Skip to main content

Aku Juga Manusia

Salam you all's... nak tau tak, punya la susah aku nak merungkaikan perkara ini dalam masa yang terdekat, aku dah lama simpan benda nie, apabila aku nak menaip, pasti aku akan berfikir kembali, adakah ia patut dan adakah ia tidak patut, dalam pemikiran aku hanya ada satu sahaja jawapan, "Diam adalah lebih baik daripada berkata-kata" biar la aku dan mereka-mereka sahaja yang tahu,


"Jangan mengharap penghargaan daripada manusia, kerna manusia tak pandai nak menghargai"

KEIKHLASAN :  Seperti yang kita tahu keikhlasan itu hanya Allah yang tahu, jadi berbalik kepada ape yang kita buat selama ini, tak kira la pada haiwan dan manusia, jadi buat tak tahu jeeee... tak nak fikir ape ape pun, malas nak fikir ada orang kata (Malas nak ambik pot) betul gak... buat je kalau hati tu kata nak tolong orang tolong la sebaik mungkin, ape orang nak kata terpulang laaa.. kalau orang tu tak nak balas pun tak ape, aku selalu berharap mane - mane orang yang aku tolong tu jangan sesekali mengenali aku. kalau nak jumpa pun dalam mimpi boleh laaa yg itu aku redha... senyum dalam tido... ngigo la tew.. gagaga pettakkk :p

KEPERCAYAAN : Nak caya lebih - lebih pun tak boleh, nak sikit - sikit pun tak boleh, ala kadar cukup laaa.. bagi aku yang kekadang cemburu la juga, tapi siapa aku yang hendak mencemburui sesuatu perkara yang dah semestinya bukan milik aku selama - lamanya walaupun ia telah menjadi hak milik ku, akan hakikat nya hanya pada duniawi sahaja, aku sadar dan memahaminya maka aku berserah, senyum la weiiiii nak kene kaki ke?

KASIH SAYANG : Manusia secara lumrahnya perlukan kasih sayang, dan apabila semua memerlukan kasih sayang jadi ia dah mejadi kewajipan la pula, sikit-sikit nak sayang, sayang sana sayang sini, pada mereka yang penuh dengan kasih sayang didalam kehidupan mereka, maka mula la lupa adanya kebencian, dan apabila kebencian itu datang pada diri, jadi mula gelabah tak tentu hala, dan kita mudah lupa, dalam banyak-banyak kasih sayang yang kita dapat, tapi kita buat tak tahu sahaja, nak tahu kasih sayang dari siapa?senyum la dulu... ala bucuk - bucuk... gagagaga

KESUNGGUHAN : Mana la tak aku bersungguh - sungguh nak mencapai sesuatu perkara yang paling aku inginkan, sanggup la berkorban ape sahaja, bak kata DORAEMON "kau nobita kalau dah malas tu malas la jugak" ermmm... aku malas? gagagaga pemalas lagi la ado, buat kerja ala kadar je janji siap. Kalau kerja dalam kerajaan sekarang asik asik KPI. tah aku tak ambik pot, bagi aku kesungguhan itu bergantung kepada individu masing - masing. macam aku dah bersungguh - sungguh aku buat akhirnya, aku doa jeee.. dapat tak dapat itu bukan kerja aku. aku senyum jeee..kome doa ke tak? gagagaga pettakkkk.. 

PERHATIAN : Perhatian, keinginan untuk mendapat perhatian dari mereka - mereka yang bergelar manusia adalah sungguh subjektif, nak minta lebih-lebih pun tak boleh, sebab manusia ni bukan nye robot, mcm "AES" sesape je bawak kereta melebihi had yang telah ditentukan, dah sah sah kena saman dan sentiasa diperhatikan, kalau kita dapat sedikit perhatian dari seseorang pun sudah cukup memadai, kalau ada yang dapat lebih perhatian itu cukup beruntung laaaa.. tapi jangan kita lupa, manusia sama - sama memerlukan perhatian baru ada rasa ikhlas. opah ganyang kau nak?.... haaaa kan dah senyum... wekkkk

KESIMPULAN : "Jangan mengharap penghargaan daripada manusia, kerana manusia tidak pandai menghargai apa yang mereka terima" maka aku pun manusia juga, dan insyaallah aku akan berusaha untuk belajar menghargai sampai aku pandai.


P/s : Semalam malam aku g makan malam dengan "PISHANG KONTOT" aka member aku anak 2 org, dah laaa membonceng moto aku yang naik bukit pun dah tak larat EX5, ada pak polisi buat ROAD BLOK kat atas bukit pulak tu, dgn selumber dia bertanya, ADIK nak pegi mane? Pishang kontot gelak nak pengsan.. Bongek tullll.. dia gelak pasal polis tu panggil aku adik.. Hampeh.. aku dah tua laaa..

Comments

  1. cik mars dr planet marikh pon manusia jugak, kekeeke!..
    wahhhh, 'adikkk'~ pakai tie ka? x de pon hri tu, gagagag! ;p

    ReplyDelete
  2. CIK MARIKH : Erk.... bila? dimana? gagagaga pettakkk :p

    JM : adik la sangat... nak kena kaki kot pak polisi tu :p

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Arjuna

    Insyaallah
    insan yg soleh akan mengenang jasa dan perhargaan yg diterima

    ReplyDelete
  4. MUNGKIN BETOL...tak perlu harap orang lain, namun selagi kita masih bergelar manusia, kita harus mengharap dan meraih sesuatu dari orang lain...kerana hidup ini satu kesinambungan...SIMBIOSIS...

    MUNGKIN BETOL...manusia tak tahu menghargai, tapi bukan semua manusia tak tahu menghargai...jangan hukum semua orang sama...sebab setiap kejadian Dia ada kelebihan dan kekurangn...supaya kita tidak riak dan bangga diri...

    MUNGKIN BETOL...kepercayaan itu tak boleh diberikan pada sembarangan orang...tp bukan semua orang tidak boleh dipercayai...JANGAN PREJUDIS...

    ReplyDelete
  5. MBH : Tak pe, aku je yang tahu manusia mana yang boleh aku percaya.

    THK bro... :)

    ReplyDelete
  6. hahaha..ok...aku memang tahap nak ketawe pasal Pishang Kontot tuh..wei tu nama kedai ke? wakaka...

    apa-apa pun hidup biar senyum selalu...=)

    ReplyDelete
  7. u are so so so style :P salam kenal .leh buat abg angkat blogger.hihi

    ReplyDelete
  8. u are so so so style :P salam kenal .leh buat abg angkat blogger.hihi

    ReplyDelete
  9. CKK : nama kedai? bukan laaa... PISHANG KONTOT tu gelaran untuk member aku yg bantut tu gagaga

    EA : Gagagaga biasa2 jeee... thk :p

    ReplyDelete
  10. clark kent pun manusia..tetiba,...

    nasib polis pgl adik, kalau adik2? hehehe

    ReplyDelete
  11. pjg betul huraian..hehe..anyway..nice topic..;-)..nice blog..creative..

    ReplyDelete
  12. ES : Amboi.. klu dia panggil aku adik2 aku wekang sampai pisang kontot kat belakang terangkat gagagaga pettakkk

    LEY : Ermmm... dah naik tochang mcm tu laaaaa... gagagaga sori kalau terpanjang lebar huhuhuh

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...