Skip to main content

Sepohon Doa Seribu Pengharapan

Assalammualaikum guys, 5 February 2013 hingga 5 March 2013 lama kan aku menghilang... ada yang rindu bagai nak gila, ada yang dok meroyan mencari aku, ada yang msg tanya khabar berita, ada yang call siang malam, siap marah2 lagi... gagagaga pettakkk... aku ada aje tak kemane pun. cuma tak ada ape yang nak di kongsikan bersama, hal yang remeh temeh aku tak ambik pot sangat, lelaki memang cam gitu... malas nak guna akal banyak sangat... serabut....


Sebenarnya aku masih lagi tak ada idea nak cerita ape, ermmmm.... idea idea idea plsssssss... ape nak cerita pun tak tahu, ape nak cerita pun tak reti laaaa... opsssss... bengong tul la aku nie... malas berfikir adalah aku lelaki malas gagagaga... baru aku ingat, tajuk aku dah tulis awal boleh pulak lupa nak cite pasal ape... gagagagaga pettakkkk...

Okey2 cuba serius sikit arjuna!!!!!! huhhhhhhh...tapi sebelum tu aku nak cite bulan nie banyak tul keje aku, keje opis belambak-lambak, dengan pelancara Hari Landskap Negara, Design Landskap Perbandaran Batu Pahat, Design Landskap Perbandaran Cameron Highland, ISO, Cuti Raya Cina, dan Dot Dot Dot gagagaga pettakkk...

Dikesambilan itu... erkkk.. ada ke ayat kesambilan itu? ape-ape je laaaa.... ini je yang ayat terkeluar dari otak arjuna, dikesambilan itu banyak perkara yang aku alami, yang ada dalam ayat dot dot dot.... apabila arjuna menerima pelbagai ujian yang tuhan bagi, lagi banyak arjuna terpaksa tanggung dan secara automatiknya redha dengan semua ketentuan, tak salah kalau kita mendalami perkara yang kita sendiri tak tahu apa yang terkandung dan rahsia seseorang itu, bukan nak mengaibkan cuma ambil pengajaran dan serbasedikit kesimpulan, 

Sesungguhnya arjuna tak boleh menilai seseorang dan juga bukan tanggungjawab arjuna untuk menilai tak kira dari segi luaran walaupun dalaman, ape yang arjuna tahu simpan dan pendam sendiri je, mungkin disebabkan sifat arjuna yang sebegini rupa, arjuna tak sengaja membuat dosa kepada mereka mereka yang mengenali arjuna, mohon maaf banyak banyak sejuta ampun maaf, dan tak terniat untuk melukakan sesiapa, dan perkara ini bukanlah disengajakan.

Pernahkah you all terasa sesuatu didalam hati yang menyebabkan jantung anda berdegup kencang? mesti pernah bukan? ini lah perkara yang sering arjuna takutkan, arjuna tak sengaja menyebabkan jantung korang berdegup kencang apabila bersemuka ataupun mendengar suara arjuna, (arjuna bukan nak cakap besar tapi inilah kenyataan yang arjuna terima) sejak dari kecil lagi arjuna menjadi sesuatu yang arjuna sendiri tak tahu, ape la yang ada kat arjuna sehinggakan, mereka ini sanggup dan berani meluahkan ayat-ayat meminta minta dan kepada arwah mak arjuna juga mereka sanggup menyebutnya.

Arjuna ini sesungguhnya adalah seorang yang hamba biasa sahaja, dan sehingga kini arjuna masih lagi tak reti nak membuat keputusan sendiri, sehingga arwah telah meninggal dunia, sekarang arjuna hanya seperti awan yang ditiup oleh angin kemana sahaja pergi. Tak berani nak membuat keputusan sendiri untuk diri sendiri. ape yang arjuna tahu, Tak Apa Aku Okey susah bagi arjuna dalam perkara ini.payah jadi macam arjuna.

