Skip to main content

Berpasang-pasangan


Bismillahhirahmannirrahim...
Tajuk aku kali ini nak mengisahkan pasang-pasangan, bagi aku amat lah susah nak mentafsirkan bahawa berpasangan itu adalah memang telah dilumrahkan kepada semua benda hidup di dunia ini yang bernyawa, lumrah hidup mesti ada pasangannya... aku pun telah lama mempunyai perasaan sebegitu rupa, sejak akilbalig lagi aku sudah pandai nak mencari pasangan... ewah ewah.. melampau dah tuuuu.. hehehe biasa laaa.. lumrah hidup.

Umur aku 13tahun : Ehem ehem.. suara pun dah serak serak, mula la nak menggatal, ini la katanya "CINTA MONYET" berutusan surat-menyurat konon, maklum laaa dulu mane ada HP tak kenal pun ape itu HP, main surat buh bedak pulak tu, mcm biasa la tak dilupakan "PECAH KACA PECAH GELAS" pastu sambung sendiri ye hehehehe... Tapi tak lama kemudian aku dipindahkan sekolah sebab aku "TERLALU NAKAL" tapi aku dilantik sebagai "PENGAWAS" akan tetapi perangai macam itu juga tak ubah - ubah, EXAM setiap penggal aku mendapat NO 10 kebawah, tapi perangai masih sama seakan - akan MONYET so kena PINDAH SEKOLAH.

Umur aku 14tahun : Ewah ewah.. ada awek berkenan kat aku, cuba berkenal - kenalan utus surat menyurat "AWEK KELAS JIRAN SEBELAH" hahahaha.. aku lagi samsing masa nie sebab duduk di (KELAS 2a4) kelas yang ke 6 dari 10 kelas di tingkatan 2, hahahaha padan muka NAKAL sangat. Tapi perkenalan kami hanya 1tahun sahaja ia disebabkan aku dipindahkan ke kelas 3a2. maklum laaa ada yg buat cerita kisah lama dengan awek sekolah lama. Ermmm cemburu la tu.

Umur aku 15thn : PMR wooo kelas 3a2...lagi dahsyat berkenalan dengan seorang awek, aku mcm biasa SAMSING TAK HABIS2... "KUTUK GURU BESAR" oiiii "DOREMON" hahahah tapi sorok-sorok sambil menjerit hahahah bangga rasanye... biasa la budak NAKAL bergaduh belakang tandas dengan budak CINA sepak terajang, ermmm.. BALING KERUSI KANTIN melayang satu kantin habis pecah... awek aku tak suke BUDAK JAHAT so dia pilih kawan sekelas aku yang berstatus seorang KETUA KELAS dan berjawatan sebagai KEDET POLIS SEKOLAH boleh bla laaaa... aku tak hairan dooo... PMR aku ( 1a 1b 3c 3d )..

Umur aku 16thn : hahahaha... 4a2.. aku cuba mengorat seorang awek pengawas... dia tak layan aku!!! cissss.. ko ingat aku nak sangat ke... hahahah.. saja suka suka.. Maka dia tak layan aku tak kesah.. EXAM PERTENGAHAN TAHUN aku dinaikkan ke kelas 4a1 hahaha... syukur sangat-sangat.. aku mula berganjak meningkatkan diri, cuba temuduga PENGAWAS SEKOLAH temuduga lulus, aku berstatus baru, berbaju biru dan berseluar biru gelap, fuhh bangga gila... aku cuba memasuki KEDET REMAJA SEKOLAH alhamdulillah dapat, aku cuba temuduga sebagai PEMBIMBING RAKAN SEBAYA dapat juga, aku sudah berkerjaya.. mula la ramai awek yang kenal, tapi aku bosan dan malas nak berawek hahaha... buang masa!!!

