Terlebih dahulu aku nak mohon maaf kepada sahabat-sahabat, serta saudara mara aku yang dikasihi. Dah sememangnya perangai aku, yang suka buat kerja gila-gila (tapi masih waras dalam fikiran aku nie la) Al maklum sejak 2 menjak nie aku dah kurang nak berkongsi masalah aku dengan keluaraga aku sendiri, kebanykkan nya aku kongsi dengan diri aku sendiri, kalau dengan keluarga aku nie FOFULAR SANGAT sampaikan kalau aku balik kampung aku nie ditaburi dengan pelbagai permintaan, cth :
datang la rumah PAK LONG ye.....
rumah PAK NGAH jangan lupa singgah....
MAK CIK YONG panggil tu....
ADIK CIK kang kecik hati pulak kalau kamu x pegi rumah dia...
laaaaa... kenapa tak singgah rumah ABG WAN dekat jeeee pun...
abang balik ipoh ye? jom teman AMIN g tengok wayang..
MAK SU teringin nak makan mee hailam..
alaaaa kamu tu bukan nak datang umah TOK CU....!!!!
Subhanallah..... korang baca pun dah pening kepala nak fikir kan? dah la aku nie susah nak menolak permintaan. tak tahu nak buat macam mana dah... aku harap semua diatas jangan marah aku ye kalau terbaca BLOG ARJUNAKIRANA mohon memahami situasi aku.
Oleh disebabkan permintaan dari sahabat karib aku untuk datang dan membantu di Majlis Perkahwinan Adik Beliau, maka aku mengambil keputusan untuk tidak memberitahu kepada family2 aku yang berada di ipoh yang aku akan balik ipoh pada 30hb Oktober sehingga 3hb September, sepanjang hari tersebut aku x kemana pun, duduk dirumah sahabat aku tolong2 membuat persiapan perkahwinan adik beliau. (untung kan dapat member macam aku) gagagagaga... itu sebab saudara mara aku tak teragak-agak untuk mengajak aku datang kerumah mereka... sebab aku nie tak banyak cakap tapi banyak buat kerja (poyo je laaa aku nieee... eh bukan aku kata orang yang kata ok) dose tak aku tak bagi tahu sape2 aku kat ipoh?... entah laaa.. harap-harap tak huhuhuuhuh
Cantik kan adik member aku nie?... nasib baik aku tak sambar dulu... gagagagagaga.. (nak kena terajang dengan abang dia buat laaaaaa...) abang mana nak tengok adik dia kahwin dengan member dia.. perangai semua dah tahu.. jarang la nak jumpa abang sanggup kawinkan adik dia dengan member dia, dalam 1000 orang ada pun 1 je yang sudi ambik member sebagai adik ipar... huhuhuhhuhu...
Gambar nie masa akad nikah pada malam sabtu, kendurinya esok hari, seronok aku berada didalam family member aku nie... dulu tak la semesra macam nie... sebab aku datang kejap je.. tu pun sebab nak ajak member aku g lepak mamak tengok bola lewat malam.. tu pun depan rumah jeee.. nak masuk rumah? simpang laaaa.. gagagaga.. tapi kali nie aku dapat tidur kat rumah dia selama kenduri ini berjalan.. 5hari juga aku duduk gagagaga..
1st day : KHAMIS mlm jumaat aku sampai je rumah member aku, masuk ja pintu member aku sambut masuk bilik letak2 barang terus tolong masuk kan free giff kat dalam bekas, punya la riuh antara adik beradik, mak member aku siap saound OME rambut aku potong mcm trojen... gagagaga.. PETTAK.. siap semua kerja masuk memasuk bunga telur jam 2am.
2nd day : JUMAAT dengan penat semalam tak habis lagi bangun tido pun dah dekat pukul 11am gile punya la selesa sampai tak sedar, mak member aku tolong gerakkan, tu pun sebab kena tolong tolak van sebab tak boleh nak start... huhuhuh.. kelam kabut dibuatnya, maklum laaa rumah orang buat perangai pulak... member aku tu pun sama jeeeee.. lebih kurang mcm aku gak susah nak bangun, kalau time cuti2 nie... MERDEKA la katakan, so dah bangun aku terus tolong abang member aku mengemop lantai rumah, kemas2 rumah, angkat2 akurium, angkat meja, kerusi adoiyaiiii... penat oooo.. pastu member aku g keje selepas makan tengah hari..... mcm siot jeeeee aku ingat dia cuti, ropenye kerja petang (TESCO).. tinggal aku kat rumah sorang2.. nasib baik mak, abah, kakak, abang, adik dia orang baik2.. aku penat tul...
