Skip to main content

Detik Itu Menangis

Tik tok tik tok tok tok.... nak kata bunyi detik jam kenapa tik tok, nak kata bunyi air menitis tapi kenapa lain je bunyinye... arghhhh ape ape je laaaa... gagagagaga pettakkkk...

Detik yang selalu tak akan pernah mengenal erti sabar, apa yang dia tahu detik itu akan berjalan seperti biasa dan tidak akan sesekali memperlahankan atau memantaskan jangka detikkannya, lagi lama lagi memeningkan, arghhh... aku selalu lambat dalam apa jua perkara, mesti ada halangan dan dugaan yang aku kena tempuh sebelum mencapai sesuatu perkara. patut la aku selalu cukup tenang dalam apa jua perkara, bak kata pepatah:


...... Biar menyiput asal cengkerang kuat.....

Arjuna selalu tengok mereka-mereka yang berjaya, umur baru masuk 20an tahun dah mendapat ape yang mereka mahukan, mendapat kesenangan, bergaya dengan apa yang mereka inginkan... ape yang aku mampu hanyalah berangan-angan. Dalam benak hati aku yang menyiput nie sering berangan - angan dan sering melihat cermin untuk melihat apa yang berada di belakang, tapi tak la pulak nak tengok muka sendiri, bila tengok muka sendiri ape yang aku cakap,

"sedar ke tak sedar oi, ko tu hanya manusia yang sering berdoa dan berusaha untuk diri sendiri, tiada siapa pun tahu susah payah nak berjaya"

gagaga lawok pun ado, susah kan nak membangunkan dan mengubah status keluarga dari keluarga penoreh kepada keluarga yang lebih senang sedikit, tak banyak, sikit pun jadi laaaa... kalau pun bukan untuk aku, biarlah untuk anak-anak aku nanti... sekurang-kurangnya mereka tidak sesusah ayah beliau. Mane ada mak bapak nak tengok anak-anak mereka susah wei... betul tak. Tapi tak apa aku akan cuba berusaha sebaik mungkin, sekurang - kurangnya aku jadi batu asas kepada keturunan aku dan kepada anak - anak sedara aku yang lain.

Tapi kalau degil sangat kene sebat dengan rotan jugak, baru tau betapa garangnye aku gagagaga... jangan nak manja sangat, aku nie seorang yang tegas dan garang orangnye, walaupun senyuman menusuk kalbu. by the way ini cita-cita aku laaa... capai nye tak tentu lagi, doa jeee.. usaha dah usaha dulu laaaaa, sekarang usahanya dah berkurangan sedikit,  maklum laaa dah masuk tahun baru 2013 dah tua semua dah berkedut - kedut. (faktor usia) noted... wokey la Arjuna nak sambung buat kerja, nak tahu kisah arjuna lagi tunggu post esok - esok la pulak... miss you all...

P/s : Balik kampung jumpa mak angkat, sepupu meninggal kena barah payu dara, abah demam beli air kelapa muda, anak abah yang lain pun tak pernah nak belikan, duduk makan mlm, gelak ketawa bersama - sama, mak bertanya sudah ada yang punya? diam tersenyum abah ketawa anak sedara mak usu ala - ala peranakkan cuba dikenen kan... terbahak2 mak abah.

Comments

  1. Arjuna, bagus ah ko ada semangat nak majukan diri dan keluarga...buat perancangan awal, yg penting ada target dan sentiasa berusaha mematangkan diri supaya boleh jd contoh kepada anak sendiri bila berkeluarga nanti. gud luck !

    ReplyDelete
  2. u noe wat...bukan mudah nak jadi mudah...dan bukan susah nak jadi susah...

    just wakeup..berusaha penting,tp jangan EGO dan BERFIKIR BOLEH BERDIRI TANPA ORANG LAIN...n jangan SET OTAK AKU TAK NAK SUSAHKAN ORANG LAIN...sebab selagi kita bergelar manusia, KITA MESTI PERLUKAN BANTUAN ORANG LAIN...dan BUKAN SEMUA ORANG AKAN BERANGGAPAN MEMBANTU ORANG LAIN ITU SUATU YANG MENYUSAHKAN...

    cuma, walau apa pun yang kita buat, lakukan dengan sepenuh hati, WALAUPUN TAK ADA SIAPA YANG NAK PANDANG APA YANG KITA BUAT...TAPI SEKURANG-KURANGNYA, KITA SANGAT BERPUAS HATI...itu sudah memadai...sebab kita bukan TUHAN yang boleh jadi penentu apa yang berlaku di masa yang akan datang...

    ReplyDelete
  3. PCL : Aku punya jawapan untuk teka teki ko salah ye... mcm siot je kan kan... gagagaga pettakkk...

    MBH : Perghhhh... ulasan seorang penulis nobel cinta dah mai dahhh... gagagaga pettakkkk...

    ReplyDelete
  4. Saya suka baca :) Moga yang dikenenkan tu berjaya ^_^

    ReplyDelete
  5. WOW..BEST BETUL ULASAN MR BROKEN HEART TU..

    ReplyDelete
  6. BJ : Biasa laaaa.. nama pun pengarah nobel... mmg gitu ulasannye gagaga... jom terjah blog dia :)

    ReplyDelete
  7. biar mengkura, asal cengkerang kuat, muehehee!..
    p/s: anak sedara mak usu tu, diam senyum jugak ke? kofkofkof!...

    ReplyDelete
  8. CIK MARIKH : Kura-kura mmg la kuat, nie siput jeee.. kena pijak pecah rrrr..

    p/s : anak sedara ma usu senyap jeee.. sebab tak jumpa pun.. gagaga

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...