Pada zaman dahulu terdapat sebuah kampung kecil yang sangat cantik terletak di kaki bukit. Kampung tersebut di kenali sebagai Kampung Serapoh. Penduduk di Kampung tersebut hidup dengan aman damai, Tinggallah sebuah keluarga yang terdiri daripada Seorang suami yang bernama "Muhammad Darimin" yang berasal dari Jawa Tengah Sumatra datang ke Semenanjung bersama-sama askar Inggris semasa zaman perang dunia ke 2 Jepun menentang Malaya. Disitulah pertemuan terjadi antara "Darimin" dengan isterinya "Zaiton" dan mereka menjadi sepasang suami isteri yang sah.
Darimin sebenarnya telah mempunyai isteri dan mempunyai lima orang anak yang berada di Sumatra dan kini Darimin telah menikahi pula isterinya yang kedua yang menetap di Malaya, Zaiton merupakan seorang Peragawan kampung yang sering mendapat gelaran Ratu Kebaya pada zaman itu, dan zaiton juga sebenarnya telah dinikahi oleh seseorang lelaki yang amat dicintai sebelum darimin hadir didalam jiwa beliau, akan tetapi lelaki yang pertama telah menjadi suami zaiton telah meninggal dunia, dengan kisah itu zaiton telah mempunyai tiga orang anak lelaki,
Setelah mereka bersatu menjadi pasangan yang bahgia dengan perkahwinan itu dikurniakan zuriat seramai tujuh orang anak, yang terdiri daripada empat orang anak perempuan dan tiga orang anak lelaki. Sehingga anak-anak mereka dewasa dan telah berjaya dengan agenda masing-masing. Walaubagaimanapun anak yang paling bongsu telah meninggal dunia akibat kemalangan.
Antara keenam-enam anak mereka, anak perempuan mereka nombor dua masih lagi tidak mempunyai pasangan yang semasa itu umurnya telah mencapai 30tahun, ini adalah disebabkan anak perempuannya yang seorang ini agak sedikit kasar, selain menyara adik beradik yang lain dia sanggup mengobankan pelajarannya demi adik-adiknya, Sufi nama timangan kepada anaknye itu, sufi hanya sempat belajar sehingga darjah lima, sufi terpaksa berhenti dan membantu darimin menoreh getah untuk menampung keluarganya. Sufi rela mengobankan masa depan beliau demi adik-adiknya.
30tahun membujang sufi bersama keluarga, adik beradik yang lain semuanya telah pergi bersama suami-suami mereka, maka sufi tinggal bersama dua orang adik lelakinya yang masih belajar, terasa sunyi sepi dibuatnya sufi mengenag masa depannya dan hanya berdoa kepada Allah SWT yang beliau akan ditemukan jodohnya, Sufi yang berkulit putih gebu, berambut panjang sehingga mencecah pinggul, berbadan sedikit gempal, akan tetapi sufi agak kasar dengan adik-beradiknya, sehinggakan ramai orang kampung mengenali perangai beliau, sufi juga merupakan seorang yang bertanggungjawab keatas keluarganya, walaupun sufi anak kedua dari tujuh orang semua.
As seorang lelaki kampung yang segak, merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik dua perempuan dan tiga orang lelaki, Amin adalah ayah kepada As dan adik-adik yang lain mereka juga membesar sama seperti keluarga darimin, mereka berjiran sekampung dan saling kenal mengenali satu sama lain, akan tetapi tidak la serapat mana, masing-masing ada tanggungjawab, jarak antara rumah mereka sejauh lima puluh langkah, pada masa dahulu Kampung Serapoh merupakan sebuah kampung yang terdiri daripada hutan belantara yang di penuhi pokok pokok jati, merapuh, cengal, nyatoh, balau, dan segala pokok balak ada di merata-rata tempat. kedengaran bunyi-bunyi burung dan unggas berkeliaran. Sesekali kedengara anak Darimin menjerit-jerit oleh disebabkan pergaduhan antara adik beradik, disini lah bermulanya pertemuan antara dua kekasih.
Arjunakirana telah dilahirkan pada 7.45pagi jumaat 1982, dengan berlumuran darah sambil menangis apabila ditampar bontotnya oleh jururawat hospital, besar anak ini sufi macam anak cina, sufi senyum dalam kesakitan, diambilnya jururawat arjuna dan dicuci segala kekotoran yang masih terdapat pada badan si gebu ini, dan diletakkan didalam katil bayi, sementara itu Ah Chin menegur sufi,
"wah lupunya anak macam wa punya cucu la"
"tapi wa punya cucu sudah meninggal"
Sufi terus senyum pada Ah Chin, lantas tangannye mencapai Arjuna dan diletakkan di sebelah katilnya yang besar dan sambil mencuit pipi Arjuna, diam sahaja Arjuna sambil terkuit-kuit bibir merah, Menitis air mata Sufi menangis mengenang kisah kehidupan beliau.
As seorang yang begitu kuat cemburu rupanya, setelah 3bulan berkahwin sufi bersama suaminya As yang begitu menyayanginya sufi sehinggakan sufi dinasihatkan supaya tidak keluar rumah semasa ketiadaannya, dengan rasa kasih sayang sufi terhadap as dia sanggup menantikan suaminya pulang bekerja, sehinnga satu hari sufi merasakan dirinya tidak berapa sihat, lalu dibawanya as ke klinik berdekatan, betapa gembiranya rasa sufi apabila Doctor klinik itu yang mengesahkan sufi telah mengandung, alangkah bahagianya rasa dihati dengan umurnya yang mencecah 30an dapat juga ia menimang anak.
