Tension tengok kawan-kawan dah post wall untuk NTB IMUNITI 2 untuk Awie Omar, adei rasa macam nak keluar je dari GAME nie... huahuahuha
Tugasan 2 : Aku sebenarnya teruja sekali bila suruh masuk hutan nie, arghhh.. best gile sebelum baca antry aku korang WAJIB dengar dulu lagu nie...KLIK SINI BARU FIELD BACA ENTRY AKU
Pernah masuk hutan? (Kalau pernah nyatakan tempat tu)
In Formal : Pernah, "Perak", belakang rumah... hauhuahuah... alahai senangnye jawapan!!! habis, itu je soalannye nak buat macam mane, dah tentu dapat markah full kalau aku jadi pensyarah laaaa... [lain kali biar teranggggggg] huahuahuahuahuahuah...ok ok itu kalau tak formal la jawapan aku bagi ikhlas,
Formal : Tapi nak bagi org teruja kena la bagi tau tempat yang GEMPAK so aku jawab la "GUNUNG STONG DABONG KELANTAN" tempat yang aku dah pergi, tp ade edisi kedua tp tak tahu la jadi ke tak jadi ke Gunung Tahan.
Kenapa masuk hutan masa tu?
In Formal : Aku suka mencari ketenangan dalam hutan sorang-sorang sambil melihat burung-burung walau belakang rumah aku... tp jangan lupa bawa "PAYUNG" hahahaha... tp payung kecik yang bubuh kat atas cawam jus :p
Formal : Aku rindu suasana hutan semasa aku kecil-kecil dulu, bila dah tak ada masa nak pegi, so bila dah dewasa ada orang2 pekan nak ajak panjat gunung pegi je laaaa.. hehehe saje je join menguji ketabahan diri.
Nyatakan 1 perkara paling best bila berada dalam hutan.
In Formal : Perakra paling best kat dalam hutan ialah bila nampak benda-benda pelik, memang aku suka sangat2, contoh sambil sorok-sorok slow-slow tepi pokok aku nampak burung ekor panjang warna kelabu buat sarang, perghhh cantik sangat2, jumpa ayam hutan bawa anak-anak dia cari makanan, jumpa musang buah jalan-jalan berdua2an, musang buah bau dia wangi tau. jumpa anak kucing hutan, tupai tanah buat sarang, burung punai buat sarang atas daun, sambil jalan2 tepi semak samun tetiba ada ayam hutan terbang, terkejut beruk aku, rupanya dia sedang mengeram telur, memang UNIK laaaaa... best sangat-sangat.
Formal : Perkara yang paling best bila sampai tempat yang dituju, bangga sebab dapat tawan puncak Gunung Stong Dabong gunung tertinggi di Malaysia dan mandi air terjun ke5 tertinggi, best oooo..
Nyatakan 1 perkara paling tak best bila berada dalam hutan.
In Formal : Perkara yang paling tak best, bila ada pengacau, contoh "PEMBURU BABI HUTAN" aku paling benci dia orang nie selalu mengganggu aku tengah seronok melayan suasana hutan, siap bawak anjing bagai, aku benci rrrr dia orang nieeee... memusnahkan kesunyian alam.
Formal : Aku benci bila ada orang yang join lembek, baru jalan sikit dah penat, sakit kaki la, tak larat laaa.. bila orang suruh tinggal kat BASE CAMP tak nak!!! nak ikut juga, so sekarang menyusahkan orang, siap nak dukung bagai, Tension sangat-sangat bukan ape dah bagi tahu kalau tak larat jangan ikut!...DEGIL
Beri 1 nasihat bila berada dalam hutan.
In Formal : Nasihat aku yang selalu masuk hutan sorang-sorang, mata kena tajam dengan ape segala pergerakkan, diam dan dengar segalanya, Bland la dengan alam semula jadi, jangan macam budak2 masuk hutan, kena pandai panjat pokok ye mane tahu ada binatang buas, aka anjing pemburu babi yang kena tinggal oleh tuan... mcm haram jeeee.... aku kena kejar hahahah...
Formal : Ikut la nasihat Guider bila dia kata jalan, jalan laaa bila dia kata senyap, senyap laaaa.. ikut je trak yang dia bagi, jangan nak memandai jalan sorang2 nanti sesat sape nak tolong huahuah... macam member aku sesat kat Gunung Stong nasib baik jumpa balik.. ish2
Nyatakan 1 perkara yang dilarang buat dalam hutan.
