Menjadi seorang pendengar yang efektif membuatkan anda mempelajari perkara-perkara baru dari orang lain, menerokai sesuatu yang belum pernah anda tahu selama ini, dan membuat anda mengenali diri dengan lebih mendalam lagi.
TAHUKAH anda menjadi seorang pendengar yang baik dapat membuat anda memiliki personaliti yang cemerlang dan dihormati? Terdapat beberapa kelebihan yang bakal anda peroleh apabila menjadikan budaya mendengar secara positif, yang bukan sahaja menguntungkan anda, malah pada masa yang sama menjadikan orang lain menghargai kehadiran anda di sekeliling mereka.
Menjadi seorang pendengar yang efektif membuatkan anda mempelajari perkara-perkara baru daripada orang lain, menerokai sesuatu yang belum pernah anda tahu selama ini, dan membuat anda mengenali diri dengan lebih mendalam lagi. Mendengar secara efektif membantu anda merapatkan hubungan yang sedia ada.
Ramai yang salah sangka bahawa dengan banyak berkata-kata itulah caranya untuk merapatkan hubungan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.
Sebenarnya, ini andaian yang salah, sebaliknya dengan menjadi ramah dan pada masa yang sama mendengar apa yang disampaikan oleh orang lain, akan menyebabkan anda mudah diterima. Percaya atau tidak, andajuga menjadi popular disebabkan sikap suka mendengar yang menandakan anda memberi perhatian dan sokongan kepada kata-kata yang disampaikan.
Tambahan lagi, pendengar yang efektif mempunyai kesan dan pengaruh ke atas sikap serta kelakuan orang lain sehinggakan anda dihormati oleh individu-individu yang teriibat. Hal ini berlaku kerana mereka menganggap anda mempunyai perasaan dan menyediakan ruang untuk memahami mereka. Jika anda seorang pengerusi sebuah persatuan atau kelab, anda akan menjadi pemimpin yang mudah diikuti sekiranya anda memberi peluang untuk mereka memberi cadangan atau apa-apa idea untuk kebaikan persatuan tersebut.
Selain dari itu, menjadi pendengar yang baik adalah saluran hiburan yang seimbang jika tahu bagaimana hendak melakukan-nya. Mengapa sesetengah orang gemarkan muzik yang pelbagai genre di pasaran hari ini? Muzik adalah salah satu cara menjadikan pendengaran cara berhibur.
Anda mungkin pernah mengingati bait-bait lagu kegemaran, malah pernah pula menyanyikannya. Hanya satu kemungkinan sahaja yang memungkinkan anda melakukan perkara sedemikian, iaitu anda mendengar dengan teliti dan meng-hayatinya.
Pendengar yang baik adalah pembantu yang baik. Sebabnya ialah anda bukan sahaja mendengar dengan sepasang telinga semata-mata, tetapi anda membawa ia terus kepada hati untuk berasa empati, anda cuba memahami dengan mendalam. Misalnya, anda merupakan seorang abang atau kakak yang prihatin akan mendengar keluhan adik yang lebih muda usianya dan cuba mem-bantunya setakat yang anda mampu untuk menggembirakannya.
Namun, kebaikan-kebaikan ini mudah terlindung dengan halangan-halangan yang mengganggu anda menjadi seorang pendengar yang baik.
Terdapat tujuh halangan yang perlu anda berhati-hati apabila mempraktikkan gaya pendengaran yang efektif terhadap rakan-rakan atau ahli keluarga.
1. Ambil mudah dengan orang yang sedia kenali.
Kajian mendapati mereka yang mempunyai hubungan yang akrab dalam satu jangka masa yang lama akan mempunyai tahap tumpuan yang rendah terhadap apa yang didengarinya berbanding apabila berinteraksi dengan individu yang baru dikenali. Bersikap acuh tidak acuh terhadap seseorang yang akrab seperti sahabat karib atau adik beradik terhadap apa yang cuba disampaikan bukanlah sikap yang baik meskipun anda menyangka mereka sudah memahami sikap anda. Kekalkan gaya pendengaran yang betui sebagai menghormati mereka.
2. Khayal dalam dunia sendiri
Ketika anda sedang mendengar suara sahabat yang bercerita, pada masa yang sama anda turut mendengar satu suara lain yang bercerita hal yang berbeza. Itulah suara minda yang akan timbul apabila anda tidak menumpukan perhatian dengan apa yang cuba disam-paikannya. Keadaan ini berlaku apabila perkara yang disampaikan tidak menarik perhatian atau membosankan sehinggalah timbul cerita baru dalam minda dan berdialog dengan anda.
