Innalillahiwainnalillahirojiun... Sesungguhnya aku tak tertahan dengan dugaan mu Tuhan. Terduduk aku apabila Pengarah aku panggil aku 2hr lepas... Sesungguhnya aku tak pernah untuk menimbulkan sebarang masalah pada mereka-mereka ini dengan aku hanya melakukan tugas-tugas harian aku tanpa berkata apa-apa.
Panjang ceritanya maka aku pendekkan untuk mudah difahami,
.. Jumpa saya dibilik..Saya terima khabar angin daripada pegawai-pegawai profesional menyatakan pada saya, bahawa supaya jangan beri muka pada awak dan berjaga-jaga dengan awak, ini disebabkan awak boleh memberikan masalah pada saya...
.. Allahhuakhbar (dalam hati) ye ke Haji..(sambil senyum) ermmmm... entah la haji.. saya hanya menjalankan tugas harian saya je haji.. tiada yang lebih dan terkurang, tapi tak tahu laaa kalau selama 6tahun nie saya ada memberikan masalah pada pegawai.. saya buat mana yang termampu sahaja..
.. Awak tak pernah nak bersemuka dengan saya selama ini, saya tengok awak macam tak ada masalah saje.. tapi kenapa ada yang memberi peringatan kepada saya tentang awak?..
.. Entah la haji, saya tak pernah nak mengganggu kerja orang lain, saya dengan kehidupan saya dan kerja saya, tapi kalau sebegitu rupa keadaannya saya terima haji, terpulang la pada haji untuk menilai saya..
Tak sangka selama ini rupa-rupanya ramai yang tidak berpuas hati dengan aku,
aku tak kesah jikalau aku mendapat markah prestasi tahunan aku 77.4% mungkin aku tak bagus,
aku tak kesah jikalau aku diberi jawatan sampingan bertimbun2, aku sanggup terima,
aku tak kesah jikalau aku tidak mendapat Pinjaman Tabung Kerajaan, disebabkan aku tak layak,
aku tak kesah jikalau aku disekatkan rezki peluang mendapat anugerah dan pangkat,
Tapi aku akan berkesah jika aku diburuk-burukkan dibelakang tanpa pengetahuan aku pada pihak atasan, sesungguhnya perbuatan kamu itu telah menjatuhkan reputasi aku didalam pejabat selama-lamanya.
Apa salah aku sehinggakan kau berbuat sedemikian rupa, setakat gaji seorang juruteknik RM1250.00 sebulan nak dibandingkan dengan RM4000.00 sebulan jauh lebih bagus.. adakah dengan adanya aku dipejabat ini mengganggu pendapatan bulanan kau... Allahhuakhbar.
Kalau sedemikian jadinya sehinggakan kau memburuk2kan aku yang akan melibatkan rezki dan peluang aku untuk meningkatkan diri dipejabat ini disekat dengan tanggapan buruk satu jabatan pada aku.
Biarlah aku mengundur diri. Mungkin rezki aku bukan disini, mungkin rezki aku di tempat lain, Insyaallah juga aku sedang berusaha untuk memperbaiki diri ini. Selamat Tinggal Semua.
Teringat kata-kata dan pesanan mak..
"BIAR ORANG BUAT KITA, TAPI KITA JANGAN BUAT ORANG"
Seperti aku yang sedang didalam menikmati hidup suka duka berseorangan ini, apa yang aku mampu buat hanyalah berdoa dan bertawakal serta berusaha. Alangkah susahnya hidup tanpa orang yang disayangi disisi.
Alangkah betapa sengsaranya hidup seorang anak tunggal yang telah kehilangan rasa nikmat berkeluarga. Mak.... aku tak sanggup nak menghadapi dugaan ini.... aku perlukan seseorang yang benar-benar memahami anak mu ini.. :(
P/S : Hidup ini banyak dugaannya, dan sesungguhnya bagi yang tertindas harap bersabar dan berdoa, Allah itu maha adil dan saksama.

sod ba ro=sobar...
ReplyDeletemulut orng, kita tak boleh nk kontrol,
ade hikmah disebaliknya..hari ni hari dorang,mana la tahu, insyAllah, esok hari inchek arjuna pula... tabah la ye, DIA sentiasa ada..=)
yg cik mars tahu, inchek arjuna ni 'kuat+cekal' orngnya...
Hidup Umpama roda kadang di atas kadang dibawah.. mulut tempayan boley dtutup.. mulut orang boley bg penyepak ja kalau over2 sgt muahahahah...
ReplyDeletesabor je lah.. mana2 pon mmg akan ada manusia mcm ni... slgi kita bernafas di muka bumi allah ni slagi tu lah allah akan turunkan kita ujian dlm perlbagai bentuk.. kuatkn smgt eh!!
abg, sbr k
ReplyDeleteSABAR JE..ADAKAH ORG MELAYU YANG DENGKI..TNY JE BRO..HEHEHE
ReplyDeleteAllaahuakhbar... sabar sabar sabar..
