Skip to main content

Dah Sedap Lupa Ucap Terima Kasih

Assalammualaikum guy's aku nak cerita sikit pasal hasil usaha yang tak dipandang, kekadang ape yang kita buat tak semestinya diberi penghargaan dan anugerah, jadi aku tak hairan la korang nak cakap ape ke tentang mengadu, komplain, marah, sedih, tak dihargai, tapi bagi aku tak kesah laaa janji ikhlas,


Al-kisahnye pada tahun lepas 2011 dimana jabatan tempat aku bekerja ini dah 15 tahun tak ada brand atau aku nak kata jenama la, sekadar ada nama saje, kalau nama pun tak la sehebat JPM yang semua orang tahu, macam jabatan aku nie langsung la tak ada jenama, so oleh yang sedemikian aku sebagai AHLI MBJ [ Majlis Bersama Jabatan ] ahli nie ditugaskan sebagai batu loncatan kepada pekerja-pekerja bawahan macam kami nie untuk bersuara di pihak atasan, so aku la salah sorangnye yang telah dilantik sebagai wakil pekerja, maka timbul cerita pasal jenama jabatan iaitu LOGO JABATAN hendak diwujudkan bagi menggantikan logo yang sedia ada sebagai logo umum."LOGO KERAJAAN MALAYSIA"

Maka aku dilantik sebagai salah seorang peserta untuk merekabentuk LOGO JABATAN di tempat aku kerja, oooooo aku tak rela pun tapi dipaksa rela, siap kena wujudkan team untuk menerajui penciptaan dan idea-idea rekabentuk design, dan mengikut kehendak-kehendak jabatan,


3 kali kena kondem tau, yang ini tak kena itu tak kena, bawak masuk meeting jabatan siap buat presentation kata ahli jawatankuasa, itu yang aku malas tu dah la aku nie bukannye hebat sangat main hentam taram je, dalam banyak-banyak design itu kenapa la design kumpulan aku yang terpilih dari kumpulan-kumpulan yang lain tu, akunye design moden la sikit sebab tak suka la old scool nie ade kerawang-kerawang maklumlah LANDSCAPE, habis ikut suke aku la nak design macam mane,

Dengan ciptaan dan idea aku maka terciptalah logo yang berteraskan kehendak dan konsep yang diperlukan, bila dibawa ke akhir penilaian logo aku juga yang menjadi pilihan semua jawatankuasa pemilihan logo-logo dari pihak atasan DATO', DATIN, TOK PUAN, YANG MULIA, KETUA PENGARAH, PENGARAH-PENGARAH, dan seanteronya, dibawa ke mesyuarat dengan pihak atasan, maka logo aku juga yang ko orang pilih an an an, tapi ucap terima kasih pun tak????? tak pe laaaaa... nasib aku nak wat mcm ne, aku terima wallahualam.

Dalam banyak2 tu ade juga yang tak suka, alaaaa design nie subjektif, tak suka tak payah kondem laaaaaa, bila disuruh masuk pertandingan tak nak asik nak komplain jeeee.. masalah betul!!!!!!... itu pun ade la juga aku nak buat, kalau tak nak??? astarfirulla alazim sabar arjuna sabar ye, kerja paksa rela nie pening tau. SYMP [saya yang menurut perintah]

Bila dah aktif selama 5 tahun berkecimpung dengan jabatan aku nie macam-macam aku dah buat kat jabatan aku nie, KKJ @ KSJ [sebuah kelab yang memberikan perkhidmatan dan aktiviti jabatan] dilantik sebagai BENDAHARA aka BENDAHARI, nak mampus aku buat kerja untuk memberikan perkhidmatan kepada seluruh warga jabatan aku, HADIAH, SUKAN, HARI KELUARGA, AKTIVITI, TAKZIAH, TAHNIAH, JAMUAN, PERTEMUAN dan PERPISAHAN semua aku yang nak buat, tapi tak pe, walau nama aku sering naik dengan memberikan masalah pada bahagian PENGURUSAN tapi aku membahagiakan semua pekerja di tempat aku bekerja, maka aku DICOP sebagai PEMBERI MASALAH, ok tak pe aku terima selagi aku dapat membahagiakan orang semua. Dah macam BADUT an an an tak pe tak pe, mungkin bukan rezki aku untuk mendapat penghargaan dari manusia.

Design baju program kembara PULAU TIOMAN aku seterusnya untuk jabatan aku, walaupun tak dihargai tapi masih mencari aku untuk design2 seterusnya, adoiyaiiii... buat je laaa... macam kena buli an an an, tak pe aku hanya berharap ape yang aku buat nie satu hari nanti ada balasannye. Alhamdulillah, 

Cukup la setakat ini sahaja luahan rasa hati arjuna, mungkin ada member-member yang baca blog aku nie, tapi aku nak ucapkan semoga ko orang semua bergembira bekerja di jabatan ini, aku akan sentiasa ada dipandangan sepanjang minggu mu ketika bekerja, jika ditakdirkan kita berpisah anghaplah itu ketentuan Illahi, selagi aku ada insyaallah aku akan sentiasa lemparkan senyuman kepada ko orang, wassalam dari arjuna.

BERITA BAIK : Hasil usaha aku selama 3 tahun lepas dah keluarkan hasil yang pertama kalinya, syukur alhamdulillah, rezki Allah sape tahu :)

Comments

  1. singgah dan follow anda juga...

    masuk2 nampak banyak drawing yang cool2 semua...

    ada software spesifik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thks bro...

      Tak la cool pun, just pakai picnik jeee...

      yang lain tu wat pakai Potoshop dll... :)

      Delete
  2. hehe . letih dah buat kerja x dihargai plak dah , xpe2 , maybe lepas ni dapat award kut , hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat tu tak la sangat tapi kerja jadi berganda, kerja hakiki kena wat juge,

      susah kerja sekarang nie, semua benda kena buat, tapi tak tau nak cara nak menghargai sesuatu usaha orang lain,

      bukan nak minta ape pun sekurang2nye terima kasih dah memadai,

      tp tak pe laaa.. aku berserah :)

      Delete
  3. layan je laa diorang tu... huk3 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan tu layan le juga.... tapi bila aku nak layan diri aku juge...

      jangan time aku layan diri aku masa itu la nak cari...

      penerajang la jawabnye huahuahua....

      Delete
  4. kadang2 mmg letih layan org yg suka komplain je...huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kalau lebih lebih sangat malas aku nak layan...

      buat tak tahu jeeee... lantak la dia cakap pe...

      paling kuat pun klu dia marah aku cakap maaf sudah...

      Delete
  5. woooo, dahsatttt...
    kebiasaannya, kan kan..mereka2 yg selalu disuruh macam2 walaupun bukan kerja rutin, mereka2 ni jenis yg boleh diharap...
    insyAllah, mungkin jasa2 en.arjun ni dibalas dengan benda lain yg baik2..
    mana tahu, rahsia Allah...chaiyok! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaaaa!!!!!! harap ke harapan?
      tak nak laaaaa... susahkan hati jeeee...
      sakit dia lebih dari kena geser atas jalan raya...

      adoiyaiiii... sedih sedih :P

      Delete
    2. lagi pedih dari kene seret dengan kuda ke?
      auchhhh! teeheee =p

      Delete
    3. Macam mane tu seret dengan kuda? huhauhauha adeiiiii yaiiiiiii

      Delete
  6. ok what,kira lawa gak la design ko.. aku rasa mata diorg ni asyik ikut trend retro la.. hahaha.. anyway good luck

    ReplyDelete
  7. mungkin la kot... tapitak peee.. kami dah berja ya pergi pun... hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...