Skip to main content

Bila Air Mata Berbicara

Apabila nak difikir-fikirkan, secara jujurnya amatlah susah bagi seorang LELAKI mengalirkan air matanya melainkan sebab2 yang melibatkan seorang WANITA iaitu BONDA. Dan apabila seorang lelaki boleh mengalirkan air matanya itu menandakan ia benar-benar menagis dan bersedih,

Bismillahhirrahmanirrahim....

Pernahkah kamu mengerti betapa pedihnya apabila hati ini disakiti oleh orang yang paling kita sayangi, setelah kita berkorban segala jiwa dan raga, segala kebaikan dicurahkan bagaikan menatang minyak yang penuh, dan sangat lah berbahagia dan bergembira apabila ditaburkan pula dengan janji-janji manis daripada orang yang tersayang. maka jadilah seperti api yang marak dicurahkan minyak tanah... semakin marak rasa kasih sayang kepadanya. 

Begitulah rasa kasih sayang apabila bercinta, tiada sesiapa pun dapat menghalang kisah mereka berdua apabila dilamun cinta, perasaan cinta ini bukanlah diminta - minta tapi perasaan ini adalah satu anugerah dari yang maha esa, yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang ia mahukan. Dan sesungguhnya mereka ini terima dengan seadanya seperti kasih laila dan majnun.

Setelah sekian lama bercinta, tiba masanya perhubungan ini terlerai dengan titik notah tengah diantara 3 penjuru yang memulakan keretakkan sikit demi sedikit, tidak kah kamu memahami dengan perpisahan ini akan mewujudkan perasaan sedih, sakit dan ceria. berapa banyakkah kesedihan dan berapa banyakkah kegembiraan. fikirlah akibatnya, 

Secara telus mengatakan jika perpisahan ini membawa kebaikan, mereka redha, dan mereka akan meneruskan perjalanan hidup dengan perasaan redha, akan tetapi janganlah perpisahan ini hanya disebabkan ingin melakukan perkara yang sama seperti sebelum ini. Apakah tujuan sebenarnya kamu melakukan perkara yang sama? tidak cukupkah sekian lama pengorbanan yang telah diberikan? Adakah tidak puas setelah jiwa dan raga diberikan? sehinggakan terpaksa aku mengelurkan kata - kata kamu tidak akan mendapat sebaik baiknya?  salahkah aku berbuat baik selama perkenalan? 

.............................................................................................................................................

Disaat mata terpejam, hanya kau yang sahaja terbayang, apabila ditimpa kesedihan aku masih lagi sanggup bertahan menerimanya, akan tetapi disaat aku ditimpa kesakitan, dan kesakitan jasad ini tidak boleh diubati hanya menanti ia rebah kebumi, sesungguhnya hayat ini bergantung atas nama illahi, kau tiada, kau pergi, kau bergembira, kau tidak peduli, kau meninggalkan begitu sahaja, kau kejam, kau pentingkan diri sendiri, kau begitu tega, 

Yang aku ada hanya kamu, kamu, kamu.... mengapa ketika aku perlukan kamu, kamu mengabaikan aku, aku ikhlas dan sadarai yang diri aku terus hanyut tanpa kamu... bagaimana aku nanti bila tiada pengganti, aku berseorangan menti sisa - sisa kehidupan, sedarkah kamu apa yang telah kamu lakukan terhadap aku, sedarkah kamu menyiksa insan yang amat memerlukan kamu,

Kala aku menyimpan rasa sakit ini, demi orang disekeliling akan aku terus pendam rasa resah dijiwa, maaf aku terpaksa melakukan demi kamu, maaf kan aku memang aku bersalah, aku sedari rasa pahit aku laluinya, dan aku tetap ikhlas kerana diri aku mereput tanpa kamu sedar, maaf aku tak bisa meluahkannya dan menyakitinya. yang aku ada hanya kamu....