3. Kejutan emosi dalam perbualan.
Anda mungkin tidak menggemari sesuatu yang anda dengar sehinggakan anda cuba untuk tidak mendengarnya lagi. Kebiasaannya, kata-kata yang kasar, ayat-ayat yang tidak selari dengan sikap dan gaya hidup anda mungkin menimbulkan kejutan emosi dalam perbualan. Misalnya dalam pengalaman penulis yang berasal dari sebuah negeri yang dikatakan sikap penduduknya menggunakan perkataan secara kasar dan intonasi yang meninggi. la menimbulkan keadaan yang kurang selesa untuk mereka yang menganggapnya kurang sopan, meskipun pengamalannya melambangkan kemesraannya terhadap anda mengikut gaya tersendiri. Keadaan ini dikatakan sebagai kejutan emosi dalam perbualan yang menjejaskan pendengaran yang efektif.
4. Mengkritik individu yang berbual dengan anda.
Fizikal seseorang mudah menjadi sasaran kritikan sehingga melarikan tumpuan untuk mendengar apa yang cuba disampaikan. Dalam sebuah rancangan televisyen tempatan, seorang peserta dalam uji bakat penghibur untuk rancangan realiti dikritik oleh sekumpulan juri kerana gaya penampilannya yang disifatkan teruk dan tidak sesuai. Tetapi beliau diterima kerana mempunyai suara yang merdu. Seandainya juri-juri tadi terus terganggu dengan gaya penampilan peserta tersebut, kemungkinan peserta tersebut gagal. Kejayaannya tidak lain tidak bukan ialah kerana sikap juri yang menutup matanya seketika dan mendengar sesuatu yang penting untuk mereka membuat penilaian. Begitulah juga keadaannya apabila ia melibatkan diri anda.
5. Kata-kata lebih deras dari fikiran.
Ada individu yang sukar mengawal kecepatan kata-katanya sehinggakan menyukarkan orang lain untuk mendengar secara efektif untuk mendapatkan mesej yang sebenar. Anda boleh melakukannya jika anda merupakan peserta pasukan bahas dan pidato yang memerlukan hujah-hujah yang padat disampaikan dalam satu jangka masa tertentu. Tetapi ia tidak bermaksud anda perlu berkata-kata secepat yang mungkin. Kesannya orang lain tidak mempunyai masa untuk memikirkan apa yang didengarinya sebelum ini. Individu normal berkata-kata sebanyak 125 patah perkataan seminit, malah ada yang mencapai 600-800 patah perkataan dalam tempoh tersebut.
6. Terlalu banyak dengan maklumat yang tidak perlu.
Pelbagai maklumat yang datang dalam bentuk audio menjengah kehidupan anda sebagai pelajar hari ini. Malaysia mempunyai pulu-han stesen radio yang kebanyakannya beroperasi 24 jam sehari. Setiap sejam anda akan mendengar berita terkini di kaca televisyen meskipun dengan mata yang terpejam. Setiap kali anda menghidupkan pemain MP3 mudah alih, anda berkemungkinan sedang mendengar ratusan lagu atau simpanan audio berbentuk dialog, wawancara yang dirakamkan sebelum ini. Dengar erti kata lain, anda dihujani dengan terlalu banyak maklumat. Kebanjiran sumber sebanyak ini akan mengganggu seseorang untuk mendengar secara efektif, apatah lagi untuk mendapatkan mesej yang diingininya. Maklumat yang tidak diperlukan mungkin akan menjadi perangkap kepada anda. Maka bertindak memilih maklumat yang benar-benar diingini sahaja baik untuk mendengar atau hendak menyampaikannya.
7. Gangguan sekeliling yang menarik perhatian.
Gangguan-gangguan luaran baik berbentuk bunyi atau fizikal boleh mengurangkan kepekaan seseorang untuk mendengar sesuatu. Pernahkah anda mengalami keadaan apabila suasana menjadi sangat sunyi apabila anda benar-benar menumpukan perhatian kepada pelajaran sehinggakan anda tidak mendengar bunyi kenderaan di luar yang sedang rancak bergerak dan panggilan ibu di luar bilik anda. Mungkin anda seakan-akan 'menghilangkan' suara sahabat di hadapan anda yang sedang berkata-kata apabila mata anda tiba-tiba tertarik melihat sesuatu atau kedengaran lagu kegemaran anda yang dipasang di gerai makan seberang jalan. Inilah antara gangguan-gangguan luar yang menjejaskan gaya pendengaran yang berkualiti.

KATA ARJUNA : Sebenarnya aku tak kesah semua itu, nak jadi yang terbaik dari kawan-kawan bukan lah misi utama arjuna, arjuna hanya memerlukan teman untuk bersama-sama menikmati rezki pemberian Allah, siapa aku yang nak menilai sesama manusia, hanya Allah sahaja yang boleh menilai seseorang, Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui, maha pengampun dan maha mengasihani pada umat-umatnya, selagi umatnya mahu bertaubat dia akan sentiasa menerima, walaupun nyawa berada dihujung tanduk, sekiranya umatnya ikhlas untuk bertaubat, Allah akan mengampuni umatnya itu, Sila Rujuk Disini dan ape yang penting jadilah yang terbaik kepada semua makhluk didunia ini, insyaallah Allah itu maha mengetahui segala perbuatan umat-umatnya di muka bumi. Wallahhualammissawab.

