Skip to main content

Musibah Ramadhan 04/08/2011

Assalammualaikum semua kali ini aku nak mulakan dengan zikir taubat untuk merenung kesilapan dan musibah. 

I’tiraf

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

(Arab verse)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

( Kemalangan di Jalan Tun Razak berhadapan susur keluar lebuh raya Ampang )
Subhanallah, ini semua salah aku, aku bawak keta tak berhati - hati, walaupun masa kejadian hari hujan. macam mana nak cerita pun tak tahu la, jom aku cerita juga mcm mana kejadian ini berlaku kepada aku.

Bersamaa 4 Ramadhan Khamis 4 Ogos 2011 masa 4 pm, Hp Blackberry 9700 aku berbunyi, aku dapat jumputan untuk berbuka bersama, ketika itu hujan membasahi bumi, oleh yang sedemikian jemputan itu telah aku terima dengan ikhlasnye untuk berbuka bersama - sama di Nasi Kandar Pelita KLCC, hujan masih membasahi bumi, jam telah menunjukka 5.30pm aku pun terus bergegas dengan slumbernye aku mencapai helmet motor dan terus meredahi hujan untuk pulang kerumah, setelah sampai di rumah aku pun bersiap - siap untuk bergerak bersama sahabat ke KLCC menaikki kereta, jalan sesak dari Jalan Kucing ke Jalan Tun Razak, aku masih bergerak dengan perlahan - lahan sambil mengcapkan sepatah ribu kata bersama sama sahabat ku di dalam kenderaan. "Wah cantik gila Satria Neo CPS tu kan?" sampai masuk susur keluar dari Jalan Kucing terus menuju ke Jalan Tun Razak, jalan masih agak sibuk dengan kesesakkan di Pekeliling, aku masih meneruskan perjalanan seperti biasa, setelah sampai di fly over berhadapan Pejabat Besar Celcom kami meluncur seperti biasa, jam tepat 7.10pm lebih kurang jaraknya 6km kereta dihadapan aku memberhentikan kenderaanya dan secara sepontan aku menekan brek kereta dengan kuat, oleh disebabkan jalan licin maka kami pun mencium belakang bontot Proton Saga BLM, dan itu lah kesahnye, Saman RM300, Lori Tarik RM150, kereta rosak, berbuka 8.30pm, dll. jam menunjukkan tepat 10.50mlm pulang kerumah dengan menumpang kereta kawan yg sudi membantu.

( Bontot kereta Proton Saga BLM )
Ape yang boleh aku katakan kat tuan punya kereta "abg ok? klu ok tak pe laaa".. 3 kali kejadian aku melanggar dan dilanggar ayat yang pertama akan aku katakan ialah benda yang sama. Entah laaa tak boleh nak cakap mcm mane dah. Hanya berserah dan redha, ape yang aku ingat hanyalah dalam hati aku,

"Ya - Allah ampunkan dosa ku Ya - Allah jika ada kesalahan aku muhun dimaafkan dan mohon dijauhi dari benda - benda yang akan menyebakan aku melakukan dosa - dosa."

"Setiap kejadian adalah ketentuan dan mempunyai sebab - sebabnye, oleh itu aku tak akan menyalahkan sesiapa dan redha itu adalah ubat kepada segala - galanya"

Betul kata - kata dari arwah mak aku, "setiap ape yang berlaku pada kita, walaupun susah perit dan gentar kita harus bersabar dan tabah menghadapinye, walaupun biar hidup kita miskin kita jangan ganggu orang lain, jikalau ada rezki Allah akan bantu dan berikan kita petunjuk kepada jalan penyelesaian dan kebenaran"

Ape - ape pun aku akan sentiasa berada disisi Mu Allah S.W.T, dan tiada tempat lain untuk aku bergantung dan untuk aku mengadu masalah - masalah ku. Aku percaya yang Allah itu maha mengetahui. Subhanallah aku akan bersabar dan berusaha untuk menuju ke jalan yang diredhai. aminnn...

Salam keberkatan
~Arjunakirana~

Comments

  1. err aswad ok ke? terkejut cikki baca entry ni.. err nape facebook aswad x leh buka?

    ReplyDelete
  2. innalillahiwainalillahirojiun...
    dugaan bulan ramdhan..ptut laaaaa.
    yg penting orng dlm keta tu slamat...

    ReplyDelete
  3. ape leh buat.. kena redha je laaa.. sabar dan bersabar :D

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...