Skip to main content

Tak Apa Aku Okey

Tabah... tabah.. tabah.. setiap manusia ada keinginan iaitu nafsu, tak kira nafsu baik or nafsu jahat... 200 tahun NAFSU dipenjarankan di dalam neraka itu lah kisah nafsu (baca sini) aku bukan la manusia yang tak ada nafsu dan perasaan tapi kehendak itu mesti la ada... selalunya kehendak itu mesti la ada usaha bukan? bagi aku kalau usaha itu dah dilakukan dan semampu yang mungkin, akan aku lakukan, dan apabila hasilnya masih mendukacitakan ape yang aku boleh buat?... fikir dan senyum. dan kenapa aku boleh senyum dengan apa yang terjadi pada aku? akan aku selalu nak kaitkan dengan hidup aku...

Dalam hidup aku nie sebagai anak tunggal ape yang aku nak ialah kesempurnaan... kalau diikutkan dah cukup sempurna diberikan tubuh badan yang sihat... itu sudah memadai... terima kasih pada yang mencipta aku... aku tak lupa semua itu... tapi ape yang aku harapkan semuanya bergantung kepada Qada dan Qadar..

1st : Tidak ada apa yang aku nak dalam hidup ini adalah untuk memberikan kesenangan kepada keluaraga aku yang dahulunya bersusah payah untuk membesarkan aku, iaitu arwah mak aku seorang ibu tunggal yang berusaha membesar dan memberikan didikan kepada anaknya dengan hasil torehan pokok getah yang dibahagi kan kepada pemiliknya 10/6... membanting keringat untuk memberikan anaknya sesuap nasi. kais pagi makan pagi kais petang makan petang... sehingga mencapai cita-citanya... harta dia adalah aku, tak punya apa didalam dunia ini hanya anaknya...

Keputusannya, belum sempat aku membalas jasa beliau, rupa rupanya dia telah pergi dahulu meninggalkan aku, pada usia 52thn... kecewa dan kecewa, kini aku tinggal keseorangan... ape yang aku perlu lakukan ialah teruskan hidup... sambil tersenyum bersendirian... tak ada tujuan lain. terasa aku hidup ini hanya untuk aku... tak adil bagi mereka yang telah membesarkan aku... aku bukan jenis yg pentingkan diri sendiri... Allahhuakhbar... Ujian Allah siapa tahu..(TAK APA AKU OK)

2nd : Hidup sendiri, mencari kegembiraan dalam keseorangan, hidup ini bagaikan tanpa hala tuju, terkontang kanting seperti anak angsa yang keseorangan ditinggalkan ibu di hutan belantara, mencari tempat untuk berpaut dan menumpang kasih... tapi siapa yang tahu dan siapa yang mahu? hanya berpaut pada nasib dan kekuatan diri. cuba mendekatkan diri dengan sahabat-sahabat, tapi sampai bila, mereka ada keluarga dan siapalah aku... buat seketika mereka ada dan tidak selama lamanya akan berada disamping kita... akhirnya bersendiriran jua... 

Keputusannya, aku tetap bersendirian dan tidak akan dapat kegembiraan itu pada orang lain... alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai keluarga... tak seperti aku penuh dengan dugaan dan ujian Allah... Subhanallah... aku terima...(TAK APA AKU OK)

3rd : Cuba berdikari, bersyukur kepada Allah memberikan aku ruang untuk hidup dengan kerjaya sekarang, apa yang perlu aku lakukan hanyalah bimbingan diri sendiri untuk meneruskan hidup, tidak menunjuk2 sekadar menerima ketentuannya, walaupun hasil usaha dari arwah memberikan pendidikan sehingga ke tahap yang dia termampu, tapi rezki aku hanya sekadar berkerjaya  menjadi golongan bawahan sahaja, aku terima seadanya... itu adalah rezki Allah bagi terhadap aku... maka aku berusaha untuk mempertingkatkan diri dan berjihat untuk menambah ilmu sambil berkerjaya, Allahuakhbar... Dugaan itu ada dimana-mana, manusia tidak pernah rasa senang sesama manusia...