Yang paling aku syok sekali, anak sedara member aku nie berumur 5 tahun yang tak pernah nampak aku.. tetiba datang dekat aku dengan selumbernya panggil aku PAK SU... gagagagagagagagaga... satu keluarga KETAWA BESAR... sejak bila aku jadi pak su pulak... mak su kan baru je akad nikah mlm tadi PETTAKKK weiiiii... pak su dah ada 2...
lepas makan aku tidooooo , huhuhuhuhu... petang sambung pasang khemah, pelamin, clear bilik member aku yang semak samun tuuu.. dah mcm sarang tikus pun ada.. gagagag (TIPU JEEEE) tunggu punya tunggu member aku nie tak balik2.. rupenya pukul 2 pagi baru habis kerja... huhuhuhuh maklum laaa (CHIEF LEADER )
Day 3rd : SABTU kenduri kahwin, tugasan aku masa kenduri mesti laaaa nak VOGUE... nak tau kat mane lokasi aku... taaaaa.... daaaa... BASUH PINGGAN KAT BELAKANG RUMAH... gagagagaga sesuai sangat dengan watak aku... kami bergotong royong kerja-kerja mengemas meja tetamu dan menghidang makanan secara BUFFET itu pun kira dah selamat la sikit dari memasak.. boleh PETTAKKKK oooo... sampai la ke malam harinya...
Tu dia member aku sedang mengurut MAK DATIN aka mak cik dia laaaa... yang sangat kecoh masa ada didalam rumah nie.. seronok memang seronok.. orang macam aku nie yang tak ada family besar memang terasa sangat kemeriahannye.. memandangkan mereka-mereka ini tak mengganggap aku sebagai orang luar tu sebab aku tak segan nak bersuara sekali sekala..
Dalam keluarga nie yang tak kahwin lagi ialah member aku nie laaaa.. yang adik2 dia perempuan semua dah kahwin, jadi mereka-mereka nie asik nak bandingkan menantu2.. yang tak tahan aku dibuatnya.. (Dalam banyak-banyak menantu aku semuanya tak sama macam ARJUNA) adoiyaiiiii... punca-punca masalah... Nama aku pulak yang naik. PETTAKKKK weiiiii... tapi tak pe laaa sekurang-kurangnya aku dah memberi semangat kepada menantu2 mak member aku nie untuk berubah dan bermesra lebih rapat dengan mak ayah mertua mereka... (konon aku jadi contoh laaaa... orang luar pun leh mesra, kenapa menantu tak boleh)... ermmm.. masalah dalaman la tuuuu... (aku doakan semoga eratkan lagi silaturrahim bersama aminnn..)
Pada malam tu juga ada upacara buka hadiah, salam bersalaman dan kena bagi duit pulak tuuu... adeiii 1st time aku tengok upacara mcm nie... terbaik laaaa... bermesra dan menyambut menantu baru dalam keluarga... TERBAIK laaaaa...
Jam menunjukkan 12tgh mlm, perghhh tak habis lagi penat esok dah nak kena hantar pengantin balik rumah si suami pulak, so pengsan lagi,
Day 4 : AHAD 10.30am dah siap2 sarapan, 6 buah kereta bergegas ke rumah pengantin lelaki, dok kecoh-kecoh pasal TUNGKU dapur yang aku tertinggal dalam bonet kereta aku, sebab tak jadi nak bawak kereta aku, so aku tumpang kakak member aku... gagagagagga... kecoh tul mak datin... dah sampai rumah pengantin lelaki pun masih cite pasal tungku dia yang tak bawak tuuu... gagagagagaga... terbaik laaaaaa... memang syok dengan keluarag member aku nie, aku rasa macam tak terasing selama aku tinggal di rumah member aku nie, sangat gembira laaaaa... kan elok kalau aku ada keluarga mcm nie. (sob sob sob nangis dalam hati jap... huhuhuhuhuhuh)
Jadi ini laaaa family bahgia member aku sorang nie.. yang tak ada abah dia yang tak suka bergambar hehehehehe...