nampaknye si marikh tu bukanlah pendengar yang baik..
ReplyDeleteno.1 2 & 7 dah jadi tembok batu.
nampak gayanya kena cari backhoe kasi runtuh.
hahaha... nasib laaa...
ReplyDeleteakan tetapi syukur alhamdulillah dengan sikap yang ada pada arjuna ini diharap kawan2 dapat menerima seadanya... Insyaallah arjuna buat yang terbaik...
kekadang sahabat memerlukan kita, tapi jangan la kita melarikan diri, kerana sahabat itu adalah utusan dari pada Allah untuk kita mendengari dan menilai serta membantunya, dan ia akan menjadikan satu tauladan untuk kita pada masa hadapan...
:)
perkara satu dan dua tu lah paling berpengaruh dalam diri ni.. hehe.. yang penting try :)
ReplyDeletekekadang kurang fokus, sometime terganggu keadaan sekeliling. kekadang takut dichop pendengar yg tak baik..nak buat yg terbaik tetapi kita lemah..ada ja gangguan antaranya dari diri sendiri. Nice info..
ReplyDeletepandai2 laaaaa heheheheh
ReplyDeletegwa pendengar yg baik..hehehe
ReplyDeletecube dgr..=)
gwa pendengar yg baik..hehehe
ReplyDeletecube dgr..=)
heheheh... tak dengar la pulak huahua... kena jumpa laaa baru dengar ke tak dengar huahuauh a:)
ReplyDeletetutup telinga tak nak dengar
ReplyDeletehahahahaha.... x nak dengar sudah, nanti kena batang hidung sendiri baru tau huahuah :)
ReplyDeleteterima kasih dgn info berguna seperti ini.
ReplyDeletepenting juga sebenarnya utk mengetahui kekurangan kemahiran mendengar.
berharap selepas ini akan lebih bersedia mendengar.
SISTEM UNDIAN
ReplyDeleteNTB2 akan menggunakan sistem undian untuk menyingkirkan peserta
dari permainan.Anda berada di kedudukan TOP 4 dalam CARTA MINGGUAN
episod 9 yang akan dipostkan Khamis ini.
Maka itu... Anda diminta memilih salah seorang dari mereka untuk
disingkirkan dalam episod 4 nanti. Mereka berdua berada di kedudukan
tercorot dalam carta.
Hairy
http://fanomena.blogspot.com/2012/06/tips-berhadapan-lelaki-lemah-semangat.html
Nisa Adnan
http://hanisaya.blogspot.com/2012/06/14-wordless-wednesday-rumah-impian.html
Umumkan keputusan anda dalam kotak komen entri NTB2 - Episod 8
sebelum Khamis - 14/6/2012
Terima kasih :)
IKRAM : Betul tuuu... bukan senang nak jumpa sahabat yang boleh mendengar kita punya masalah huhuuh :(
ReplyDeleteMINTA MAAF. ADA KESILAPAN TELAH SAYA LAKUKAN
ReplyDeleteSISTEM UNDIAN
NTB2 akan menggunakan sistem undian untuk menyingkirkan peserta
dari permainan.Anda berada di kedudukan TOP 4 dalam CARTA MINGGUAN
episod 9 yang akan dipostkan Khamis ini.
Maka itu... Anda diminta memilih salah seorang dari mereka untuk
disingkirkan dalam episod 4 nanti. Mereka berdua berada di kedudukan
tercorot dalam carta.
Hairy
http://fanomena.blogspot.com/2012/06/tips-berhadapan-lelaki-lemah-semangat.html
PCL
http://www.pakciklie.com/2012/06/selamat-tinggal-sp.html
Umumkan keputusan anda dalam kotak komen entri NTB2 - Episod 8
sebelum Khamis - 14/6/2012
Terima kasih :)
NISA ADNAN ADA IMUNITI TIDAK BOLEH DIUNDI KELUAR MINGGU INI.
wah bagus entry ni :)
ReplyDeletelamanya menyepi, still busy ek? =)
ReplyDeleteaku cepat tergangu dgn bende2 yg menarik perhatian. haha -.-
ReplyDeleteIZZAT : Baca2 jangan tak baca
ReplyDeleteCIK MARIKH : Sibuk tolong2 kawan yg tak lepas design pulak huhuh
FAKRI : Sila2 suka ade ramai yang baca... kongsi2 pendapat
bagus inchek arjuna nih, tolong kawan2..semoga ilmu diberkati Allah, insyallah.
ReplyDeleteTak pe arjuna ikhlas, walau arjuna x dapat "A" tapi kawan arjuna tu dapat 'A' kira dah rasa bangga... sbb arjuna tahu itu arjuna yang buat huhuhu :)
ReplyDeleteAllah.telan aiur liur, pahit ja rasa...
ReplyDeleterezeki dia.
Alhamudlillah... kita kena bersyukur dengan apa yang kita dapat... itu ajeeee... heheheh arjuna pun bukan pandai sangat pun... huahuah
ReplyDelete