Skip to main content

Keracunan Makanan

Salam, dan susungguhnya Allah itu maha kaya dan maha berkuasa, (9hb May 2013) aku diracun oleh makanan yang aku makan sendiri di waktu pagi hari 9.00am, menu nasi lemak telur goreng dan tea o suam, tepat jam 3.30pm aku mula rasa lapar seperti biasa, aku pun turun dari pejabat menuju ke restoran depan pejabat...

Latip...! tea o suam satu... 

lalu aku melihat hidangan ape yg nak dimakan, pusing pusing 2 kali terasa perut begitu sebu... lalu aku beredar ke tempat meja makan bersama rakan-rakan... air pun sampai, lalu aku menghirup sedikit air tersebut...maka bersembanglah kami...

dalam beberapa minit sahaja aku mula berasa lain macam.. peluh didahi kepala telinga menitis-nitis ke badan, lalu badan pun mula terasa sesuatu... kepala mula rasa ting tong macam nak pengsan, tp aku tak pernah pun rasa macam mana pengsan gagagagaga.... aku cuba bertahan, tapi malangnya selama 30minit sahaja aku dapat bertahan... kepala mula rasa lain macam, berpinau pinau dan dengan segera aku tinggalkan rakan2.. biasa la kena kutuk tak terlepas... tak menghairankan langsung

Sampai sahaja di tempat duduk di pejabat aku masih lagi rasa semacam, kenapa aku nie, kena santau ke? pelik sudah... aku pun terus ke tandas... duduk mengcangkung tak sampai 1 minit habis makanan aku pagi tadi keluar... tak lama kemudian dituruti keluar dibahagian mulut pulak....Allahhuakhbar tuhan sahaja tahu betapa terseksanya... tak siapa tahu tak siapa sedar... 30 minit aku mendiamkan diri didalam tandas lalu keluar dengan redhanya... beredar dari situ.

Masuk ke stor di pejabat, aku terlantar di kusyen seorang diri, sejuk satu badan.. ku lihat tapak tangan ku pucat lesu... aku cuba rehatkan diri yang lesu terbujur kaku... tapi tak termampu kepala dah ting tong... ku lihat jam ditangan jam telah menunjukkan 530pm... lalu aku keluar dari stor dan kemas2kan peralatan untuk balik ke rumah... 

Dengan pucat lesunya aku beredar tanpa pengetahuan sesiapa pun, selalunya aku lah yang paling lewat balik, tapi kali ini aku biarkan sahaja... lalu aku menaiki motor Ex5 1681 aku dan beredar dengan perlahan menjuju ke rumah, singgah sebentar di kedai TOKO untuk membeli 2 kotak kecil ubat sakit perut dan sebotol air 100 plus untuk dibawa pulang kerumah sebagai bekalan, dan aku tahu sepanjang hari ini aku tak makan sebutir nasi pun.. dan tak mampu untuk menelan ape pun makanan kecuali air...

Sampai di rumah aku rebahkan diri di karpet berbelang2 merah hitam putih dan sebuah bantal yang tersedia selalu di situ, Allahuakhbar lemah langsung tubuh badan aku tak terkata, ku lihat cermin almari tv dihadapan aku pucat muka aku bibir pun kering... subhanallah kalau aku ditakdirkan untuk aku pergi selamanya, permudahkanlah urusan... kau sahaja yang dapat membantu aku ketika ini, 

Ku capai ubat dan ku telan sebungkus berserta seteguk air kosong dan lalu terlentang, hp berbunyi msg masuk dari sahabat aku, bertanyakan status aku dimana, seperti biasa aku kan menjawab, mata ku yang berat untuk membuka lalu dipaksakan juga untuk membaca msg tersebut, dengan kelenguhan jari jemari aku gagahkan juga untuk membalasnya selagi ada tenaga.. terlelap seketika... hp berbunyi lagi.. lalu dijawab dan berkata-katalah sebentar...

Dan bahawasanya aku ini mempunyai sikap yang pelik, mungkin diturunkan oleh arwah ibu aku yang juga darah daging aku, dahulunya ketika dia masih bernyawa dia selalu menceritakan bahawa sekiranya dia mengalami sebarang sakit seperti deman dan lain lain dia akan bersembunyi di bawah katil, di bawah tangga dan mana-mana tempat yang boleh dia menyembunyikan dirinya untuk tidak diketahui oleh sesiapa pun... sehinggalah ada yang mencarinya...

Seperti aku juga, biarlah aku merangkakak mengesot insyaallah aku cuba berusaha dan berserah kepada Allah ini kerana aku tahu ini merupakan kehendaknya juga, bukan aku yang pinta.... 

Didalam keseorang kesakitan, menitis air mata aku berfikir dan baru aku sadar bahawa setiap manusia perlukan seseorang disisi, sekuat dan segagah mana manusia itu dia perlukan seseorang yang dikasihi, teringat  arwah ketika sakit keseorangan bersendirian, ape yang dia perlukan adalah anaknya, alhamdulillah mak aku sentiasa ada disisi mu walaupun tidak 24jam, hanya Allah sahaja tahu ini anak kepada arwah bagaimana ketika itu.

Bagi aku seorang anak, aku akan lakukan sebaik mungkin kerana aku sangat sayang pada ibu ku, akan tetapi bila ia terjadi pada diri aku ini, kepada siapa aku harus mengadu? Allahhuakhbar... ujian mu berikan pada aku ketika itu amatlah terasa... Allah berikan aku kata-kata semangat yang datang dari sahabat2 ku, itu sudah memadai... aku terima dan aku redha, kerana itu sahaja yang layak bagi aku terima dari mu Allah...

Sehingga ke esokkan harinya aku tersadar dari tidur, dan berdoa Allah masih memberikan aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan aku seperti biasa.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Allah berikan manusia berbeza-beza dugaannya, aku terima, aku terima segalanya, aminnnn...

"Lets them know i'm okay until i die"
# Apabila didalam kesakitan berseorangan, kita melihat mereka yang lain bergembira dan bersuka ria, mula la rasa dihati timbul rasa kecemburuan itu menusuk, biarlah pengorbanan aku selama ini memberikan kegembiraan aku kepada mereka disekeling, dan aku akan sembunyikan kesakitan aku untuk tidak menyusahkan sesiapa demi sebuah kegembiraan.

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...