In Formal : Aku selalu kata dalam diri aku jangan merosakkan alam semulajadi ciptaan Allah, dia la penyambung nyawa kita.
Formal : Jangan menjerit atau melaung, pastu jangan sesuka petik atau cabut pokok2, dan jangan sesuka kencing merata-rata, itu kata orang2 yang biasa laaa.. kalau aku tak kot sebab aku rasa aku dah sebahagian dengan alam semula jadi, Orang asli tu boleh je nak buat sesuka hati... NOTED
Nyatakan 1 haiwan yang ada di hutan Malaysia
Burung Punai Tanah
Filem apa berkaitan hutan yang anda suka.
Filem yang paling aku suka mesti la "AVATAR" tau sebab ape? sebab cite AVATAR hutan yang dia buat tu di adaptasi dari hutan belantara yang ada di Asia kita tau haaaa... betapa cantik tak hutan kita... hehehhe BEST EVER
Apa pentingnya hutan pada anda?
Hutan penting wei, sumber nyawa pada kehidupan kita, tak ada hutan tak hidup manusia, hutan itu sumber oksigen yang diperlukan dalam badan untuk kita hidup.
NOTA LUTUT : Kalau aku kalah pun aku tak kesah, yang curut pun tak pe... huhuhuhu... So Slow aku an an an... TENSION laaaa... esok nak Presentation Design Tpoical, arghhhh... board tak siap lagi jam dah 1.00pm masih tak print lagi, doa kan aku lepas ek. i love you all.
Sambung kisah gunung-stong-dabong-kelantan




nanti aku ambik paper wildlife and recreational animal.
ReplyDeletekena masuk dalam hutan jugak. tapi kitaorang masuk nanti bukan untuk suka2 lah sebab masuk untuk trap haiwan liar dalam hutan.
tapi disamping tu enjoy the scenery lah kan..hihi
tugasan imuniti ni saya bukan kira siapa yang cepat dia dapat. yang penting ada buat. apapun TERIMA KASIH sudi buat. Anggap saudara masih ada dalam game ni ye :D jgn tension2x
ReplyDeletehahaha... ok la itu je yang termampu, cabaran mesti ada dugaan.. layan je laaaa.. hehehehehe
ReplyDeleteamboi.. tarian tunjuk perut pe atas tu ahhahaaha
ReplyDeletebiasa laaaa... huauauha.. sape paling besar??? AKU laaahhh ARJUNA :)
ReplyDeleteok lah...kira dasat la nih...tensen2 pn bole buat bagus mcm nie...
ReplyDeletewah stong...rindu aku tidur didalam gua,rindu aku pada air terjunnya
ReplyDeletemasa mandi main gelongsor tak kat air terjun tu bro?
mesti laaa... WAJIB GELONGSOR ade batu besar tu siap buat terjun berpusing lagi... hahahah ade masuk lubang telaga 7 kat bahagian atas.. best gile...
ReplyDeletesuka tang "nyatakan 1 perkara paling best bila berada dalam hutan - in formal "macam syok ja,...=D
ReplyDeletelepas ni nk pi gunung tahan pulak?
woooo~syoknyaa+untonglaaa..=p
yeah..tahniah kerana sampai ke telaga. aku tak pergi pun kat telaga tu.
ReplyDeleterugi oooooo...
ReplyDeletecik marikh : suke ye?
ReplyDeleteINFO TERKINI - NEXT TOP BLOGGER 2
ReplyDeleteAnda akan berada di ZON PECUTAN
tidak lama lagi.
Pastikan anda ada post sekurang
kurangnya 1 entri dalam tempoh
masa ini 15/5/12 hingga 17/5/12
Tidak kisah entri apa sekali
pun ada postkan.
Rajinkan diri update blog ok!
Tahniah ANDA DIPILIH sebagai BLOG PILIHAN oleh KAKI WAYANG|Blog Betol-betol Hangat!
ReplyDeletehttp://informations-the.blogspot.com/2012/05/edisi-blog-pilihan-4-blog-pilihan-kaki.html
thanks bro :)
ReplyDelete