Skip to main content

Jubah Lelaki

( Jubah yang aku inginkan )

Assalammualaikum semua dah lama tak update, musim study dah mula nak buat macam mane, sibuk tah mcm orang gile pun ada, tapi kerja pun mcm nak mampus, tiap-tipa minggu ada je nak pergi site JOHOR PERAK KEDAH TERENGGANU utara ke selatan.

Baru-baru nie aku pegi johor, pergh adoiyaiii aku suke cakap perghhhh kan kan.. tak pe la, itu nak mengabokan yang aku terasa sesuatu yang menakjubkan..

Panassssss!!!!! Batu Pahat Johor panas terik ditengah hari.. adoiyaiii berpanasan aku ditengah-tengah jalan membuat kajian tapak, 3hari 2malam bertungkus lumus, ape nak dikata sudah menjadi tanggungjawab bekerja, layan je laaa. Bila dah selesai kerja ape lagi merayap la pulak... 8am hingga 5pm asik duk mundar mandir di selurah bandar Batu Pahat bawa Plan tapak kehulu kehilir macam orang gila pun ada, orang dok tengok aku pas tu ada gak yang sergah,

"En!!!!!! Nak roboh pasar borong ke???? Bila nak roboh???

Aaaaaaaaaaa.. sudah!!!! ape kene mengena pulak.... aku mcm biasa la klu berlakon No1.. siap aku kata eh tak de buat ape pun just nak tengok-tengok kawasan jeeee... Mamat tu pun beredar sambik pekik pekik kat kawan dia..

"Weiiii lambat lagi laaaa..... nak pindah!!!!!!!!

Ermmmm ini mesti dapat info yang kata pihak Majlis nak suruh pasar borong tu kena pindah, heheheheh tapi best la jadi orang Majlis semua orang kenal, tapi kekadang tengok cara dan gaya nye macam susah gak, HP tu asik dok melekat je kat telinga, kalau boleh ikat dengan getah sekrap huahuahua...

Bila dah habis lawatan tapak, aku dengan bos aku ape lagi try try la jalan-jalan kat bandar Batu Pahat, sibuk sibuk nak berjalan-jalan di pasar. Biasa la jauh perjalanan luas lah mata memandang. Aku pun mengambil kesempatan nak jalan-jalan juge. Murah-murah juga aku tengok baju-baju kat sini, boss aku tah kemana tah dia meghilang di celah celah kedai.

Aku pun sambar juga la sehelai yang murah murah jeee.. iaitu "JUBAH" sebenarnya dah bertahun-tahun aku mencari jubah nie nak buat g sembahyang, sebabnya aku suka tengok pak imam dan bilal pakai, lagi pun aku nak cuba keistimewaannya jubah ini sehinggakan orang yang terdahulu pun suka memakainya.. jom dengar kata kata dan hujah hujah ustaz nie...

 

Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat dihati, korang semua jangan nak ketawa kan aku ok, cube dengar ape ustaz tu kata, [ jika kita mengikut kepada mereka-mereka yang baik insyaallah disukai dan jikalau kita ikut perkara yang tak baik adalah berdosa ] tapi tak pe laaa aku bukan ape, itu terulang kepada diri masing masing untuk merubah dalam bentuk ape cara sekali pun.

Selamat menonton ye... heheheheh....

Comments

  1. Hang dah pakai jubah tu jgn la pulak riak.. nunjuk2 plak. Ikhlas pakai ikut sunnah Rasulullah. Insya Allah dpt pahala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. tapi nak tujuk kat sape? pakai p masjid jeee.. x de orang pun, semua yg datang masjid tu pak imam dan bilal je.. semua pakai jubah... so klu aku pakai jubah murah tak la rasa janggal sangat.. bukan berkrawang2 berkilau2 pun..

      Delete
  2. gitu ropenyee...teheeee
    lepas ni, coba2 la serban pulok masa solat, pahala berganda2..=)
    wallahu a'lam..

    ReplyDelete
  3. serban tak la sampai macam tu sekali

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...