Skip to main content

Kampung Serapoh Parit Perak

Dalam diam cuti pun dah tamat, erm... bulan nie banyak betul aku ambil CUTI REHAT dan CUTI TANPA REKOD, berconteng-conteng Punch Kad aku bulan nie, huahuahuha... itu laaa setengah tahun tak pernah cuti, sekali cuti dekat sebulan tak nampak dalam opis, asik keluar aje, uhauhauhau... Jom kita tengok ape kerja aku sepanjang cuti 4 hari lepas, ewah.. macam la lama sangat, bagi aku lama laaaa..


Welcome to KAMPONG SERAPOH, pada tahun 1980an dulu kampung nie ramai bangsa jawa yang tinggal disini, termasuk aku, perkampungan yang didirikan berjajaran disepanjang jalan raya, bersepadanan dengan KAMPUNG CHANGKAT SEMANTON disebelah Selatan dan manakala di sebelah Utara ialah KAMPUNG BULUH AKAR, kampung ini dikhabarkan berasal dari nama 2 peneroka hutan yang berasal dari Kepulauan Jawa Tengah Gorang Gareng Indonessia, salah seorang bernama WAK SERAP dan WAK RAPOH, dengar cerita dari penduduk lama di sini, apabila digabungkan maka dinamakan sebagai Kampung Serapoh, itu la sejarah serba sedikit yang aku nak ceritakan.

 
Sebelum nak sampai ke kampung aku nie kena naik bas dari Ipoh, perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 1jam dengan menaiki bas hijau yang berjenama GENERAL BUS yang bergegar keluruh bady dia huahuahuha.. sabo je laaa.. sekali langgar bonggol mesti terloncat melambung-lambung, kusyennye dah la tinggal besi dan papan, sabo je laaaaa... huahuahua.. tapi aku suka sebab ia mengenangkan zaman aku sekolah dahulu. Tambang pun dah mahal sekarang dulu kalau dari IPOH Rm3,90 tapi sekarang dah Rm4,60.. nampak sangat dah lama tak naik bas.


Sebelum sampai kampung, kena lalu Pekan PARIT dahulu, kalau nak tahu pekan ini la yang dilakonkan dalam cerita TA'IN turun PEKAN, pada sapa yang tengok laaa.. hehehhe.. tapi bila aku kata kat kawan-kawan mesti dia orang kata PARIT BUNTAR, sebenarnya PARIT ialah pekan yang terdapat didaerah Perak Tengah, kalau aku suka panggil PARIS huahuahua... Poyo.... kampung aku adalah kampung yang terletak diantara BERUAS dan PARIT.


Aku balik kampung macam biasa laaaa.. tengok hasil pelaburan aku di kampung, syukur alhamdulillah berhasil juga walau pun sudah hampir 4 tahun mengerjakan binatang nie, huahuahua... sambil-sambil berbudi kepada tanah ada juga hasilnya dari aku melabur kat MLM tu yang tak nampak bendanye.. pakai duit banyak tapi hasilnye tah tak tahu, boleh laaa.. walaupun sikit tapi aku puas, balik kampung boleh la nak menebas ke, meracun ke, menuai buah ke, janji berpeluh. Parang jangan lupa bawa, mane tau ada binatang buas.


Walaupun hasilnya tak banyak cukup la nak menampung bayar rumah sewa bulan-bulan, syukur alhamdulillah, Allah berikan aku rezki. semua nie adalah pemberiannya juga, kalau tak ada usaha dan tawakal tak ada la hasilnya bukan? 


Jadi bila dah ada dekat kampung mesti la ada menu istimewa an an an, so menu makan tengah hari aku BELUT GORENG KUNYIT sedap gila, aku goreng 3 ekor aku sorang je makan, hahuahuah.. sedap gile laaaa.. itu pun pakcik aku kata ada IKAN HARUAN kalau nak makan leh goreng sekali, tapi aku kata cukup la BELUT, perghhh memang sedap laaaa..


Pergh sedap tak? makan dengan nasi panas-panas, gulai tempoyak pulak tu.. memang Perak bebeno laa teman wei... semua panas2 aku makan tambah 2 kali, ini kalau ada PETAI lagi la sedap, perghhhhh.. layannnn... makanan susah nak dapat kat mana-mana tempat. itu la namanya kampung halaman. lagi pun sekarang musing DURIAN, perghhhh memang sedap laaaaa..


