Assalammualaikum semua kawan kawan...
*
aku sedih dan pilu kenapa manusia masih lagi ada rasa dengki..
aku tak mengata kamu
*
aku tak menuduh kamu
aku tak menghina kamu
*
aku tak membenci kamu
*
aku tak memaki hamun kamu
AKAN TETAPI
*
Aku dihina oleh kamu
*
Aku dituduh oleh kamu
*
Aku diperbodohkan oleh kamu
*
Aku dibenci oleh kamu
*
Aku dimaki hamun oleh kamu
*
Aku berikan kamu madu akan tetapi
disebaliknya racun yang kamu berikan kepada aku
Aku redha dan terima, mudah mudahan Allah akan memberikan petunjuk kepada kamu
Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya
Riwayat:
Riwayat Hadith al-Bukhari
Hadith:
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: Tidak boleh
iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah
dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang
benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah
ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya
(al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain.
Huraian Hadith:
1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad
dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh
mendatangkan kebaikan Sahaja.2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.
3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.
Sekian Terima Kasih
~Arjunakirana~



moga dijauhkan kita dari perasaan hasad dengki dan iri hati
ReplyDeletesabar..
ReplyDeletejawapannya, ade kat gambar last sekali...
gambar last sekali tu bab dengki gak tu.. dengki org sebelah baca doa, dia pun baca doa kuat2.. semua org tahu ape yang dia doakan.. adeiii.. :(
ReplyDeleteerrr, ye ke?
ReplyDeletesebaik2nya, cukupla antara diri sndiri dengan Maha Pencipta...
betul betul sokong je :)
ReplyDelete