Umur aku 17thn : Pergh bergaya tampan 5a1 kelas paling atas.. aku cuba berpasanggan dengan seorang awek berstatus pengawas juga, tapi mungkin kami tak serasi ini mungkin CINTA BERUK dah macam beruk semuanya tak teratur nak SPM katakan.. kantoi dengan MAK AKU pasal surat - surat hahaha.. kena ROTAN BONTOT perghhh sakit siottttt... tak lupa juga BATANG PENYAPU LIDI yg segenggam tuuu... dahsyat mak aku.. tak pe aku tahu ada kebaikkannye dia buat mcm tu.. oleh disebabkan semua itu, aku belajar sungguh2 dan keputusan SPM aku dapat PANGKAT 1... pergh legaaaa... puas hati aku.. semua tanggapan org yang aku JAHAT hilang begitu sahaja.... maka aku dan awek berpisah sbb kami tak sehaluan. dia sambung belajar di TINGKATAN 6 aku!!! tak nak sambung walau dah dapat tawaran ada la sebab-sebabnye.

Umur aku 18thn : Bekerja sebagai Pelayan tetamu (waiter) di HOTEL HILLCITY IPOH selama 6 bulan, awek tak ada sebab tak nak cari awek yang bekerja dihotel semua sosial teruk hahahaha... aku berhenti dan bekerja sebagai pekerja KILANG SARUNG TANGAN selama 1thn... hemmm kena kutuk dengan org kampung BODOH tak nak sambung Tingkatan 6... hahahah.. aku pendam sahaja... maka kawan-kawan aku pun semua bekerja yang bagus-bagus sebagai PEMBANTU PEGAWAI PELADANG (MANDOR ESTET) ada yang bekerja di SEKOLAH TABIKA. dan aku PEKERJA KILANG yang bengap... hehehe.. aku pun senyum :)

Umur aku 20thn : fuhhhhhh... akirnye aku dapat menyambungkan pelajaran aku setelah aku mengumpul sejumlah $ pendapatan dari kerja aku selama setahun. POLITEKNIK UNGKU OMAR alhamdulillah aku berjaya dengan misi aku. aku tahu MAK AKU TAK MAMPU untuk mambiayai persekolahan aku. Alhamdulillah aku berjaya... TQ mak!!!! dengan dorongan mu dan semangat mu aku berjaya, (awek tak ada juga) hehehehe...

Umur aku 22thn : Dugaan.. belum tamat DIPLOMA POLITEKNIK mak aku sakit dan meninggal dunia akibat KENSER OTAK, sebelum itu aku tumpukan dengan pelajaran aku, AWEK??? tak sempat nak bersosialpun... hehehe.. dulu kami KELAS SENIBINA selama 3thn tak ada awek... kena cop KELAS GAY.. hahahaha.. sabo je laaaa tak sempat deeeee... nak bersosial.. tapi ada gak yang tersangkut dengan budak budak kelas..hahaha.. aku??? ikutkan nak berhenti je sebab MAK SAKIT, tapi mak kata tak pe teruskan... mak ok! (tapi mak berada dlm wad) adehhh.. aku susah hati.. selama 1bulan aku berulang alik masuk wad, mak aku MENINGGAL. aku ambil EXAM dengan sedih perstasi aku menjunam mcm tiada hala tuju, buat ape aku belajar tinggi-tinggi tapi tak dapat membalas jasa MAK...  sob sob sob :(...  ALLAH sahaja yang tahu.

Umur aku 22 > 24thn : Aku berkerja disyarikat KONTRAKTOR LANDSKAP kena buli, keja bagai nak mampus, DESIGN aku, BURUH aku, JAGA pejabat aku, JAGA KILANG aku, ANTA SURAT aku, anta adik dia pegi masuk POLITEKNIK JB pun aku, ANTA mak bos pun aku, Gaji RM600. Tapi tak pe aku ikhlas... maka ada awek yang terpikat dengan aku yang begitu SENGAL, iaitu ADIK IPAR BOSS hahaha.. dia memulakan perkenalan....tak tahu la ape yang dia minat.. kami berkawan selama 2tahun. Tapi tak serasi sebab dia SISWAZAH USULUDDIN aku DIPLOMA SENIBINA aka pekerja buruh abg ipar dia.. hahaha.. putus ditengah jalan.