Korang faham tak ape yang arjuna nak sampaikan nie? okey laaaaaa... arjuna nie selalu sangat menjadi bayang bayang didalam air dari rupa bentuk wajahnye yang sebenar. payah tul nak terus terang arjuna nie... dah banyak kali arjuna di pinang oleh sesiapa sahaja yang berkenan, arjuna nie bukan la sape pun, sampai kan arwah mak pun tak reti nak menjawab apa bila ditanyakan sebegitu rupa, siap sanggup offer anak beliau, walaupun sahabat takkan la sampai macam tu sekali, ermmm susah laaaa.. arjuna pun tak faham.

Sampai sekarang sikap yang arjuna bawa nie boleh menyebabkan sesiapa sahaja yang mengenali arjuna akan terus menjadi igauan. arjuna tak berani sebenarnya untuk membuat keputusan. dan selalu berdoa dan berdoa, kenapa arjuna sendiri tidak boleh untuk membuat keputusan itu sendiri, secara kebetulan mungkin ada yang diantara mereka yang sanggup menerima arjuna dan mereka akan dapat apa yang mereka inginkan dari arjuna akan tetapi tidak pada semua arjuna boleh berikan, kerana arjuna hanya ada satu. 

Pernah kah you all dengar peribahasa yang berbunyi "DATANG TAK DIUNDANG PULANG TAK DIHANTAR", arjuna nie dah lali dengan perkara ini, jikalau arjuna datang kepada seseorang tanpa diundang dan arjuna akan pulang tak perlu dihantar... arjuna akan pergi macam tu aje... alaaaa.. macam awan.. kekadang orang nak redup, kekadang nak hujan, manusia nie kan macam-macam, ape yang arjuna perlu lakukan hanyalah menjadi sebaik mungkin, bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi untuk semua.

Sepohon doa arjuna minta tapi seribu pengharapan yang arjuna harapkan.... biarlah doa yang dipinta bukan untuk arjuna tapi asalkan orang disekeliling bergembira dan berbahagia, biarlah arjuna ini sebagai pendamping yang memberikan sejuta pengharapan. 


Arjuna berdoa dan sangat berharap pada tuhan supaya berikanlah petunjuk kepada perjalanan kehidupan arjuna didunia yang sementara ini, dan arjuna tak sanggup hendak mengecewakan sesiapa lagi, salah ke arjuna berpewatakkan sebegitu rupa. ia semula jadi dan bukanlah direka reka untuk menarik perhatian sesiapa. jika itu sudah ketentuannya tunjukkkanlah alamat. aminnnnn...

P/s : Arjuna jumpa ayat nie kat dalam facebook boleh pakai ke ayat nie?... gagagaga pettakkk.."Sometime the best way to stay close to someone you love is by being just a friend" dah laaaa panjang gile kan aku taip... rasakan korang sekian lama tak menaip sekali masuk 1juta huruf aku tekan... gagagaga pettakkk... ape ape pun ape yang aku taipkan nie tak ada kena dan bermaksud kepada sesiapa, arjuna taip untuk cite arjuna sendiri je... sekian wassalam...

Comments

  1. haiyoo bro...metafora tambah hyperbola sikit bahasa ko...kahkah...err,ko ni jadi kegilaan ramai ke? hoho...aku baca 2 kali entry ko post ni supaya dapat menghadam...hahaaa...

    ReplyDelete
  2. SOMETIME THE BEST WAY TO STAY CLOSE TO SOMEONE YOU LOVE IS BY BEING JUST A FRIEND...

    sometime u can use dis quote...but if u really understand the meaning of LOVE...u will disagree with dis quote...hahaha

    kalau ARJUNA nak guna gak quote ni, kena ubah sikit...iaitu by being JUST BEST FRIEND...sebab FRIEND dan BEST FRIEND tu dua insan yang berbeza..kawan boleh dapat bersepah2..kat chow kit pun banyak...tp BEST FRIEND satu dalam seribu...dalam dunia sekarang ni ARJUNA...KALAU KITA ADA SEORANG AKWAN BAIK PUN DAH CUKUP BAGUS...

