KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,"
kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi
penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program
pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan
bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara
kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya
Aidilfitri.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat
menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian
ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,"
katanya.
Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan
1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan
anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA
Al - kisahnye :-
![]() |
| ( aku yang pening lepas pengumuman keluar, bos aku suh mcm2 buat kerja tambahan sblm cuti ) |
Baru je umum dapat bonus tetiba je bos buat alasan.. "kan dah dapat BONOS keje pun mesti la kena bagi banyak - banyak.. eh eh jangan bagi alasan yeee.. ambik semua fail dan drawing nie dan buat semula seperti yang telah diarahkan.. !!!!"
Wooooo... sekuizzzz meeee!!! bos pun dapat BONOS ok!!! tak yah la nak sebuk sebuk time mcm gini, relek laaa slow slow, kenapa tetiba je nak membebankan. sabar sabar... sambil tersenyum ( pergh dalam hati.. lebih lebih nmpk!! )
Selalu mcm gini jadinye.
Situasi pertama : Kalau orang dapat Anugerah Cemerlang, mula la dok sok sek sok sek.. dah dapat pekerja cemerlang tu keje kena la pun cemerlang, jangan buat loq laq pulak, sampai nak pegi tandas pun kena bagi tahu, maklum laaa pekerja contoh... haaaakkkkk toooiiiiii :P
Situasi kedua : Kalau orang dapat rezki dlm bentuk hadiah, " peah oiii.. tu dapat hadiah tu mesti rasuah " choyyy.. dengki betul laaa..
Mentaliti orang orang melayu tak lepas dari hasat dengki.. lantak laaa.. aku mcm biasa jeee.. baik bosss!!!!.. ada aku kesah, lalalala..
![]() |
| ( siaran langsung selepas pengumuman bonus keluar ) |
Walaubagaimanapun aku macam biasa la, mengomel ngomal aku insyaallah aku siapkan cuma lambat dan cepat je.. hehehe ini nak pesan sikit dari penaja :
Pesanan penaja : " Dah dapat bonus tu berbelanjalah dengan elok - elok ye!! " heyyy bila la nak masyuk nieee.. nak bayar saman keta selepas langgo kereta BLM minggu lepas nieee.. RM500 tuuu.. dah la jatuh ditimpa tangga la pulak, bukan tangga kayu tapi tangga batu rumah Melaka tuuu.. raya tahun ini aku berpoket "0" leee... "maaf la anak - anak sedara aku.. pokcik tak dapat nak bagi duit rayo banyok banyok.. nanti selok poket dulu klu ada sekupang dua tu jo lah yg pokcik boleh bagi eeee.. :("
Kuih raya dah oder, dah teroder sebelum kemalangan, terpaksa la bayar.. arghhhh.. *(~,~)* migrain laaaaa
Pengajaran : ( Ne - pikir jd Pv + )
1) Lain kali bawak kete laju - laju time hujan
2) Berbuka je kat rumah jangan nak menggatal pegi KLCC
3) Insuran tu lain kali bayar paling murah
4) Lain kali nak langgo! langgo je BMW
5) Kalau kena saman, minta polis trafik tu saman yg mahal - mahal
6) Nak settel kan semua masalah pegi mintak sedekah kat Bazar Ramadhan Jln Kucing
7) Kalau tak dapat juga jual Boxer segala kat apek dlm cite bujang lapok
8) Tak boleh juga pegi curi getah buku kat kg aka Getah lantun org melaka cakap
9) Masih juga tak boleh selesai jual buah pinggang + hati + mata + dan tttttttuuuuuuttttt
10) Pegi bunuh ikan, kucing jiran sebelah, hassi aka anjing jiran sebelah = masuk TR
Sekian pasal bonus tahun nie.. huahuahuahua..fikir - fikir kan dan selamat beramal :D
~Arjunakirana~
~Arjunakirana~


dapat bonus nak bayar sama juga ni...
ReplyDeletepastu tak sampai kg lagi dah kena saman baru arghhhhh!!!!!!... x tahan :D
ReplyDeletedpat bonus nak share2 x? haha
ReplyDeletenak nak nak.... :)
ReplyDeleteapekah yg t'coet kler merah kt kiri tu? hahaaaha
ReplyDeletedpt bonus je msti x dpt kt dri sndiri kn..alahai.
dpt 3bulan bru dpt kt dri sndri kot..(huihh!tomak!tomak!)