Skip to main content

Di Tembak Sampai Terduduk

Monday Blues guys, by the way aku suka hari ini bersamaan dengan 23 April 2012, sebab semalam presentation topical aku boleh la dikatakan lulus untuk stage seterusnya, syukur alhamdulillah, tapi semasa tunggu giliran aku yang orang ketiga akhir nie nak present ade la sah seorang member aku nie yang belagak pandai sangat, siap nak BLAME pensyarah, kata yang dia buat semua, tapi bila ditanya bab bab tertentu tak boleh nak jawab "WHAT THE HALL" agak-agak la bro, hormat la pensyarah tu yang mengajar kita, ini langsung tak agak-agak nak mengaku. Erm... dia tahu la kita buat ke tak buat, sebab dia yang mengajar kita.


Adoiyai... kesian pun ade sebab dah kena BLACK LISTED dengan pensyarah.. tapi anak2 murid yang lain mane? huahuahua... semua duduk belakang jeee.. malas nak dengar dia present, mungkin boring kot, erm... biasa la, kami ni bukan tak nak ambik perhatian tapi malas nak masuk campur sebab dah tahu yang dia nie agak kasar orangnye, so pandai buat pandai la nak menjawab, GOOD LUCK bro do the best, aku nye giliran tak tahu lagi macam mane. Sambil menanti lagi 3 orang present aku dah pucat lesu dah...arghhh selalu macam ni gelabah tak tentu hala, tapi tengok muke cool je an an an.


Tunjuk la ape nak tunjuk kalau dah orang tak suka, tu semua jadi salah, itu la sesuatu yang baik itu perlulah dijaga dengan baik, walau setinggi mana kita jika tak memberi rasa hormat kepada guru kita padah akibatnya, orang kata lebih baik merendah diri daripada berbangga dengan kedudukan yang hanya sementara itu, kita hanya meminjam dari Allah.


Nak ketawa pun ade, board aku tu ada orang mengandung, so sweet, mane-mane wanita yang mengandung akan nampak sweet, betul tau gebu jeeee heheheh.... GATAL tul aku nie, dah boleh kawin (orang kata) bagi aku kata tak kata, x ade duit nak kata ape? hujung bulan asik terlepas je makan tengah hari, lagi mau cakap. sudah laaaaa.. selalu mengomel pasal diri sendiri. tah ape2. Ok la... setiap orang ada masalah dia so pandai-pandai settel sendiri ok.

DALAM OTAK : Sekarang aku dah berjaya tak minum minuman sejuk berais, alah biasa tegal biasa [say no to ice cube] badan aku lebih berstamina dan bertenaga, bangun pagi-pagi minum air kosong, nak tidur pun minum air kosong yang senang tiada berada disebelah tempat tidur, badan sihat otak cergas.

Comments

  1. haaa ? mengandong . haha .nak dekat kawin la tu .

    ReplyDelete
  2. dup dap dup dap... hati mesti tengah berdebar2 ni tunggu giliran present... ;p

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Arjuna

    Alhamdulillah
    tak minum minuman yg sejuk

    ReplyDelete
  4. klaw dh kena black list ngan lecturer, mmg x berkat la ilmu tu.. HUHU

    ReplyDelete
  5. Keli : ah itu mengarut je tuew huahua

    Masz : itu wajip dup dap

    Atuk : alhamdulillah demi kesihatan

    Zwan : Itu laaa ape boleh buat

    ReplyDelete
  6. sgt2 x elok minum ais ..
    org dulu2 mana ada peti ais ! .. ;)
    sbb tu bertenaga je kan ..

    ReplyDelete
  7. Hahaha... Betul tu, insyaallah arjuna akan amalkan selagi mampu.. Thk :)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. ok la tuuu, ade konsep kt board..teheheee..

    lepas ni, mmber tu kene pakai baju kalis peluru lerr, nnti kene tembak lagi...huhuuu..=p

    ReplyDelete
  10. entah laaa.. biar la dia dengan labuci labuci dia... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...