Keputusannya, aku redha, dengan mereka-mereka ini yang menyekat rezki sesama manusia, undang-undang manusia lebih kejam dari hukum-hukum Allah... mungkin ada masih yang memerlukan dari aku maka sesungguhnya... aku terima... (TAK APA AKU OK)

Sebenarnya banyak lagi nafsu-nafsu aku yang perlu dan inginkan didalam hidup ini tak tercapai akan tapi keputusannya berbalik kepada Qada dan Qadar... jadi betullah kata-kata dari arwah,

"BIAR ORANG BUAT KITA TAPI KITA JANGAN BUAT ORANG"



Usaha itu kena diteruskan, walaupun ditimpa pelbagai rintangan sekecil-kecin zarah mahupun sebesar-besar alam, Allah itu ada dimana-mana dia tahu segala tindakkannya, selepas ini apa lagi dugaan yang akan aku terima aku tetap bersedia, dan bersedia.

Kini telah mencapai 30thn aku meneruskan hidup, dan aku berasa dugaan kali ini lebih berat aku terima, disaat ini la dia datangkan kepada aku yang benar2 nafsu aku perlukan selama ini iaitu NAFSU TIDAK KESEORANGAN LAGI, dan ia membawa aku dekat dengan keperluan dan kehendak aku selama ini. Allahhuakhbar dugaan ini melibatkan hati dan perasaan yang juga datang dari pemberian nya... wujud tanpa diminta, datang tanpa disedar, akan tapi aku tenang dan percaya dengan akan kesudahhannya...

Keputusannya, aku sedang berusaha menanti, memerhati dan aku tahu kesudahhannya berbalik kepada Qada dan Qadar... adakah baik dan adakah tidak baik, aku terima... (TAK APA AKU OK)

Adakah ini namanya "HAMBA ALLAH YANG HINA" akan tetapi aku percaya Allah itu ada dan akan aku sentiasa mohon petunjuk darinya. Biarlah onak liku perjalanan hidupku yang penuh dengan kesengsaraan dari segi fizikal dan mental, akan aku redha. akan ada kebikannya di satu masa nanti, walau tidak didunia walau tidak diakhirat. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ini. TERIMA KASIH

P/s : Walau sekejap walau lama akan ku hargainya, terima kasih semua pada yang mengenali Arjunakirana, sesuatu yang baik itu datang dari Allah dan yang tidak baik datang dari hamba mu yang hina ini. Aminnnn..


Comments

  1. awak adlh di antara hambaNya yg t'pilih..semakin byk dugaan smkin Allah syg kita...Allah nak dgr tangisan kita d'hadapan Nya..sy fhm apa yg awk rasa wlpun sy tak rasa berat yg awk pikul tuh..insyaAllah perancangan Allah maha hebat..mgkin snang bg sy utuk b'kata2..sdangkan sy xrasa apa yg awk rasa...tp sy doakan suatu hari nanti..awak akn jumpa kebahagiaan yg awak cari.. Allahumaamin...la tahzan ok.. =)

    ReplyDelete
  2. Allah hanya turunkan dugaan kepada hambanya yang mampu memikul dugaan tersebut sahaja.. :)

    ReplyDelete
  3. Ayuni : Tak sape tahu keperitannya uhhuuhu

    CKK : Terima Kasih, tak apa saya dah biasa

    Zwan : Sama sama aku cuba sedaya upaya

    ReplyDelete
  4. semoga kita tabah menghadapi segala dugaan

    ReplyDelete
  5. "...biar org buat kita...tp jangan kita buat org..."

    Maybe...but...
    Kdg2 kita kena benarkan hati kita gembira n bg pengajaran kpd org yg selalu "buat kita"

    Life is short...n dont make it shorter...

    ReplyDelete
  6. bersabarlah..
    jgn cepat berputus harap yer..

    ingat kata2 ini
    setiap kesusahan yg ditimpakan berserta dgn kemudahannya..

    ReplyDelete
  7. Hans : benar kah apa yg di kata kan? any way thanks

    Faisal : tak perlu berdendam, kerana dendam itu adalah amalan yg tidak d sukai Allah

    Ikram : aku x berharap dan mengharap apa2 dr ape yg aku hadapi, but don't worry i'm ok. thk bro

    ReplyDelete
  8. senyum... =)

    quote utk arjuna : 'some people think that to be strong is to never feel pain. in reality, the strongest people are the ones who feel it, understand it, and accept it..'

    be strong, Allah s.w.t with u...

    ReplyDelete
  9. bila sorang buat diri rsa lg kuat..dan tiba madanya carilah pendamping hidup cepat2..agar sempurna kitaran hidup di dunia saking melengkapi antara dua jiwa.

    ReplyDelete
  10. Hairil : abg ada jeee.. kalau dah tak ada doakan abg wokey..

    Cik Marikh : Alhamdulillah masih kuat lg... huuuhu

    Pcl : Pendamping hidup... insyaallah ada la nanti huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...