Skip to main content

Earth Hour 2013

Salam You All, 23/03/2013 "Earth Hour" Malam sunyi sepi sendiri semua gelap gelita, kejap lagi je nak tutup semua lampu, tapi bagi aku dah nak masuk hari ketiga aku menyepi, jadi aku rasa aku perlukan masa untuk aku menyepi sekejap, tak tahu bila dan sampai bila, tapi aktiviti aku macam biasa sabtu ahad aku pegi kelas, so hari ini pun sama, lepas kelas aku merayap pegi jusco pilih2 buku brim, dan lepak rumah sewa lama, jumpa kawan2 lama yg dah lama tak jumpa, siap tanya aku dah tak pakai HP ke? aku diam tukar topic lain, so maknanya aku tak nak diganggu dengan masalah luaran, asik2 merungsingkan kepala otak aku, tanya benda yang bukan bukan, bukan nak menceriakan aku tapi merungsing aku lagi ada, serabut tul... jadi aku rasa tenang selama 3 hari nie tiada gangguan... rimassss...


Aku nak sendirian boleh takkkkkkkk????? off segala, pettak kepala nak melayan keraenah, duniawi nie, dah la keja banyak,minggu depan dah nak kena siap-siap untuk kursus di bukit tinggi, semua aku nak buat, BQ untuk projek kat sarawak pun aku nak buat, nasib baik aku tolak nak buat design, petakkkkk petakkk paleeee.... dah la nak kena audit dalaman pulak, serabut dengan trip ke oversea, adoiyaiiii... rasa mcm nak lari dari semua benda duniawi nie... tak tahan sudah.... "wahai si penyejuk hati aku, mane kau? datang la walau dalam mimpi" gagagagag diseru-seru dalam doa dan mimpi, tengok la aku nie dah serabut bagai nak pecah kepala, pettakkkkkk.... tak pe laaaa... aku rasa banyak benda yang aku nak fikirkan, sekali sekala aku jumpa kawan lama pun dah memadai, makan-makan sambut hari jadi adik beradik mereka, secara kebetulan aku nak singgah rumah sewa lama, 

macam itu la aku, bila aku datang sudah pasti akan meninggal kenangan, dah aku katakan, nama aku akan sentiasa berlegar legar dikepala mereka, sampai je kat rumah dah mcm2 cerita, sampai kawan aku tak reti nak menjawab kat makcik2 mereka pasal aku.... gagagagagag pettakkkk... PAK LAWAK nie akan sentiada difikiran korang semua kan... tak pe laaa sekurang kurangnya asal aku kan ada.... ASALKAN AKU OKEY, teman ada sentiasa, jom karaoke kannn... hehehehhe...

kali nie aku beli banyak buku guna BRIM syuk shopping, semua buku2 doa doa seharian, solat zikir doa penyembuh penyakit, doa alamalan terlepas dari hutang, tata tertib solat 5 waktu, 101 doa daripada hadis2, solat solat sunat harian dan penambahan yang paling best aku beli ialah BUKU RESEPI MASAKKAN gagagaga... tah terasan nak beli buku nie, nanti aku dah pandai masak habis la ko rang... masuk MASTER CHEF 2013... gagagagga pettakkkk... ok la, nak rehat balik umah penat aku berjalan di kuala lumpur, nampak berbeza tapi aku tetap serupa, nite guys... :)

P/s : Esok ada kelas pagi... huhuhuhuhu penat dow... tak pe dugaan si budak pelajar jarak jauh... wassalam 

Comments

  1. smart gambar!!! :)

    ReplyDelete
  2. mungkin lepas ni keraplah memasak haha :P

    ReplyDelete
  3. rimas dgn org sekeliling?? 2 namanya sesat dlm keramaian..dan bila tiba masa org2 trsbut akan lenyap la dr pandangan ko..hahahaha

    keje..smp mati pun xhabis..suka, atau x kena selesaikan..2 stress fitness namanya..

    k..chow dulu..nant panjang2 komen, ko rimas plak..hahaha

    adios

    ReplyDelete
  4. salam abg.. semalam pg kl... tringat kt abg, tp tkut ganggu plak.. msg dah la x reply..hehe mst ada kelas semalam kan..ehhe semalam masa kul 8.30pm makan akt shah alam.. dekat nagn stdnt uitm punyer kolej.. xder ;lak tutup lampu n segala bagai.. xmeriah lansung..hehee

    ReplyDelete
  5. SIM : Hehehe... member tlg tanggkapkan

    T Izu : Hahahaha kalau rajin laaa

    MBH : tak pe sekarang aku pun dah boleh lenyappan diri aku sendiri gagaga

    MOHD : Ye ke? gagaga abg hilang jap dalam dunia 50an..

    ReplyDelete
  6. herkkk!! jgn menyendiri, tak elok utk kesihatan, kofkofkoff!

    alaaa, tak boleh nak pau buku, kakakaka! =D

    quote's for today:"volunteers are not paid..not becoz they are worthless, but because they are priceless.."

    ReplyDelete
  7. CIK MARIKH : Terpaksa menyendiri rasa nak lari duduk tepi kubur...

    nak pau buku ek? buku dulu dah habis baca? hehehehe

    TQ

    ReplyDelete
  8. eh,ehhhhh...takmo le cenggitu,adeiii.

    buku hri tu dh setengah dahhh, tnggu masa nk sambung jekkk, heheehe.

    (^__^)v

    ReplyDelete
  9. manfaat BRIM ngan buku...good boy...khee

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...