Skip to main content

Bukit Tinggi Pahang Darul Makmur


Gambar Permulaan  CANTIK TAK?

Assalammualaikum,

Para penonton, bapak bapak ibu ibu semuanya yang ada di blog Arjunakirana, Berlagu dangdut la pulak, huahua tak de kene mengena dengan semua tu, AHAD bersamaan 12 FEB 2012 aku merayap kesunyian, pada mulanya saje terjah terjah jiran sebelah tempat aku bekerja yang baru berkahwin, hahahah buat gile ape, lantak la saja aku ajak pergi berjalan-jalan sambil ber HONEY MOON di tempat-tempat yang jauh dari bandar, destinasi aku nak ke "BUKIT TINGG PAHANG" Perjalanan hanya mengambil masa 45minit dari kuala Lumpur, hanya perlukan kos perjalanan sebanyak RM100 sudah memadai,

a) Minyak Kereta : RM50.00
b) Tol Karak : RM5.00 x 2 = RM10.00
c) Entrance : Dewasa RM12 / seorang : Kanak RM6 / seorang
d) Rabbit Park : RM3.00 / seorang also kid

Yang selebihnya boleh la nak beli makanan, tapi kalau nak makan di atas nie aku rasa tak payah la, bawak bekal sendiri dari bawah, harga bagi makanan di sini cukup le mahal, bagi aku laaaa.. meh aku bagi anggaran makanan disini,

a) Air Tin : RM6.00
b) Sandwich : RM3.00
c) Mineral : RM2.50

Pergh, aku cadangkan korang bawa makanan sendiri dan air sendiri laaa.. masa aku pegi pun tak tahu mahal harga makanan dan minuman kat sini, tapi tak pe la bukan penat sangat pun, jalan-jalan saje. haaaa boleh la beli makanan di R&R GENTING SEMPAH dan bawa kat BUKIT TINGGI ok jeee.. lagi mudah dan senang, cadangan aje laaa.. nama pun DESTINASI BUGGET ok la nak merasa pegi, kalau tak mane la nak tahu kan, just nak bagi tips-tips je, kepada sesape yang berniat nak ke Bukit Tinggi boleh la ambil kenyataan aku nie mane tau berguna serba sedikit.

( Papan tanda )
Sambung kemudiannya setelah sampai di puncak kami pegi ke TAMAN BOTANICAL termasuk juga TAMAN JEPUN yang paling best Taman Botani, kalau aku pegi sorang sorang aku boleh duduk kat dalam hutan tu 5 6 jam bertenggek je kat bawah pokok sambil mendengar bunyi2an burung, deruan angin perghhhh duduk kat sini buat rumah pun best, tapi nama pun pergi beramai-ramai kena la follow the wind. boleh la tahan sejuknye kalau hujan tah tahu la macam mane, habis satu bukit kami pusing-pusing, maka turun la pulak,

( Ewah ewah.. konon konon buat FILEM )


Haaaaa... suasana Colonial perghhh macam kat ober c macam je laaa ek.. masa sampai tu ada 2 orang awek naik Satria Neo warna kelabu dok panggil kami... Erkkkk ade ke panggil aku "SIR" ingat aku nie pensyarah ke? panggil la ABANG ke, adoiyaiiii... Menggatal la pulak... hehehe tak de laaa.. saje jeee.. rupenye dia mintak tolong bukakkan pintu kereta dia yang terkunci dari dalam, ermmmm... biasa sangat, kalau pakai kunci AUTO LOCK selalu gitu, merosakkan kereta aje, ermmm tau tu tau la juge macam mana nak buka, tapi memandangkan peralatan tak ade, so cakap je la barang tak ade, so dia pun dah malu2.. dia kata terima kasih dan bagi tau kami yg dia dah panggil bantuan. Ok lagi senang kerja aku, tinggalkan aje sambil pok pek pok pek cite macam-macam laaa hehehe.. member aku yg byk cite aku diam aje dan tersenyum. dan lalu pun pergi.

( ada tak macam dalam cite orang putih )

Ambil gambar POYO POYO sikit dan pusing pusing panas, kami pun rasa nak balik laaa pegi tempat lain pulak, sampai je kat parking ada lagi awek tu dengan para para bantuan yang datang dengan van.. huahuahuha... pakar pun tak boleh nak buat ke? ermmm ok la pandai pandai la ye, kami cau dulu daaaa...

( Masuk kedalam dunia baru )

singgah ke RABBIT PARK konon nak cari air minuman, pergh same je mahalnye yang dekat atas, tak payah dah la pelayan sombong kan main, ingat ko sombong tu lawa sangat, member aku mencelah... ermmm lantak la dia aku kata, tengok dari segi pakaian pun dah tahu macam mana, setakat kita yang datang nie pakai kereta VIVA baju selekeh tak de nye dia nak layan.. nasib baik ada bawak anak-anak kawan kalau tak dah lama nak cau jeee.. setakat ARNAB KURAP, KELDAI TUA, RUSA TULANG aku tak hairan laaaaa.. ERGHHHHHHHH... Nah kau same je dengan gambar di bawah tu... huahuhauha... jahat gile.

( ape tengok tengok GENG? nak kene cium ke? )

Ok la setakat ini aje yang aku nak ceritakan tengok gambar-gambar yang menarik dari Arjunakirana ye.. wassalam semua... semoga percutian anda semua HAPPY HAPPY SELALU

( Pesanan penaja datang jangan tak datang hehehhehe )

Comments

  1. tak terfikir nak ke sini, asyik fikir nak ke Cameron je sebab lagi famous.

    thanks sebab dah menyumbang idea untuk mencari tempat percutian! ^_^

    ReplyDelete
  2. Aiseyh, menarik jugak ek bukit tinggi ni.. nk try p la nanti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegi jangan tak pegi bro... masa paling sesuai pagi dan petang so cool :)

      Delete
  3. aswadd... cam knl jeeeer baju tu....haha
    naper pic dr belakang pgang bontot? mmg jalan camtu eh??heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peha dengan bontot pun tak reti ye? adoiyaiii huahauhua

      Delete
  4. awat pi rumah tea jepun tak pakai kimono? banzaiii.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Arjuna

    salam ukhwah...terima kasih sudi follow PHD

    2 minggu lepas saya dan adik beradik serta keluarga masing2 tidur di bukit tinggi
    memang seronok...menenangkan jiwa...(ada kat n3 saya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam atuk... ermmm arjuna nak tido tu tak mampu laaaa.. pengsan 3bulan tak makan... hehehe setakat berjalan2 ok la kot heheheh

      Delete
  6. wahhh..bes giler pergi tempat nie..kalau ade mase..nk pergi jugak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... boleh ajak kawan-kawan de... best ooooo

      Delete
  7. wahhhhh..pergi honeymoon ek hehehe

    tapi gambar yg ke 4 tu, cantiknya..macam duk kat luar negara pulak..

    mekasih ye follow akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa tak kan le akak x pernah pegi BUKIT TINGGI kot... biasa-biasa je... tapi menarik dan cantik suasana pemandangan :)

      Delete
  8. Salam..ase2 lau nk stay,hotel mne yg best???

    ReplyDelete
  9. wallahhualam... saya pegi balik hari je bro... sbb dekat je kan... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...