Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Semalam aku pergi kedai akurium dekat Jalan Sentul, nak beli makanan ikan dengan kawan aku adoiyai, sekadar nak beli cacing untuk makanan ikan aku je, sambil sambil tu aku saja suka tengok ikan ikan kat kedai itu, Al-maklum la aku ni mungkin peramah sangat, dok tengok tengok ikan aku tanya la mamat endon yang jaga kedai tu, kebetulan dia pun peramah la juga, tanya macam-macam la aku, pasal ikan nie. sampai jantina ikan pun aku nak tahu, hahaha jadi dia terangkan mane yang jantan mane yang betina, so dapat la aku pendidikan yang baru. Tapi yang aku sesal sangat-sangat, disebabkan aku mamat indon tu kena marah dengan toke kedai sebab menyembang dengan aku.. adoiii..
Toke aka bos dia tu nampak je comel-comel senyum je kat pelanggan dia, sekali dia marah macam singa, aku pun terkejut, tengah bersembang nie boleh bos dia tanya kat mamat indon tu aku nak ape? mane tak nenyirap aku satu badan, tapi boleh tahan lagi, tetiba darah aku dah naik sampai telinga aku merah laaa panas jeee.. adoii klu dia bos aku dah lama dah kena, adoiiii tapi kesian kat mamat indon tu, sedih aku tengok sebab kena marah depan aku, terus aku rasa bersalah yang amat sangat, "RUPANYA PERAMAH PUN SALAH" bak kata pepatah peramah biar bertempat, jadi tak pe laaa, mungkin ada hikmah disebaliknye.
Oleh yang sedemikian aku tak kata nak salahkan sesape, cuma aku rasa aku yang bersalah sebab peramah sangat, sama-sama la kita jadikan pengajaran,
"JANGAN BERSEMBANG MASA BERKERJA"
hahahaha tak boleh blaaaaa, aku keje ok jeeeeeee,
"MULUT BERSEMBANG TAPI KEJE JALAN JEE"
saje je bos dia dengki kat pekerja dia, takut aku korek rahsia perniagaan dia hahahaaa tapi dapat juga..
"RAHSIA MENGENAL JANTINA IKAN"
lepas nie bos dia tak boleh tipu aku aaaaa.. itu la faedahnye jika kita tak membeza-bezakan sesama manusia, Allah jadikan manusia berlain-lain agama dan bangsa adalah untuk kita beramah mesra dan saling kenal mengenali. Bukannye untuk saling bermusuh-musuhan. Wallahualam bissawab.
Sekian sahaja ek,
~Arjunakirana~


peramah tu tak salah...
ReplyDeleteawalnye comment.. hahaha.. lantak laaa.. kesian mamat indon tu :(
ReplyDeletesblum mula kerja, mlawat la kawasan dlu...=p
ReplyDeletebayar ganti rugi kt indon tu..=p
tu la rasa bersalah sangat, nanti nak belanja dia makan teh tarik dan indo mee laaaa.. huauahau.. kan dah teringat balik kesalahan kemarin sop sop sop sedih :(
ReplyDelete