Woooooo..... dah lama tak menaip, biasa la aku menaip apabila ada perkara-perkara penting sahaja, banyak perkara penting sebenarnye, tapi kekadang tak perlu untuk aku menulis di dalam blog, sebab tak perlu di siarkan dan harus disimpan didalam hati sampai bila-bila. Bila balik kampung ade saje yang nak dibuat, orang kampung biasa la, menebas, menyangkul dan lain-lain. Habis jari-jari melecup tau ke melecup tu ape? cari la sendiri haha.. biasa la jari jemari dah lama tak memegang parang nak menebas kebun. Tapi aku suke dan dah lama tak menebas, kebun getah tu punya la luas, memandangkan sebelum ini aku balik kampung dah ditebas tak la semak sangat, 8.30am dah masuk kebun 12.00tgh hari baru keluar kebun. Habis juga la separuh pokok-pokok hutan aku tebang. Janji bagi terang la sikit kebun tu.. nanti senang la mak cik aku menoreh getah, dia la sorang yang tinggal di kampung yang boleh la aku pesan-pesan untuk menjaga kebun getah arwah mak aku. Biar la dia toreh sekurang-kurangnye dapat la menampung kehidupan sekeluarga dikampung.
Setelah 3hr berada di kampung aku pun berangkat pulang ke pekan Ipoh di rumah pak cik aku yang disayangi hehehe.. aku lebih suka duduk dengan pak cik aku nie, dia la satu satunye pak cik yang aku kasihi dari kecil sehingga besar, dia tak banyak cakap, merupakan seorang ustaz di kampung dan juga di Taman Meru Ipoh, Bertugas sebagai Penyelia KEMAS, mempunyai seorang anak lelaki tunggal macam aku juga, dah boleh diibaratkan seperti adik abang. Sejak dari kecil aku dan anak pak cik aku bersama-sama, arwah mak aku dulu selalu jaga anak pak cik aku nie, beza umur 10thn dengan aku. tapi kecil-kecil punye la nakal hahahah bias ala budak-budak.Muhammad Amin adoiyai degil budak nie mase kecil-kecil. Tapi dah beso pun degil juga hahaha. Tapi dengan abang dia asik kena aje, Tapi ape-ape pun abang anggap kamu mcm adik abg sendiri, sayang gile kot hahaha.. sayang abg mmg tak tunjuk, tapi kamu tau abg sayang kamu sebenarnye.
Oleh disebabkan dah berjumpa dengan keluarga pak cik aku nie macam biasa la kena temuduga, isteri kepada pak cik aku nie banyak mulut sikit, mcm2 dia tanya, aku biasa la sembang-sembang seronok, dulu mak cik aku selalu kata bila nak melangsungkan perkahwinan, erkkkkk!!!!! ape aku nak jawab, hehehe aku biasa la dulu boleh la jawab masih tak menjumpai pasangan, memilih katakan hehehehe... ye la nasib baik aku memilih, kalau tak memilih dah lama aku kawin dengan sape-sape tah. Bukannye ape cume tak sesuai dengan masa dan situasi aku mase tu, so aku boleh la buat alasan kat mak cik aku, tapi sejak aku dah berumur 29thn dia asik bertanyakan jodoh saje, aku pun dah bagi tahu, susah nak cari jodoh zaman sekarang nie. Tapi memang betul la bila dah tak punya keluarga nie memang susah, kalau ada arwah mak ada la lega sikit dihati, boleh la tempat nak mengadu. Bila dah tak ade susah pulak jadinye, tiada tempat pengganti nye, dunia dan akhirat. Itu la kalau mak cik aku tanya aku suruh dia carikan hahaha lagi senang, poyo je kan, sebenarnye aku suka aku yang cari sendiri, tapi susah nak aku buat keputusan.
Baru-baru nie mak cik aku tanya lagi, aku duduk diam membisu dan tersenyum, mak cik kata nak memperkenalkan aku dengan anak buah tempat dia bekerja, aku senyap aje sambil kerkumit-kumit bibir tersenyum dan sambil menggelengkan kepala, mak cik aku pun berkata, kalau sudah ada pilihan dihati cakap!! bagi aku tak tahu nak cakap mcm mana, sambil tersenyum aku menganggukkan kepala, kira dah tak mahu mak cik aku bertanyakan lagi pasal jodoh. Mak cik aku kata nak mencari jodoh perlulah mak bapa kepada bakal isteri itu suka kepada kita, jangan bakal isteri saje yang suka, pastikan yang bakal isteri itu sanggup bersusah payah dengan suami, mak cik aku kata, kita bukan dari golongan yang senang, kata mencari rezki dengan menoreh getah, hasil titik peluh sendiri dengan keringat membanting tulang 4 kerat. Aku pun mendiamkan diri sahaja, dan banyak lagi aku kena nasihat, mcm2 difikiran aku nie, entah la dalam hati aku berkata, kenal pun tak sampai beberapa hari, aku nie dah la tak pandai nak berjiwang2. Entah la tak tahu macam mana nak mulakan, Bak kata Ustaz Azhar Idrus tak susah nak kahwin, bagi aku susah zaman sekarang perlukan $ yang banyak. Sekurang-kurangnye 20ribu itu pun separuh2 itu pun cukup2 untuk perkahwinan ala kadar. Mane nak cekau semua tu... nanti lepas kahwin nak bina hidup baru suasana baru. Subhanallah susahnye nak difikir sebagai seorang lelaki.
Situasi ini berlainan pada golongan yang berada, Family tanggung dan ada yang sudi membantu demi kebahagianan anak2 mereka, tapi bagi aku 100% aku yang tanggung sendiri, tuhan saje yang tahu la kerumitan macam aku nie, sampai dalam pemikiran aku jika aku nak berkahwin nanti, aku hanya nak lepaskan bagi keluarga bakal isteri aku saje, kenduri ke segala semua di tempat isteri, bagi untuk lelaki, sekadar doa selamat cukup la, takperlu nak bersanding kenduri bagai, aku cuma nak selepas aku kahwin nanti aku nak kehidupan selepas kahwin hidup dengan tenang dan bahgia tanpa keberhutangan, hidup dengan selesa selepas berkahwin. Ape-ape pun aku harus bersabar untuk meneruskan hidup ini berseorangan.
Ok la cukup setakat ini saja, aku rasa ini lah kali pertama aku menaip punya banyak perkataan dan ayat-ayat simpul biul aku, x kesah la janji aku dah lepaskan ape yang nak dihajatkan. Sekian dari Arjunakirana

ooooo, panjangnya penulisan arjuna...
ReplyDeleteconfirm Bahasa Melayu A++ ni...heheheee =p
Ini tak baca.. tak pe la.. janji ada comment juge, Tq :)
ReplyDeletebace dah laaa..novel yg pnjng pon baca, inikan pula penulisan arjuna yg 500 patah perkataan ni...
ReplyDeleteeh... 700 patah perkataan tau... lagi 200 tak baca la tu... heheheh :)
ReplyDeletePerkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan
ReplyDeleteyessss...
ReplyDelete