Aku tak bisa melukakan hati sesiapa, Bagaimana aku nanti bila sudah tiada? maaf kan aku, dan semamang aku bersalah mengabaikan kamu, dan biarkan aku terus hanyut hanyut dan hanyut...

Keresahan ini tak membayangkan kesedihan yang terpendam didalam, kesakitan ini mengaburi keceriaan dalam keadaan sekeliling demi kamu,

Sanggupkah aku menangis dihadapan orang yang disayangi,  biarkanlah sisa - sisa hidup ini dipenuhi dengan kegembiraan mereka disisi. kerana yang aku ada hanya kamu..

Hapuskan la segala resah didalam diri aku, tetap ikhlas dan biarkanlah aku terus hanyut dibawa arus, mereput menjadi sisa sisa berguna.

Dalam hati ni bagaikan tak mampu diluahkan lagi...aku sedih... aku takut...aku gerun...semua rasa bercampur aduk....Biarkan kan aku hanyut dan maafkanlah dan doakanlah agar aku terus mampu berdiri...mampu mengharungi semua ni...aku tahu dan yakin, aku mampu laluinya...walaupun hidup ini tak seindah pelangi, tapi aku akan teruskan kehidupan ini... demi mereka, yang aku ada hanya kamu.. kamu... kamu... aku tak bisa hidup tanpa kamu..

"mak walaupun hidup kita tak seindah pelangi tapi aku bahgia bersamamu" maafkan aku terpaksa memendam rasa ini, kerana yang aku ada hanya kamu... yang aku ada hanya kamu.. sahaja.. aku memang bersalah kerana selalu sahaja mengabaikan kamu, meniggalkan kamu... dan tetapi itulah aku sedari, segala perit yang kau lalui, kerna diriku akan terus hanyut meniggalkan kamu.... maafkan aku..

Kalau aku mampu akan aku habiskan sisa - sisa hidup ini bersamamu, namun aku sedar aku bukan sapa - sapa untuk mu...

No words can explain how i feel about you, but sometime i wonder how you feel about me...

I'm proud of my heart it's been played, stabbed, cheated, burned and broken but some its still works...

..."the saddest part isnt't that with each passing day i feel like i need you more but its the fact that you don't need me at all...

P/s : Sekiranya nukilan arjuna kali ini menyebabkan air mata kalian menitis itulah tandanya bila air mata berbicara, sejujur jujurnya arjuna menaip sambil berjurai air mata tanpa henti... aku sayang kamu..

Comments

  1. Arjuna sy smpai xtahu nak komen apa..tapi satu ja..kalau betul anda ikhlas dan sgt menyayangi orang itu..doakanlah kebahagiaan dia dunia akhirat...life must go on..wlau sesakit mana pun..err,mungkin lah sy yg berkata2 ni nampak mudah...dan sy xmerasa apa yg anda rasa...tp sy memahami...jgn tenggelam dlm kesedihan itu..jd kan ia satu sebab untuk anda bangkit dr kesakitan...

    #semoga Allah memudahkan segala urusan anda...dan diberikan kebahagiaan dan segala yg anda cari..aaaminn =)


    jangan sedih2 bro...xmaco ar =P

    ReplyDelete
  2. kdg kala menangis boleh meluahkan segala-galanya... tak perlu pendam.. luahkanlah walaupun dgn air mata...

    ReplyDelete
  3. dah nak menitik tapi mujur sempat kesat dengan tisu...huhuhu

    ReplyDelete
  4. bila air mata berbicara, rasa dihati turut berbicara...