Setelah selesai mereka berdua pulang kerumah, As diam sahaja sehingga tiba di rumah, dengan tidak semena tiba-tiba as mengeluarkan kata-kata yang membuatkan sufi terkedu,
"anak siapa dalam kandungan awak??????
saya nak awak gugurkan kandungan tu!!!! saya tak percaya itu anak saya!!!!!
Subhanallah abang!!! ini anak kita berdua abang, sufi tak pernah nak menduakan abang selama ini....
sufi teresak-esak menangis kesedihan dengan kata-kata yang dilemparkan oleh as yang sangat berang dan as berlalu pegi begitu sahaja. Setelah semalaman sufi berfikir dan berdoa, sufi rela dengan keputusan yang dibuat oleh as untuk menggugurkan kandungannya.
Sebelum kejadian terjadi, saudara sufi datang kerumah untuk menjenguk sufi yang keseorangn di rumah, sambil menanti suamnya pulang sufi mengambil secawan gandum makanan ayam dan ditaburnya dihalaman belakang rumahnya, sambil mengenag nasib cemburu suaminya itu,
"Sufi : NorIslam berlalu begitu sahaja menuju kehadapan sufi.
NorIslam adalah sepupu kepada suaminya As, sambil menanti suaminya mereka berdua bersembang-sembang kosong, lebih kurang 30minit berlalu Nor Islam pun pulang kerumah beliau untuk memasak. Maka sufi ditinggalkan begitu sahaja, Langkah sufi menuju ke dapur dan terus memasak makanan kegemaran suaminya itu,
Sayur kangkung masak tumis dan sambal petai kesukaanya.
Apabila suaminya sampai dirumah kelihatan kesan tapak yang besar dan banyak di bekang rumahnya, menerpa laju As masuk kerumah mencari Sufi sehingga ke dapur,
Sufi!!!! Siapa yang datang kerumah tadi : sambil meninggikan suara,
NorIslam abang!!
Betul? kenapa tapak kakinya begitu besar!!! aku tak percaya!!!
Ya Allah abang betul... NorIslam yang datang tadi dia tanya kabar saya...
Aku tak percaya, tah tah JANTAN mana yang kau bawa ke rumah...
Sufi teresak-esak menangis kerana suaminya tidak mempercayai kata-katanya... sedih mengenang nasib beliau, Bagaimana nak membuatkan suaminya percaya... Subhanallah...
"Ya Allah ya Tuhan ku, aku mohon pada mu, maafkanlah aku dengan apa yang aku lakukan ini adalah demi untuk kebaikan keluarga ini"
Setelah diberitahu kepada As suaminya itu terus dibawanya sufi ke klinik untuk mengimbil ubat untuk menggugurkan anak dalam kandungannya, Selepas diambil ubat tersebut maka gugurlah anak yang dikandungnya selama 2bulan itu. Begitu sedih dan kecewanya sufi akibat menurut kata-kata suaminya itu, demi kasih sayang suami sufi terpaksa menurut kata-kata suaminya. Suasana kebahagian mereka kembali seperti sediakala sebelumya.
Bahagia mereka berdua walaupun perkahwinan mereka tidak disukai keluaraga sufi yang pada mulanya menentang perkahwinan mereka, demi permintaan sufi, ayahnya Darimin mempersetujui merkahwinan mereka berdua dan sah disisi ugama. Setelah perkara itu semua berlaku dan berlalu sufi dapat melupakan semua itu, mereka bahgia bersatu, Pada seketika dan sesaat kebahagian mereka terpancar, dalam masa yang sama sebenarnya sufi telah menyimpan rahsia yang sufi telah mengandung untuk kali keduanya selepas pantang yang pertama habis, dan di sembunyikan selama 3 bulan lamanya daripada pengetahuan suaminya As, oleh disebabkan perutnya semakin membesar akhirnya diketahui juga oleh As,
Sufi!!! ape yang kau buat nie?
Kenapa bang!!!
dah berapa lama awak mengandung?
sa sa saya..
ahhhhhhhh...
Semasa pertelingkahan berlaku mereka berdua berada di branda tangga menghala ke dapur, ditolaknya sufi sehingga terjatuh diatas tangga, Sufi menangis teresak esak,
Ini anak kita berdua abang!!!sumpah anak kita..
ahhhh.. aku tak percaya... kalau awak sayangkan saya awak gugurkan anak itu..!!!
kalau awak sayang anak awak tu awak keluar dari rumah saya.. pergi la mana kau nak pergi..
sampai hati abang kata begitu pada sufi...
ahhhh... kalau awak berdegil juga... awak pegi la balik ke rumah keluarga awak!!
Beredar sufi perlahan lahan kesakitan akibat ditolak jatuh, syukur alhamdulillah kandungannya tidak apa-apa, sufi kembali kerumah Darimin pada malam harinya yang sunyi sepi, hanya berbekalkan sehelai sepinggang.....
..................................................
then???? apa kesudahan nyer??? kesian SUFI.......
ReplyDeleteTunggu bab seterusnya heheheh :)
Delete