Kehidupan Sufi kini lebih selesa dan tenang hidup berdua bersama Arjuna di rumah tersebut, dibawa arjuna kemana sahaja muhupun dikebun getah, semasa menorh ditinggalkan arjuna berhampiran dengan pokok getah yang telah disediakan buai untuk Arjuna tidur, disediakan susu botol sebagai peneman sementara menanti kerjanya diselesaikan. Pasa satu hari segerombolan lebah madu meghampiri Arjuna yang sedang tidur didalam buai yang telah disediakan Sufi yang diikat dibatang pokok menggunakan kain batiknya. Lebah yang banyak itu menghinggap disebahagian muka Arjuna yang terdapat lebihan susu yang diminumnya, amatlah terkejut Sufi melihat anaknya itu dirungunni lebah, lalu diambilnya Arjuna dan dibawanya pulang kerumah. Mujurlah tiada apa yang terjadi kepada Arjuna, berasa kesal menghantui perkara itu.
Sufi sanggup mengobankan segala jiwa dan raga demi untuk membesarkan anaknya itu, Arjuna kini sudah pun berusia lima tahun, Sufi menghantar anaknya itu ke Taman Didikan Kanak-kanak sehingga lah dewasa arjuna kini,
Sesungguhnya Arjuna dibesarkan tanpa Ayah disisi, apekan daya hanya itu yang termampu yang dilakukan oleh sufi, apabila Arjuna menanyakan ayahnya dimana? Sufi hanya menyatakan yang Ayah arjuna pergi jauh bekerja, maka itu lah yang selalu difikiran arjuna apa bila ditanya oleh sahabat handai dan juga guru-guru disekolahnya, Sejak itu Aman lah yang sering dimata Arjuna, Aman ialah pak cik kepada Arjuna, diberikan kasih sayangnya kepada Arjuna walau pun jarang jarang berjumpa kerana Aman berkerja, Aman sering membantu dari segi makanan dan minuman kepada kakaknya Sufi seprti beras gula susu dengan hasil pendapatan beliau,
Pada satu hari perbuatan itu desedari oleh Zaiton, maka dikatakan kepada Aman.
"Aman.. kamu tu asik tolong Sufi, bagi anak orang makan, aku nie!!!!!!!
Aman terkedu dengan kata kata Zaiton yang menyucuk nyucuk ditelinga, kata kata itu juga telah didengari oleh Sufi, Sedih Sufi mengenang nasibnya itu, akan tetapi sufi mendiamkan diri sahaja, Sejak daripada itu Aman hanya akan menghantar keperluan makannan secara senyap-senyap tampa pengetahuan Zaiton. Sehinggalah Arjuna dewasa dan Sufi juga telah bekerja tetap di kebun getah yang dipajak. Dengan pendapatan tetap Sufi berasa amat lega dengan pendapatannya sekarang dan berusaha untuk memberikan Arjuna didikan yang sempurna, didalam hati Sufi hanya berazam untuk membesarkan Arjuna sehingga mencapai kemenara gading. Walaupun susah payah dia akan tetap tabah.
Walaupun hanya berbekalkan cucur pisang air teh o dibawa ke kebun sudah memadai untuk bekalan dipagi hari, Selepas menoreh Sufi akan singgah di belukar mencari sayur-sayur hutan untuk dimasak makan tengah hari untuk anaknya Arjuna, sayur yang sering menjadi santapan hariannya adalah pucuk paku, paku rawan, cendawan kayu, pucuk ubi kayu, pucuk manis, semuanya daripada hasil hutan yang segar, Selepas selesai mencari bekalan sayur Sufi akan singgah dikedai Ravi membeli untuk membeli ikan, dijadikan lauk makan tengah hari, ikan yang akan dibelinya ialah ikan sardin dan juga ikan kering jika ada lebihan duit.
Ravi seorang india yang telah membuka kedai runcit secara kecilan didalam kampung, pada suatu ketika dahulu pernah Arjuna berumur 7bulan tlah mengalami kembung perut dan Sufi tidak tahu kenapa yang menyebabkan Arjuna menjadi sedemikian rupa, dan lalu dibawanya Arjuna ke kedai untuk membeli ubat sakit perut kembung, semasa itu dilihat Arjuna menangis tersedu-sedu sehinggakan tidak mengeluarkan suara lalu dilihat oleh Amma, didukungnya Arjuna dan dibawanya ke bilik air dan dijerang air panas menggunakan ceret air yang diisi penuh, lalu Sufi terkejut dengan tindakan Amma, Amma adalah ibu kepada Ravi yang telah berambut putih kelihatan tua berkedut-kedut kulitnya, dibiarkan Arjuna menangis didukung Amma, sambil membebel Amma digolek-golekkan Arjuna dan diletakkan perut arjuna yang sakit itu di lutut lalu diurut dihagaian belakang, dan diangkatnya Arjuna dikepala Amma, Sufi tercengang dengan kelakuan Amma yang begitu pelik, Rupa-rupanya inilah cara tradisional kaum india untuk mengubati kembung perut pada kanak-kanak, Sufi tahu sudah pastinya Amma tidak akan mengapa-apakan anaknya itu.
Nasi dimasak di atas dapur kayu, kuali dipanaskan untuk menggoreng dua ekor ikan sardin dengan menggunakan minyak lebihan-lebihan semalam. Sayur paku rawan dimasak tumis dan dihidangkan untuk anaknya yang sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah darjah 2. Dinantikan anak kesayangannya itu pulang, Baju sekolah dibuka, beg dicampak diatas lantai kayu, hanya berbekalkan seluar pendek, ada satu ketika Sufi tidak ada wang untuk membeli ikan untuk dijadikan lauk makan malam, hanya ada seekor sahaja lebihan pada waktu tengah hari tadi, lalu dihidangkan pada waktu malam harinya,
"Mak!!!! nape mak tak makan ikan? dengan nada suara kanak-kanak yang berumur 8thn
"Aruna makan laaaa... Mak x pe, mak makan sayur jeee...
"Kalau macam tu Arjuna x nak makan!!!!
"Tak pe.. Arjuna makan laaaa...
Lalu tangan Arjuna yang kecil itu membahagikan ikan sardin itu kepada dua bahagian..
"Mak makan sikit... Arjuna makan sikit ye!!!!...
Subhanallah.. Anak aku yang sekecil ini pun tahu rasa erti kesusahan yang dialaminya itu. Berlinangan air mata Sufi melihat gelagat si kecil.
Hidangan malam dihabiskan bersama sama...
.........
6 orang aje yg comment:
salam singgah sekejap kat sini..
Assalamualaikum Arjunakirana
singgah baca....
Terima Kasih Singgah di Blog Arjunakirana :)
Waalaikummussalam atuk
Terima Kasih atuk...
masih pening2..
thun kejadian kedogengan a.k.a timeline m'kompiuskan...heeee
huhuhu ini la namanye dongeng sampai pening huahuahua
Post a Comment