    ReplyDelete
  5. ARJUNA

    entah kenapa,aku menulis komen kali ni dgn air mata..

    mungkin itu yg dikatakan BILA AIR MATA BERBICARA

    ARJUNA, ketahui lah bhw dlm sebuah kehdupan terlalu byk lukanya..mungkin benar, hdup bukan satu plhan..smuanya dtulis dgn sebuah ketentuan.

    walau apa pun, MBH nak bg 1 frasa dan 1 ayat

    1. TERIMA KASIH
    2. SETIAP MANUSIA BERHAK MENDAPAT KASIH SAYANG..

    ReplyDelete
  6. tatau nk komen ape...
    tp acik mmg suka bace tulisan MBH..
    dpt selami ape yg dia rase walaupun hnya dia aje yg btol2 rse ape yg dialami..
    tersentuh hati neh bace tulisan dia..
    walaupn x knal orgnyer..

    ReplyDelete
  7. CKK : Terima kasih, alangkah bagusnya jika masa itu dipanjangkan... mudah2an usia ini dilanjutkan supaya aku dapat beramal lebih banyak :(

    FO : Kalau diikutkan air mata akan digantikan dengan darah..

    ANN : maaf arjuna berdosa mencekek air mata ann huhuhuhu..

    HT : Tinggal hanya berserah pd yang esa sahaja..

    CIK MARIKH : adakah rasa juga, mungkin tak pada yang benar2 merasainya... :)

    MBH : Maaf kerana mengguris hati tuan.. jika terguris arjuna mohon ampun maaf, kerana cerita ini hanya nukilan dihati sahaja, tidak berniat untuk mengganggu emosi sesiapa :(

    ACIK : wahhhh stalker MBH ke? Arjuna pun baru je kenal MBH, best gak dia punya blog :) nice smile

    ReplyDelete
  8. kdg kte terlalu susah nk menangis.
    btw, penulisan ni best..

    ReplyDelete
  9. ko tu ceria org nye..bila jenjiwang bersedih-sedihan ni...nampak dah hilang maco itu...

    ReplyDelete
  10. ARJUNA

    Blog MBH tak secanggih blog org len...HANYA SEKADAR SEBUAH BUKU KARANGAN...KARANGAN HATI

    tak perlu la minta maaf...cuma cerita ni sangat menyentuh hati...seakan-akan dengan dengan hidup MBH...walau apapun, ARJUNA kena ingat stau perkara bahawa WALAU SESAKIT MANA PUN SUATU UJIAN, AKAN PASTI ADA PENGHUJUNGNYA...mudah-mudahan ARJUNA TABAH dan KUAT dalam menempuh apa saja kemungkinan... NICE SMILE

    ReplyDelete
  11. mengalirkan air mata tidak bererti kita lemah..kan~ ada waktunya air mata bisa membangkitkan kekuatan..~ =)

    ReplyDelete
  12. bila membaca pe yg tertulis bersama dgn mendengar rintihan si Faizal Tahir ni mmg terasa sayu. seriously sayu sgt2.. Tersentuh,

    ~bagaimana ku nanti, bila tiada mengganti yg ku ada hanya kamu shj.. Berdoalah, teruskan berdoa..

    ReplyDelete
  13. Selalu saya terfikir tentang mereka yg membunuh diri kerana ditinggalkan kekasih, begitu hebatnya kasih seseorang manusia kepada sesama manusia, sehingga dia sanggup membunuh dirinya sendiri.

    Juga, ada yang sanggup membujang sampai matinya, kerena dulu pernah didustai oleh kekasih hati? Teman rapat saya dulu sampai skrg tak nak berumah tangga kerana pujaan hati telah dipinang orang lain.

    Jika kita ditinggalkan,
    Anggaplah itu Qada dan Qadar Allah, rukun iman yg ke 6. Bahwa dia bukan jodoh kita.

    Bunga bukan sekuntum.......Arjuna.
    Berkahwin dengan orang 190% mencintai kita adalah sangat baik daripada berkahwin dengan org yang menyayangi kita cuma 50% saja.

    Sekian, ini hanya pendapat saya yg sudah tua ini.

    ReplyDelete
  14. Semua ada kebenarannya guys, Arjuna hanya meluahkan apa yg dirasakan sahaja :)

    ReplyDelete
  15. tak salah menangis
    itu tandanya kita manusia
    :)

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...