Skip to main content

Hantu Kebun Kelapa Sawit

PERAK : 1256am Salam jumaat semua, pergh... jumaat je mesti sibuk, maklum la dubble kerja, Study + Kerja hakiki, semua nak buat siap dan cepat, yang itu gaduh pasal projek, yang ini berketak pasal tudung, yang ade tu gaduh tak nak jaga kaunter pejabat, yang itu lari dari boss, dia maki hamun belakang boss, meeting lama-lama makan banyak, gaji tak setaraf, arghhhh pening nak melayan, yang aku heheheh dengar music sambil update blog huahuahuahu bergumbira dan happy sokmo. malas nak layan just dengar jeee.. nasib baik la aku nie jenis yang tak ambil peduli, just dengar dan buat tak tahu, sekadar tahu cukup laaa.. orang kata masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Meh aku nak cerita pasal HASIL USAHA YANG BERHASIL tak perlu nak bising-bising.


Kenal kan buah ape? ini la buah kelapa sawit, google-google je kat ternet, macam sedap je kan? kalau nak boleh je makan tak mati pun, cuma rasa lemak-lemak berminyak, isi dia boleh buat santan kelapa sawit, sedap gak, tapi mahal la sikit. 2 tahun yang sudah ade aku cerita pasal kerjasama menanam kelapa sawit, aku melabur sikit kat pak cik aku yang dia senang nak mengusahakan kebun kelapa sawit secara kecil-kecilan di kampung aku, so perlukan dana-dana dan bantuan pembelian anak kelapa sawit, jadi aku ade la hulur serbasedikit bantuan. maka jadi la rakan kongsi sikit. jadi la kan labut benda yang aku nampak dari aku melabur kat MLM ape pun tak dapat. so SHIT MLM, ......huauhuha [nak marah aku marah laaa.. menipu aku banyak sape suh, rugi ribuan ringgit, makan la duit anak yatim tak selamat dow]... jom tengok hasilnye.


Ini le kebun teman, dah semak kemain, sampai ade hantu, huahuahuha... pakcik aku yang jaga, dia pun part time keje jaga kebun sambilan dari kerja Pejabat KEMAS di Kuala Kangsar Perak, lepas balik keje dia singgah la kat kebun tengok2 belaan dia huauahuha.. kalau aku? ermmmm setahun 3 kali baru nak datang jenguk-jenguk kebun, sambil menebas semak samun, tak larat nak buat suh upah je orang mesin rumput tak pun meracun lalang-lalang, 5 ekar sape nak buat dow.. kalau aku keje kat2 perak boleh gak tiap minggu balik, wajib punya ini la kegemaran aku masa lapang, 


Sekarang dah 3tahun membesar dengan subur walau pun semak samun, tapi ia bukan tanah aku tau, ini tanak org-org kampung, kami hanya PAJAK atau sewa tanah dan akan dibahagikan secara 70/30 kepada pemilik tanah, kira ok la tu dari pada terbiar ada gak orang nak usahakan, ade hitam putih tau perjanjian selama 25tahun dari hasil mula dikeluarkan oleh pokok.


Bulan April 2012 pendapatan mula berhasil, terkejut gak pak cik aku call, minta no bank, Alhamdulillah syukur, kan aku kata, rezki itu ALLAH S.W.T yang bagi, kita mane nak tahu semua itu kerja Allah s.w.t. jadi tak perlu lah risau sangat, walau pun sikit tapi ia berbaloi, hasil usaha aku gak, hahahah... boleh la nak tokok tambah dalam bank, simpan-simpan korek-korek, huauhauahuahuaha...

Sekian dari Arjunakirana

BERITA DLM OTAK : Sebenarnya gaji orang-orang gomen dapat tu semuanya tak betul, ditipu je oleh orang atasan, kami dah kira pun, pura-pura je nak mengaburi mata pekerja bawahan. tak tahu la pae disebaliknye, ada udang disebalik jambatan akurium

Comments

  1. Hahaha lawak je dialog 'HANTU' tu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hauhuaha...Tajuk dengan gambar kene laa tuuuu... hehehehe

      Delete
  2. ingatkan hantu betul....... adoyai........

    oh orang kole kangsor ropenye....

    pasal apa gambo buah nampak sedap pulak nengoknye...

    ReplyDelete
  3. isi kelapa sawit mcm sedap je...terliuq la pulok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tapi buat santan je laaaa...

      tak pernah lagi orang makan gitu jeee...

      tapi klu nak try boleh laaaa... hahahahha

      Delete
  4. haha...ni ke hantunya...hee...

    nampak sedap je tapi tak pernah try la pulak..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hauhuahua.... lawak jeee

      nak makan ke? try jagan tak try...

      belum pernah lagi kuar berita TV3 orang mati tertelan biji kelapa sawit

      huahuahuhauha :D

      Delete
  5. kayo la saie kawe, bilo nak lanjo nie...

    sedak demo make kelapo sawir deh... guwano nak make? ike make laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. ade la sikit sikit... celah celah gigi jeee huauah

      bagi ikan make la @Yeo Arifin huahuahua :D

      Delete
  6. Replies
    1. hahahaha....

      ape yang tak bla bro....

      wooo wooo woooottttt

      Delete
  7. alhamdulillah, rezeki dari Allah, bole backup2 study..
    bole buat santan ke? [sungguh tak tahu ni...=p]

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoiyaiiii... IKS industri Kecil & Sederhana tuuu...
      boleh la tampung2 tampung, beli SPENDER dah macam kiuh kirai...
      huauahuaha....

      Delete
    2. elok benor le tuuu..
      takut karang lapor punya pasal,
      'roti kirai' tu pulak dimakannya nanti...=p

      Delete
    3. huahuahuha...
      ROTI KIRAI tebar kat kuali cicah kuah kari...
      eeeeeuuuuuwwwwwww....

      Delete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...