KUALA LUMPUR: “Saya terkejut melihat rakaman dalam kamera litar
tertutup (CCTV) menunjukkan seorang ‘wanita’ berambut panjang tanpa
seurat benang di laluan itu sebelum keluar dari bilik kawalan untuk
menyelamatkannya tetapi bila didekati, dia sebenarnya lelaki,” kata
Anuar Borohan, 40, menceritakan kejadian seorang pondan bogel merayau
berhampiran Plaza Tol Batu Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke), di sini,
semalam.
Anuar yang juga petugas bilik kawalan trafik Duke berkata, dia
menerima panggilan daripada pengguna lebuh raya berkenaan yang mengadu
ternampak kelibat pondan terbabit yang berbogel di Kilometer 3 arah
timur, jam 1.45 tengah hari.
“Pengguna memaklumkan, ada orang jalan kaki memasuki lebuh raya dari Jalan Duta arah ke Sentul tanpa memakai baju sebelum saya memeriksa rakaman CCTV di laluan itu.
“Saya segera keluar dari bilik kawalan yang terletak tidak jauh
dari tempat pondan terbabit merayau untuk menyelamatkannya kerana
bimbang dia dilanggar kereta,” katanya.
Menurutnya, sebaik keluar, dia segera memujuk pondan terbabit supaya keluar dari lebuh raya.
“Bagaimanapun, dia bukan saja enggan, malah menumbuk saya tiga kali menyebabkan bibir saya berdarah.
“Walaupun kesakitan, saya meneruskan usaha memujuknya sebelum dia melibas kaki saya dengan besi penghadang jalan,” katanya.
Katanya, dia terpaksa bergelut dengan lelaki itu sehingga pakaiannya koyak direntap dan terpaksa meminta bantuan pengguna lebuh raya untuk menangkapnya.
“Mujur seorang pemandu memberhentikan keretanya dan membantu saya
menangkap pondan terbabit. Dia juga menawarkan kenderaannya untuk
menghantar pondan itu ke Plaza Tol Air Panas.
“Di plaza tol itu, pondan itu dipakaikan selimut untuk menutup tubuhnya sebelum diserahkan kepada polis peronda,” katanya.
Anuar berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sejak tiga tahun bekerja dengan Duke dan akan dikenang sebagai pengalaman berharga.
.........................................................................................................................................
Ewwwwwwwuuuuuuuuu... tak boleh bla laaaa...
ini bukan
PENGALAMAN BERHARGA ini PENGALAMAN NGERIEEEEEEEEE
Adoiyaiiiiii
nasib baik tak terjumpa, kalau aku jumpa dah terlanggar dah hahahahhaa...
ye la, siap kena tumbuk pulak tuuu..
erghhhhh kalau aku laaa dah la kita tolong pastu kena tumbuk pulak,
ooooo dah tangkap aku ikat dekat tiang lampu tengah tengah lebuh raya DUKE baru dia tahu, ini mesti kes kecewa dengan boyfriend. macam macam laaa
agaknye macam mane la rope nye ermmmmmm.......
Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...........................!
PESANAN PENAJA
Gunakan lah produk Fair & Lovely 2kali
hahahahha
Selamat Mencuba



wuhuhu~ bahaya..hik3
ReplyDeletehahahaha.... bahaya ke?
Deleteentah laaa zaman nak kiamat susah nak cakap,
sape yang bertanggungjawab??
keluarga mereka hahaha
ishk2..macam orang skang ni..kat Malaysia lak tu jadi~~
ReplyDeleteini yang di lapor yang tak dilapor banyak belambak...
Deletebuat tak tahu jeeee...
lorong haji taib tu banyak...
susah nak cakap sekarang nie
Assalamualaikum Arjuna
ReplyDeletelain kali jangan berseorangan...kena ajak kawan2
mukin dia dlm hilang kawalan
atuk
Deletemacam mane nak tahu kejadian ini berlaku
lantak dia la atuk
arjuna tak nak jumpa org2 mcm nie
serammmmm
macam mana lah buleh terlepas orang cam tu.. huhu
ReplyDeletebukan terlepas laaa...
Deleteini namanye gila talak hehehehe
mcm mcm sekarang ni...sakit jiwa
ReplyDeleteermmm no comen
Deletekuat jugak 'wanita' ituu..kalah lelaki berbadan besor...
ReplyDeleteWanita la sangat... jangan cakap WANITA nanti dia org lemak lagi suka..
Delete