingi orang yg tersayang ;)

    ReplyDelete
  2. hidup sentiasa happy jika bersama orang2 yg tersayang kan? hehehe
    keep smile :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Arjuna

    Alhamdulillah
    diketemukan dengan orang2 yg penyayang

    ReplyDelete
  4. he3..terbaik la =) rapat je walaupn bkn kluarga kndung..happy family..

    ReplyDelete
  5. itulah seronoknya ada keluarga baru yang menerima kita seadanya :)

    ReplyDelete
  6. family.. diorang everything for me.
    kasih sayang mereka yang buat kita rasa, lebih kaya berbanding orang yg kaya harta.

    ReplyDelete
  7. wooooo.

    bak kata melly goeslaw, 'ku bahagia!'
    gituuuu.

    syukur.

    ReplyDelete
  8. ZazaMyMoon : Terima Kasih... wootwoot2

    ReplyDelete
  9. Cheida_Mymee : Terima Kasih awak... mudah-mudahan aminnn

    ReplyDelete
  10. Miza Lee : Biasa sahaja... semua ini adalah kehendaknya... terima kasih segalanya aminnn

    ReplyDelete
  11. Wan Ahmad Izudean : dah ditentukan bro... terima kasih

    ReplyDelete
  12. Ayu Zan : sama-sama lah kita... arjuna menagih kasih sayang... alhamdulillah

    ReplyDelete
  13. cik marikh : aminnnn... terima kasih cik mar... wootwoot2

    ReplyDelete
  14. ari ke-2 bace blog nie...moga mr arjuna sentiasa hepi..setiap yg berlaku pasti ade hikmahnya..Hidup mr arjuna!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...