Skip to main content

Duduk ditengah-tengah Jalan

Subhanallah sesungguhnya Allah itu maha adil dan saksama pada kesemua umat-umatnya di dunia yang sementara ini. wahhhh mukadimah aku kali ini kena dengan tema di bulan puasa. hehehehe... sebenarnya kali ini aku saja nak menceritakan tentang "si pengemis jalanan" entah dimana datangnya mereka ini apabila datangnya Bulan Ramadhan bersepah dan ramai yang meminta-minta belas kasihan dan simpati kepada mereka yang mempunya hati yang lembut selembut gula gula kapas, sekali terkena air terus hilang. 

Kisah bermula, sebenarnya aku macam biasa la aku kan pergi ke bazar ramadhan di jalan kucing, tepat jam 6.30 setiap hari aku akan pergi ke bazar ramadhan jalan kucing bersendirian, aku lebih suka jalan-jalan sorang-sorang sebenarnye, agak tenang dan fokus kepada target makanan yang aku nak cari.. hahaha.. biasa la aku punya suka la aku nak makan ape!!!.. aku tak minta pun kat orang lain, hahahaha... suke suke je aku nak cakap kan kan kan? hei tak baik laaaa..(aswad jahat) 

( Puding Roti ada 2 tempat tapi aku pilih yang penjualnya menutup aurat )
Bila dah jalan pusing keliling ape yang aku beli 2 jenis makanan jeeee... Puding dengan Nasi ayam, hahaha cukup la untuk berbuka jimat sikit, jangan membazir tak baik, ada orang yg lagi susah tak makan mcm kita nie yang terlebih makan... eh bukan aku tau.. aku kurus jeee.. makan pun ala kadar jee.. kais pagi makan pagi kais petang makan mlm.. hehehe.. 


Ape yang aku jumpa kat bazar ramadan tadi, haaaa... inilah kejadiannye, walau pun nampak dari raut wajah bukan lah seorang yang muslim akan tetapi ko rang tahu siapa yang bersimpati dengan si pengemis ini? kenapa si pengemis ini mencari lokasi bazar ramadhan sebagai tempat mengemis? kenapa tidak di tempat - tempat mereka beramal ibadat? haaaa... banyak persoalannya kan.. bagi aku sebenarnya si pengemis ini tahu yang pada bulan ramadhan ini lah masanya ramai umat - umat islam memberikan sedekah amal jariah kepada sesiapa sahaja, kerana bulan inilah umat islam di tuntut untuk memperbanyakkan bersedekah. Maka tak hairan lah si pengemis ini mendapat pendapatan yang lumayan ketika di bulan ramadhan. Syukur Alhamdulillah.

( isteri siapa lah gamaknye kan? kesian dia, tahun lalu nyonya tua )

Bersedekah sebagai tanda bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah :

Riwayat Bukhari dan Muslim

Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah S.W.T, sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah S.W.T kelegaan kepadanya.
 
Pengajaran hadith:
i) Amalan memberi sedekah disifatkan sebagai penebus dan pelupus dosa dan ia merupakan pintu kebajikan yang boleh menghalang daripada api neraka. Orang yang suka bersedekah menunjukkan dia bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah di mana ia merupakan kunci utama ketenangan dan kebahagian hidup di dunia.

ii) Aspek yang terpenting dalam bersedekah ialah keikhlasan niat bahawa amalan itu adalah kerana Allah S.W.T semata-mata, tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk kononnya kita adalah seorang yang pemurah dan sebagainya.

iii) Tidak sewajarnya kita bersedekah kepada orang lain, sedangkan keperluan diri dan keluarga sendiri diabaikan. Oleh itu sebaik-baik cara bersedekah ialah ia dimulakan dengan orang yang di bawah tanggungan sendiri, keluarga dan sanak saudara kerana memberi kepada orang yang berhak itu adalah lebih utama.

iv) Bersedekah sesungguhnya akan memuliakan maruah seseorang sebaliknya meminta sedekah akan menjatuhkan maruah diri sendiri. Itulah sebabnya mengapa Islam menggalakkan umatnya agar berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki, bukan mengharapkan belas kasihan orang lain.

Sampai disini sahaja untuk kali ini,
~ Salam Ramadhan dari Arjunakirana ~

Comments

  1. puding roti! sodapppnye..=O

    dekat bazar pon, sah2 ramai sangat umat..+ bulan ramadhan...

    ReplyDelete
  2. Entah la mane datang nye.. tapi tak pe.. asalkan tak mencuri sudah :D

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...