    PERTAMA
    semua orang ada pendapat masing2..tapi bagi MBH, daya tarikan yg ARJUNA ada mungkin satu anugerah...just go thru ur way...cari kebahagiaan untuk diri sendiri...buat la apa pun...hidup sekali...kalaupun dengan memberi orang lain bahagia akan membuatkan kita bahagia, maka buatlah...sebab setiap saat kita bersama orang yang kita sayang, tidak akan kembali semula...masa itu tak kan berputar semula...sebab masa yang ada bukan macam jam tangan...yang boleh diputar ke belakang...


    KEDUA
    ARJUNA menghilangkan diri...DAN MUNGKIN RAMAI ORANG MENCARI ARJUNA...ARJUNA cakap, ada je..memang la ada, cuma di mana? situasi ni menunjukkan ARJUNA tak pernah keseorangan...dan kalau ARJUNA rasa ARJUNA KESEORANGAN...sebenarnya ARJUNA yang mengasingkan diri...sebab ramai orang yang ambil berat tentang ARJUNA...cuma ARJUNA je tak nak ambik POT...hargai setiap manusia yang hadir dalam hidup ARJUNA...sebab mungkin dia hadir untuk kali ini, bukan esok..dan bukan untuk hari-hari berikutnya...

    KETIGA
    betul...ARJUNA hanya satu...tak mungkin dapat dipecah-pecahkan...dan disebabkan ARJUNA ada satu la..maka, ARJUNA menjadi rebutan...HAHAHAHA...siapa yang jadi buah hati ARJUNA mungkin kena nyanyi lagu PACARKU SUPERSTAR by PROJECT POP...hehehehe

    KEEMPAT
    kalau rasa nak jadi macam awan...kena hadapi hidup sehebat langit...betul, kita tak mampu puaskan hati semua orang, tapi kita akan puaskan hati orang yang kita sayang...kan??? maka, pandai-pandai la tentukan hala tuju...cuma satu, kalau nak ajdi awan bermakna takkan ada PENDIRIAN dalam diri...jangan jadi macam tu...sebab MBH pernah jumpa dengan manusia yang sangat TEBU...tak pernah tetap pendirian...itu lebih menyakitkan orang lain...jadilah macam MATAHARI...walaupun tak semua orang suka akan kehadirannya, tapi dia terus menyinar...sebab dia tahu, dalam manusia yang tak suka padanya, ramai yang perlukan dirinya...

    rasanya dah panjang sangat MBH bebel..bukan bebel sebenarnya...sekadar satu pendapat...suka terima, tak suka just ignore...ARJUNA, kadang kala kita akan dapat merasakan bahawa HIDUP UMPAMA DALAM KACA, BOLEH DILIHAT...TAPI DISENTUH TIDAK...bukan semua yg kita mahukan itu kita akan dapat...maka terimalah...apa yang dah MBH lalui membuatkan MBH fikir, hidup itu pendek...jadi jangan pendekkan lagi hidup dengan perkara yang melukakan...sebab MBH hanya meminjam satu saat demi satu saat dari ILAHI...sampai masa, MBH tak kan meminjam apa-apa lagi dari sesiapa ataupun dari ILAHI...

    # hahahaha....karangan ARJUNA kali ni bleh masuk dewan sastera...bahasanya sangat hyperbola...hahahahahaa....

    ReplyDelete
  3. CKK : Hyperbola sangat ke? gagaga arjuna pun tak pandai nak terus terang laaa... putar belit sangat ke? huhuhuhuhu

    MBH : sentap disitu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. MBH minta maaf kalau tersentap..tp MBH ckp jd..xda niat pun nak menyentap

      sory ARJUNA

      Delete
  4. tak paham..gegegeeg! paham pon, buat2 tak paham... =p

    inchek arjuna tak keseorangan, masih lagi yg ade amik berat tentang kamu.. =)

    sokong sangat2 dgn taipan MBH..kompius jap, ingatkan blog MBH, ropenya tang comment arjunakirana..mueheheheehee =p

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...