Skip to main content

Terkejut Mimpi Panas


Terkejut dan terjaga dari tidur 4.30am, terduduk atas kusyen sebentar mengenang ape yang terjadi, pandang kiri kanan ape yang ade, tingkap, bantal peluk, tv LCD, decoder astro, kipas berputar dan member aku yang terlentang tidur dilantai kepanassssssan... walau sekadar bersarungkan seluar tidur tak berbaju masih lagi panas berpeluh-peluh.... terfikir ape yang aku mimpikan sebentar tadi amat lah mengejutkan, sebuah mimpi yang tak terjangkakan pun. Masih lagi termenung... terngiang-ngiang nama yang disebut didalam mimpi aku tadi... terus aku taip nama tersebut dalam NOTE BLACKBERRY aku. Kalau ko orang buka GOOGLE taip nama

"PAK MEOR HASSAN LEBAI"

Ini ke PAK MEOR HASSAN LEBAI tu... sudah pastinye BUKAN...

Dalam mimpi aku kali ini sangat lah terang-terang jalan ceritanya, aku pun pelik, ini bukan diminta-minta tapi datang dengan sendirinya, sebelum tidur tak la ingatkan pasal ape-ape pun. lena gila aku tidur sebab penat bersenam malam tu, main futsal mesti la penat kan. Entah tetiba aku mimpi arwah mak aku datang dia nak carikan jodoh untuk aku.

Dialog dalam mimpi pada malam tu :- Pendekkan cerita mimpi

[susah nak cari jodoh sekarang nie mak, semuanya perlukan duit dan wang, kita orang miskin mane la nak cari duit sebanyak tu, kumpul-kumpul tu boleh tapi tak kan kita kumpul duit semata-mata nak kahwin, lepas kahwin kita kena kumpul lagi untuk menampung kehidupan selepas kahwin amatlah mencabar, jadi susah nak cari jodoh sekarang nie mak!... kalau mak ade jodoh yang sesuai untuk arjuna, carikan lah!... arjuna tak membantah, asalkan mak suke dan selesa, Mak aku pun carikan seorang pasangan, mak aku kata kamu pergi jumpa kawan mak nama dia PAK MEOR HASSAN LEBAI siap dia bagi gambar berkeping-keping kat aku, aku selak-selak satu persatu, tapi tak jumpa pun gerangan yang dikatakan, sambil aku tengok, mak aku dari belakang berkata,] "Jangan lupa pegi cari rumah PAK MEOR HASSAN LEBAI pegi sana tau, sambil suaranya mengecil dan hilang seperti angin berlalu....

maka terkejut aku dari tidur... Astarfirullah al azim ape yang aku mimpi nie, sekian lama aku tak pernah mimpi arwah mak aku, aku sentiasa berdoa untuk arwah mak, semoga arwah mak dicucuri rahmat, tapi siapakah gerangan PAK MEOR HASSAN LEBAI itu, mudah-mudahan ia merupakan petunjuk kepada sesuatu perubahan yang baik bagi aku, tapi takkan aku nak cari pulak tah sape la yang arwah mak aku cakapkan tu.... huhuhuhu..... so sambung tidur balik huauhaua... dah hobi aku tidur... jangan nak kondem banyak-banyak tau wekkkkkkkkk...



Setakat ini je la aku nak cerita, walaupun pendek tapi ia membawa seribu maksud dalam diri ku ini, jika ada jodoh kita akan bertemu juga PAK MEOR HASSAN LEBAI nama mu akan ku kenang sampai bila-bila. mungkin bukan disini tapi mungkin di dunia lain, mudah-mudahan kita bertemu.

Sekian nukilan dari arjuna,

DALAM HATI : Hujung bulan nie nak pegi Pulau Tioman, nak cari barang-barang keperluan bercuti nie, rasa nak bawak sehelai sepinggang konon-konon melancong laaaa hehehehe... Boleh tak cadangkan tak nak beli ape?

Comments

  1. Replies
    1. Betul bro... wa tak tipu laaa..

      tapi yang PAK MEOR HASSAN LEBAI tu aku tak tahu laaa...

      Tak kan aku nak cari...

      Biar la jadi kenangan ek... hehehhe

      Delete
  2. kawan aku sorang ustaz prnah bagitau, kalau kita mimpi arwah dtang then nak minta sesuatu dr kita, means itu betul2 roh si arwah...wallahualam~

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu laaaa... aku risau gak bro, kalau dia surah cari

      PAK MEOR HASSAN LEBAI mane aku nak cari. arwah kata itu kawan dia...

      mati la nak cari... nanti aku balik Kampung aku cari laaa..

      Delete
  3. xpe, cari prlahan2... usaha tangga kejayaan, kan? hehe...
    moga ade hikmahnya lpas btul2 dah jumpa Pak Meor tu, kalau betul ade, mmg beruntung la... InsyaAllah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... mencari dan dicari... susah nie...

      kena betul2 usaha... tp x nak laaa.. malu heheheh...

      Delete
    2. haha~ tak pyah malu2... try je... :)

      Delete
    3. alaaaaa.... aku lelaki yang pemalu bro... tolong cari boleh hauhauhauha

      Delete
  4. harap2la Pak Meor baca entri ni... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la... harap2 klu bukan PAK MEOR anak dara pak meor pun jadi lah..hahah

      Delete
  5. wooooo, masuk jejak kasih, mana tahu jumpa...hehehehe
    en.arjun ni, mungkin rindu kt arwah mak kamu kot?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak laaaa...
      dah lama tak ingat pun tak mimpi...
      susah nak dapat mimpi arwah mak...
      tetiba je dia mimipi malam tu...
      alah ini mainan mimpi je...

      Delete
  6. dia yg akan ketemukan jodoh hang kot. hehehe...

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. 27, 28, 29, 30 April 2012 1 mei 2012 cuti buruh..
      nak ikut bagi tau aku selewat2nye 13 April 2012..

      Sediakan Deposit RM100 + RM200 = RM300 keseluruhan :)

      Delete
  8. dah macam citer 3 abdul je.. dapat arahan carik2 orang dalam mimpi ni. ;p

    so dah pegi cari belom??

    ReplyDelete
  9. hehehehe... tak nak la cari aku tak berani... heheheh :)

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...