![]() |
| Sebuah Novel yang mengisahkan percintaan yang sungguh menarik |
Assalammualaikum semua, aku nie sangat-sangat la jarang nak baca buku-buku nie wei.. PEMALAS kan!!!! hehehe sempena program BANTUAN BUKU 1 MALAYSIA yang lepas, kiranya berjaya la juga, sebab ape? sebab program tu telah berjaya memaksa aku untuk membaca.. adoiyaiii heheheh lama gile aku tak baca buku, baca Artikel Jurnal Majalah Komic banyak laaa huahuah... tak caya ko baca entry aku yang lepas... Klik kat link bawah nie...
Aku saja nak bagi komen dan pendapat aku setelah baca nobel kat atas tu... heheh pengulas tak bertau liah.. orang kata kalau dah baca tak komen nampak sangat sebenarnye kome kome tu tak baca kan kan kan???
1) Best menaikkan ecair adrenaline
2) Agak menunjukkan kekayaan
3) Sosial yang selalu dikaitkan dengan orang kaya-kaya
4) Menggambarkan sesuatu yang Kacak & Lawa saje
5) Erat kasih sayang sesebuah keluarga
6) Kasih sayang anak kepada ibu
7) Sakit-sakit saje..
8) Nama yang digunakan macam best2 je
9) Lawak-lawak juge
10) Mesti anda pun mengikut gerak gaya ape yang dituliskan
Percayalah...100% ape yang aku kata nie... hehehe
Tapi aku suka watak AMMAR MIRZA
Sinopsis:
Ammar Mirza tidak pernah memberitahu Suri Imani akan perasaannya. Sekali sahaja Ammar Mirza meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia menyayangi Suri Imani. Manalah Suri Imani tahu apa yang terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan ahli nujum untuk mengagak apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala tingkah laku Ammar Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya… dia jadi buntu.
SURI IMANI SHAMSUL AZHARI. Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca, tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan?
AMMAR MIRZA MAHATHIR. Pelik. Dia tidak mempercayai cinta. Cinta sudah lama terkubur dalam dirinya. Sebagai anak lelaki tunggal, dia hanya mengikut kata- kata ibu bapanya. Sama seperti yang dilakukan oleh arwah abangnya dulu. Jodoh mereka ditentukan oleh keluarga. Dia menyangka hatinya sudah tertutup. Tapi pertama kali bersua dengan gadis kacukan itu, hatinya bergetar. Pelik bukan?
Barisan nama seperti Amir, Erna, Wati, Zahin, Ben dan ramai lagi menjadi watak penting dalam menghidupkan suasana ceria, gembira, sedih dan duka dalam hidup Suri Imani dan Ammar Mirza. Pelbagai onak duri, bahagia dan gembira sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hidup bersama namun kata cinta masih samar untuk didengari.
Adakah bahagia mampu dimiliki di akhir cerita? “Perlukah cinta itu diungkap atau cukup sekadar perbuatan semata? Dapatkah cinta itu dipertahankan... tanpa ungkapan kata cinta?

sokong yg no.2,3,4,8...
ReplyDeletebest ke? best ke???
nk pinjammm, kalo beli cam rugi je..
kehkekeek =p
Ai belum baca dah sokong...????
ReplyDeleteBoleh tak de hal... tapi lewat la sikit ada kakak opis pinjam dulu :)
ermm ada sket nama aku
ReplyDeleteSape la org nieeeee... by the way thnk comment
Deleteermm ada sket nama aku
ReplyDelete