Sambil-sambil je pegi kutip durian kat dusun, pergh.. walau nyamuk banyak tapi tak macam nyamuk kat KL berkuman, nyamuk kat kampung tak ada kuman pun... hehehehe.. DURIAN TEMBAGA perghhh terliur laaa kenyal ber krim isinya tebal dan perghhh boleh terangkat la kalau sape makan, tak macam Durian D24 semua pakai baja kimia, yang aku makan tak pakai baja ok, baja origenal... perghhh sedap oooo.. memang layan laaaaaa. ok la cukup kot untuk kali nie, aku pun nak balik rumah laaaa.. dah lama rasanya tak balik rumah di KL nie huahuah.. konon je laaaa.. hehehhe wassalam.

NOTA SERAM : Kawan-kawan tahu tak penyakit yang langsung tiada ubatnya... aku pun takut nak cerita, tapi ini la terjadi kepada salah sorang hamba yang tak boleh didedahkan pada sesiapa sahaja. biar aku sahaja yang tahu apa yang terjadi pada dia, Allahhuakhbar, mudah-mudahan dia bertaubat dan kembali kejalan yang benar. [ Hati Ini Versus ] nak cerita, mudah2an berikan dia ketabahan dan berkan aku kesedaran diatas pengalaman beliau.

Comments

  1. ohh. jd ko ni ada darah jawa lahh? patut ada iras2 muka org jawa. haha. ehhh.

    ReplyDelete
  2. bertahun2 duduk kat Parit, x pernah tau pulak ada org Jawa. oooo....ada rupanya.

    ReplyDelete
  3. FAKHRUL HAIYIN : Bukan darah jawa aje, memang satu badan penuh darah jawa... huahuah ade kacuk sikit dengan Jepun.

    KELI MENARI : Yo wes...

    YANA HALIM : Ade jeeee

    ReplyDelete
  4. ecehhh, seronok dia tu balik kampong ye..sekali dgn sejarah dulu kala keluar...=p

    *Hati Ini Versus-semoga dia+kita bermusahabah diri atas ujian yg dia terima...

    ReplyDelete
  5. CIK MARIKH : Nak bercerita pun takut, tapi Arjuna tak menganggap beliau sebegitu hina, insyaallah Arjuna akan membimbing dia sebagai sahabat yang baik, Allahuakhbar :(

    ReplyDelete
  6. en arjuna orang parit?? owh, tak pernah ku tau.. dekat sgt dh rupanya,

    ReplyDelete
  7. kg ko kat parit.perak je bro....tak jauh leh dgn tmpat aku bermaustatin ni

    ReplyDelete
  8. belut?...heheh..tak makanlah kami semua...

    ReplyDelete
  9. TELO : Ape dia? kurang jelas laaaa.. ko bermastautin di mana?

    MAMAEMA : Rugi tak makan belut>>

    ReplyDelete
  10. TELO : Oooooo... tak pe la duduk majung, aku nie kampung di perak, kerja di KL... Serabut duduk sini huhuh :(

    ReplyDelete
  11. hai im eha... suka entry entry kamoo... syok la gak baca entry ni... best gler blik kmpon n mkn best best... tp nk tnye leh? ape rasa belut eak? bab x pnh makan... agak kolotkn saya niey? hehehehehe

    ReplyDelete
  12. EHA : Salam.. ermm bagi arjuna sedap laaa bagi org lain takut nak makan sebab geli, tapi bila dah jadi lauk, mane nampak belutnye... mcm ikan goreng je pun hehehhe... SEDAP ooooo

    ReplyDelete
  13. eh org kmpung serapoh ke? lorrr mak aku org kmpung tu lerr.. ate kome ank sape? mane le tau mak teman kenal. hehe

    ReplyDelete
  14. ORANG BIASA : Oh nama mak teman SUPIAH org kampung panggil "PIUT" mak tengan Penoreh getah estet kg serapoh, kerja sambilan mengajo ngaji budak2 malam2 hari... itu je le yg datap teman bg tahu :)

    ReplyDelete
  15. teman dah nanye kat mak teman. mak teman kata sapa nama ayahanda (atok) nyer.. mak cik teman ada la balik raya pertama. kalo mak kome kenal maznah or maziah??

    ReplyDelete
  16. PENAMAYA : Maznah tu mcm kenal jeeee... duduk kat bt 27 kg serapoh ye... kenal laaaaa.. Atok (Pak Mad Jo) nenek (Zaiton)aka aton... hehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...