Best ever kenduri kahwin yang aku pernah hadir didalam hidup aku, itu la bak kata pepatah yang aku reka kejap nie "BIAR PERSAHABATAN ITU IKHLAS MAKA SATU KELUARGA TERIMA SAHABAT DENGAN SEADANYA" jadi tak kesah la kita nak berkawan dengan sesiapa sahaja yang penting persahabatan itu kena ikhlas. dan aku berharap persahabatan ini kekal sehingga ke akhir hayat.
Kepada MUHAMMAD FIDAUS BIN ABU HASAN aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi MEMAKSA aku datang dan dipaksa membantu didalam majlis perkahwinan ini, semoga ape yang aku dah lakukan selama kita berkenalan diharap diterima dengan seadanya, walaupun tak seberapa diharap diterima dengan keihlasan.
Weiiii... aku kahwin nanti aku nak ko jadi pengapit aku BOLEH??? gagagagagagaga... pastu aku nak ko bersilat masa aku bersangding, pastu aku nak ko tolong aku hidangkan makan minum aku tuk bersanding, pastu aku nak ko tolong basuh pinggan, mop lantai, pasang kemah, kemas meja, dan banyak lagi laaaa aku nak suruh ko buat... BOLEH TAK daus weiiii... secara paksaan gagagagaggagaga... (main-main aje laaaaaa...jangan terasa pulak) walaupun aku tahu ko tak reti bukak blog tapi aku taip juga, mane tahu satu hari nanti ko terniat nak baca blog aku.. hehehehe
MALU WEI : DAY 5 : ISNIN Masa aku nak balik pada malam selasa, Opsssss... malam selasa... hehehehe aku dipaksa suh sambung cuti isnin sebab dia orang tengok aku terlalu penat, itu pun disuruh sambung sampai hari selasa.. PETTAKKKKK.. selasa aku ada kursus.. jadi aku balik jugak malam selasa tu, 1030pm bertolak 1200 sampai KL laju tak? gagagaga... disamping itu ayah member aku bagi ang pau berisi RM50 suh bayar duit tol... gagagagaggaag malu wei dah tua tua dpt duit raya.. ok la sekian tu hari nie.. panjang gila kan entry aku kali nie... rasa kan laaaa... nak baca ke tak nak baca ke aku tak kesah.. janji diari blog aku penuh dengan luahan hati aku. wassalam guys.. jumpa esok pulak dengan tips-tips baru.







woooo~
ReplyDeletesemangat rewang itu masih ada!
ecehhhh...
nasib adik2 gurl dia dh berpunya ye...
kofkoffkof!
CIKMARIKH : Aikkkk... ada juga yang nk baca huuhuhu... dah agak dah... sape orangnye... :)
ReplyDeleteerrr...heheeee
ReplyDeleteCIKMARIKH : Tq sudi baca... walaupun pajang2 berjela... tapi arjuna rasa klu yg jenis suka baca nie tak de hal laaaaa... nak baca sepuluh perenggan pun tak kesah punya gagagagaga... tapi rope-ropenye kuat cemburu gagagag tttteeettt :p
ReplyDeleteyela tuuu, percaya le sangat2 menatang tu...huuuhuu
ReplyDeletesikit2 tu ade la, dalam hati je..guguuuguu..=p
CIKMARIKH : Ini hasil daripada kajian.. betul tu tak laaaa... gagagaga... tp ade la sikit2 an an an.. Pettakkkk...
ReplyDeleteciputtt tu ada laaaa...
ReplyDeletepettakkkk~(abende la maknanya tuh)..=p
CIKMARIKH : Pettakkkk... gagagagaga... :)
ReplyDeleteRewang...jgn x rewang ;-)
ReplyDeleteAmboi... comen nampak... by the way thk.. :)
ReplyDelete