Umur aku 25 > 29thn : Ermmmm.. masih membujang, Mak tak ada Awek tak ada... so aku tak tahu laaa nak cakap ape... oleh disebabkan mungkin aku percaya "JIKA ADA JODOH TAK AKAN KEMANA" dan mungkin juga aku dah pandai menilai mana baik dan buruk dan......

Aku takut berdosa :

1) Jika seorang lelaki dan seorang perempuan itu berdua-duaan adalah?.
2) Jika seorang lelaki bertemu seorang perempuan akan menybabkan timbulnya fitnah?
3) Jika seseorang lelaki membawa sorang perempuan bukan muhrim berjalan-jalan akan timbulnya tuduhhan?
4) Jika seorang lelaki bersentuh-sentuhan dengan seorang perempuan bukan muhrim?
5) Jika seseorang lelaki bertengtang mata dengan seorang perempuan akan menyebabkan?

Banyak benda yang dilakukan bersama-sama perempuan bukan muhrim adalah?

Fikir-fikirkan.......

( maka bagaimana nak mulakan perhubungan antara pasangan )

Sekian dari Arjunakirana...

Comments

  1. u almost rite..

    p/s:done follow here..follow back taw!!

    ReplyDelete
  2. tu diaaa, kisah cinta berjela2, dh bole buat novel..=p

    ReplyDelete
  3. hahaha.. berjiwang dlm blog jeee.. kisah silam BERUK & MONYET BERCINTA hehehe.. NOVEL oh tidakkkk..

    ReplyDelete
  4. kite serupa.. takde makwe lagi.. jom2.. kite cari.. hehe..

    ReplyDelete
  5. sedang mencari la nie... awek yg turun dari doa "TAHJUD CINTA" huauahuah... poyo je kan kan :)

    ReplyDelete
  6. hmmmm..nice...
    i like ur writing sob...
    (blogwalking..hehhehe)

    btw, visit my blog yaaa...
    my Blog: Stylish Generation

    ReplyDelete
  7. hehehe... sob sob sob... sedih laaaa :)

    ReplyDelete
  8. mr arjuna...leh jd bakal "sasterawan negara" nie...yelah "org seni" katakan...senibina..mmg byk berseni..good job bro!!!

    p/s: kita punya nasib yg sama org yg kita syg pegi dahulu coz kanser otak..sama dgn arwah ibu sy.

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Hyperthyroidism Benar Boleh Berlaku Kepada Kaum Adam

  Assalammualaikum semua... sorry guys baru baru nie aku terbaca satu komen yang dah lama dah... 3 4 tahun lepas dia komen... hahahaha baru sekarang aku baca dan teliti... dia tanya berkenaan dengan kesihatan aku yang sebelum ini... so sekarang baru aku nak menjawab lah soalam daripada beliau... maaf yer... tahun 2022 baru nak cerita kan... wakakakak wakanda... (NAK BACA INFO TENTANG THYRIOD SEBENAR SILA BACA LINK OK) Bermula lah ceritanya sebegini... Pengalaman aku lah kan... aku nak cerita la nie... sabar nak ingat semula detik detik kecemasan... 2014 kerja sangat stress dan penat bila duduk di tapak bina CAMERON HIGHLANDS PAHANG, cuaca sejuk panas, dengan ketekunan kerjaya baru.. best juga duduk site banyak pengalaman yang dipelajari... tak silap aku dah cerita dah.. so sampai lah satu ketika keadaan badan aku kurang menyenangkan... terasa semacam.. Symptoms yang kena kat aku :  Pic semasa sakit (SAKIT PERUT MUNTAH-MUNTAH) *Tak selera makan langsung (TAK BOLEH TIDUR LENA) *...