Assalammualaikum guys, seperti yang dilumrahkan setiap manusia akan mati, dari masa ke semasa waktu terus berlalu saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, tahun berganti abad, abad berganti dekat, manusia kan amati juga, jangan pula nak jadi seperti FIRAUN.
Sempena hari ulang tahun aku pada kali nie sama la seperti yang dulu-dulu, aku amat bersyukur sangat-sangat disebabkan aku dididik dengan begitu sempurna oleh arwah mak aku, same je ayat aku tahun lepas hahahaha, tak perlu nak sambut-sambut, hadiah bagai, kalau dah biasa tu tak hairan an an an, bak cemburu dengan sahabat-sahabat yang selalu diraikan dengan meriah, kek secret recipe, pizza hut, macam-macam la, aku turut bergembira meraikannye, mudah-mudahan panjang umur murah rezki aku ucapkan... hehehehe
1st "T" ialah Tea O Suam yang aku dapat dari sahabat karib aku kat pejabat, selalu kuar makan sama-sama, dia pun tak tahu aku sambut hari lahir aku hari nie, tapi memandangkan ade seorang mamat nie kecoh masa minum petang, dia terus bayar air minum aku, hahahaha.. tak ada cakap banyak terus je dia bayar, walaupun tea o suam. Adehhhh.. terharu guys ini la yang dinamakan ikhlas, padahal aku selalu pau dia duit lepas solat jumaat, sebab malas nak bawa duit banyak-banyak pegi masjid, lepas je solat dia suka ajak mengeteh... pinjam la dulu ye hehehe... masuk opis aku bayar balik ok :)
2nd "T" adalah Teks message dari seorang shabat lama, kalau nak dibandingkan message dengan ucap kat FB lebih baik message sebab ia lebih berharga, walaupun sorang je yang message kat aku, itu pun dah cukup memadai, terharu sangat-sangat, aku nak ucap terima kasih juga walau dia tak baca blog arjunakirana, dengan ucapan "SELAMAT HARI LAHIR BRO BILA MAU BALIK KAMPUNG LEPAK_LEPAK SAMA KALAU BALIK TANJUNG RAMBUTAN CALL AKU OK" adehhhh.. rasa lama tak jumpa "MAD" sejak dia berkahwin, lagi-lagi dah ada anak... ermmm.. insyaallah...
3rd "T" hahahahah "Tido" sepanjang hari aku kerja terus balik rumah lepak lepak kejap dan tido, arghhh... tak ade ape yang best pun hari nie, boringgggg!!!! tido awal sebab kepenatan balik dari PD tak habis lagi, biar laaaa tak penting pun, masa tetap berlalu juga, tidur dengan doa mudah-mudahan dipanjangkan umur supaya berbuat lebih ibadat kepada mu Allah. Banyak dosa yang aku buat sepanjang aku hidup nie, harap-harap diampunkan.
TEKS UCAPAN : Terima kasih kepada arwah mak yang melahirkan Arjuna, syukur alhamdulillah dan kini Arjuna dah pandai berdikari mak jangan risau ye, doakan arjuna sentiasa didalam lindungan Allah yang Maha Esa, mak pun disana jangan risau arjuna akan sentiasa berdoa untuk mak. Lagi satu perkara, sekarang arjuna dah sambung belajar lagi, tinggal sikit je lagi nak habis, tapi semangat tu dah berkurangan, sebab dah tak larat nak menanggung sorang-sorang, harap bergantung pada semangat je nie, harap mak bagi sokongan ye! hehehehe [mengucap banyak-banyak Arjuna oiiiiii ingat Allah masih ada]
Heheheheh.. aku melawak je tu, insyaallah akan ku teruskan juga perjuangan ku ini sehingga ke penghujung, tengok kad ucapan dari KETUA SETIAUSAHA KPKT tempat aku kerja, Tarikh lahir aku pun salah, 27 MAY 2012 tu hari jadi sape tah... huhuhuhuhuh malas nak komen, kerja tak pernahnye nak betul. dah 5tahun aku kerja kat opis aku sekarang nie.. adoiyaiii.. ok sampai disini sahaja. wassalam




happy birthday bro!
ReplyDeleteyg keberapa tu? hehe
hahahaha... yg ke 40 :)
ReplyDeletehappy night to u. Semoga dimurahkan rezeki ya. saya dah follow
ReplyDeletenice blog! saya da follow, feel free to follow mine. :)
ReplyDeletemeermira.blogspot.com
oh, semalam birthday ke? ok la. happy belated birthday. all the best! :)
ReplyDeletehepy bfday~ :)
ReplyDeletehehehehe terima kasih... all the best :)
ReplyDeletehepy belated besday... btw cre tidur tuy kasi sopan sket.. haha
ReplyDeleteala... tido bujang ikut dan jeee.. tak de nye sopan2... huahuhauha
ReplyDeleteingatkan sambungan citer 3t tain turun town..teheheee =p
ReplyDeletehahahahahah tau tak pe :)
ReplyDelete