ReplyDeleteMan : Melayu ke India ke Pakistan ke sama jaaaa.. tp klu dah kerja mcm aku nie kebanyakkannya org2 kita juga :(
Mungkin perkataan sabar tak cukup untuk menyejukkan hati... Ketahuilah bila wujudnya org baik, sudah pasti manusia tak berapa baik pun wujud. Dlm dunia semua boleh berlaku. Dan setiap satunya akan membuatkan kita lebih kuat hadapi cabaran. Bila org aniaya diri kita, berdoalah... Semoga segala keputusan dan ketentuan hidup akan membawa ke arah hidup yang lebih baik selepas ini.Insyaallah... :)
ReplyDeletesory out of topic jap just nk bg tahu da colik pic arjuna untuk new entry saya (bukan guna2 ye hahaha)
ReplyDeletejgn marah na.. curi dulu bru g tahu :P
have a nice day smile :)
http://nurcheda88.blogspot.com/2012/10/carta-10-blog-kegemaran.html
kuatkan semangat bro arjuna..hidup di dunia memang payah nak cari keadilan..Buat keje bagus orang tak puas hati, buat keje tak bagus pun ada gak yang tak puas hati.. tak heran ramai orang ada PHD (perasaan hasad dengki)
ReplyDeletearjunakirana? hmmm macam kenal je.
ReplyDeleteKM : Arjuna tak sanggup nak terima semua nie seorangan.. :(
ReplyDeleteCM : Kena curi? ermmm okey laaa
NaWZA : Semangat tinggal hujung tanduk jeee... tak larat laaa
MV : Kenal?... ermmm klu kenal mesti tahu :)
aswad ke
ReplyDeletehmm klu salah org takpe la :)
gagaga... salah... main petik je.. nanti org tu marah baru tahu... :p
ReplyDeleteMungkin Arjunakirana t'lampau cute kot kt pejabat tuu...sbb tuu org x puas ati....ha3....gurau je...x ksh laa org kata apa pn tentang kita...yg penting kita ikhlas melakukan sesuatu keja tuu...Peace!!
ReplyDeleteSetiap kjejadian itu bukan kebetulan. Semuanya di bawah pengetahuan Allah. Yakinlah bahawa ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku.
ReplyDeletejgn sedih ye..dunia mmg byk permainannye..ambik la ruang bercakap dgn Allah..sb Allah bagi kte ujian,Allah jgk bg kte jalan...senyum ok :)
ReplyDeletesalam......................................................................................................................janganlah menghilang.........
ReplyDeletejangan la sedih.. ini 1 dugaan untuk awak.. insyallah akan ade hikmah yg lg baik.. mne tahu pasni dpt keje gaji 5k lak sebulan.. :P think positif n sntiasa sabar...
ReplyDeleteSetiap ujian tu ada hikmahnya...maka blaja la redha walaupun aku tau aku pun masih blaja nak jd redha
ReplyDeletebanyak2kan bertawakal dengan Allah :) minta petunjuk untuk mencari orang yang menyayangi diri seadanya :) Pasti sedang menunggu awak juga di mana2 :) Be strong, be brave, be happy :) because everythings going to be fine :)
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeleteBersabarlah dengan ujian yang menimpa dan banyakkan zikir, doa padaNya.
Percayalah Allah bersama kita walau apa situasi sekalipun.
Sy baru tersinggah di blog tuan arini dan setelah baca2 sbnranya kita menghadapi kisah yang hampir sama.
Kena sabar. Alhamdulillah skarang segala masalah saya telah selesai.
*cuma kes saya..atasan dgr cerita xbest tapi alhmdulillah 1 jabatan sokong sy =)
nasib kita lebih kurang sama je..Insya Allah ada hikmahnya..saya pun pernah rasa berputus asa bila ditabur fitnah mcm2.tapi Alhamdullillah, sejak saya bertukar tempat kerja, nasib saya bertambah baik.mungkin nasib awk pun mcm tu jugak..yg penting, awk kena redha. itu nasihat kwn saya.
ReplyDeletebanyakkan bersabar.
ReplyDeletemesti ade hikmah kan sesuatu tu terjadi..
xde sesuatu yg berlaku tu sia2..
org xtau niat kte xpe, yg pntg Allah tau niat kita..
bersabarlah
ReplyDeleteAllah Maha mengetahui apa pekerjaan yg kita lakukan
percayalah
allah takkan menzalimi kita..
teruskan memberikan yg terbaik
kerana itu mampu mengubah persepsi mereka..
cuma selepas ini
perlu lebih beringat dan berjaga2 dengan siapa kita bergaul dan dengan siapa kita mahu membuat kebaikan.
tak semua orang suka watak yg baik kan..??
selamat berjaya k?
Alhamdulillah... dalam proses bersabar dengan apa yang berlaku... :)
ReplyDelete