Skip to main content

Untung Membasuh Pakaian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. salam sejahtera pada yang bukan islam, Kali ini aku nak menceritakan berapa untungnya membasuh kain, Bagi aku sangat lah beruntung jika kita membasuh pakaian. selain mendapat pahala, kebersihan juga adalah dituntut oleh agama islam. Macam aku, disebabkan berstatus BUJANG maka terpaksalah basuh baju sendiri. kekadang aku anta je ke DOBI sebab dah tak sempat nak basuh sendiri. Faham-faham je la klu STUDY PART TIME tak da masa nak basuh kain, Dulu cuti-cuti selalu la membasuh. Tapi sekarang dah lain, jadual penuh dengan kesibukkan duniawi nie.. adeiiii... merungut la pulak :D.

Kawan-kawan nak tahu kenapa aku kata untung jika kita basuh kain.. hehehe... sebenarnya cerita ini ada berkaitan "PEEL" atau lebih mesra alam "TABIAT". Aku nie suka sangat lupa pasal nie.. klu tak rugi besar dan untung kepada orang lain... hehehe... nah cuba try teka TABIAT ape yang selalu aku buat secara tak sengaja... hehehe nak aku tunjukkan gambar contoh... @ Klu untuk menjana pemikiran ko rang... hehehhe... NAH KAU!!
( Simpan duit dalam poket sudah pasti la kan )
Haaa.. cuba tengok simpan duit lebihan yang diguna dalam poket.. tak kira la RM50, 10, 5, 2, 1 semua nya boleh terjadi bila bila masa.. adoiiiyaiii.. aku ni pelupa pasal simpan duit dalam poket, habis kerja balik rumah terus salin baju suar mandi solat dan meneruskan kerja kerja yang sepatutnya dilakukan selepas balik kerja. Pakaian kerja tadi yang aku pakai terus je longgok dalam bakul kain kain terpakai. konon nak cuci hujung minggu, esok pakai baju lain pulak.
Masalahnye aku lupa yang dalam poket tu ada duit. adoiyaiii,,, yang paling seronok pasal duit yang tertinggal dalam poket nie ialah. bila kita dah sangap sangat nak guna duit. tak tahu nak buat ape bila dah senggkek nie.. duduk rumah mula la rajin nak basuh kain. HUHAHAUHAUHUAUHA.. sekali selok selok poket pergh...... dapat duit tuuuu... HUAHUHAUHAUHAUHAUAHAUHAAUHAH gila sakan oooooooo mane tak nye dapat duit sendiri..  dimasa tahap sangap bila kita perlukannya. ada sekali tu aku dapat sampai RM 70, gila gila kentang. Memang tak sangka banyak camgitu aku boleh dapat dalam poket seluar dan baju aku... heiii... ada sekali tu... sampai aku dah basuh baju kering kan baju... time nak lipat jumpa RM50, perghhhhh seronok laaaaa... macam UPAH sebab basuh kain... SERONOK LAAAAA....
( Duit yang selalu sangat dilupakan hehehehehehehehehe )

Kalau kisah mcm nie aku teringat kat MAK KAWAN AKU yang bernama Shafizuan Shafiq @ Shapie aku nie suka sembang dengan mak mak kawan aku... dan dia orang pun suka.. klu datang rumah je mesti nak menyembang.. dia pernah kata " ASWAD MAK CIK SUKA BASUH KAIN" aku pun pelik la jugak.. kan itu dah menjadi kebiasaan. aku pun tanya KENAPA MAK CIK? hehehehe.. mak cik tu ketawa. SEBAB MAK CIK DAPAT UPAH" upah ape mak cik... MAK CIK DAPAT DUIT DARI SELUAR PAK CIK, MAK CIK AMBIK JE BUAT MCM HARTA SENDIRI.. hehehe aku pun ketawa, bagus la mak cik nie.. saya suka keluarga mereka nie... sungguh bahgia. Oleh yang sedemikian aku pun macam biasa laaa.. ketawa je laaa... ada sekali tu aku sebang dengan AYAH si Shafizuan Shafiq.. "SEBENARNYA PAK CIK SAJA LETAK DUIT TU" UPAH ASWAD KITA KENA BUAT MCM TU SBB KITA SAYANG DIA" perghhhh sungguh terharu aku..
( Almari aku yang dah sesak dengan pakaian aku adeiiiii )
Jadi sape kata membasuh kain itu adalah menyiksakan.. selain dapat pahala boleh dapat duit!!! kan kan kan.. Untung oooo basuh kain lipat kain. dengan cara itulah kita dapat menenagkan fikiran kita diwaktu cuti-cuti. Bagi aswad aku tak kesah nak basuh kain, lipat kain, sidai kain, sapu sampah, basuh pinggan, cuci bilik air, kemas kemas rumah, boleh je nak buat kalau rajin. Tak semestinya semua kerja kerja itu di serahkan kepada perempuan. 

Kalau nak lebih untuk meningkatkan harga diri kita, cuba memasak pulak, Sebenarnya memasak itu bukan untuk selamanya, mcm CHEF WAN, kita belajar memasak untuk kita menilai masakan orang lain, tak la asik redah je makanan walau tak sedap... Lelaki memang mcm tu.. telan jeeee ape orang masak. adeiii mene la tak kena penyakit dan cepat mati.. kalau kita pandai masak sekurang2nya boleh la kita menilai dan bandingkan mana elok dan mana tak elok untuk kebaikan diri sendiri jugak. Tak salah kan!!!!!

Ok la sampai disini sahaja aku nak cerita, nanti kawan kawan malas pulak nak baca... hehehehe...
~cuba fikir-fikirkan dan selamat beramal~

Sekian, terima kasih
Arjunakirana

Comments

  1. haha.cm ni bak aku basoh kain baju ko yew.haha

    ReplyDelete
  2. hehehehe... bini aku la nanti yang untung... bak kata ayah kepasa shafiq.. sayang bini <3

    ReplyDelete
  3. wuuuu, p.cik itu sangat comeyyy...XD
    mar jmpa duit RM1 jee, pling hebat masa nk sidai kain jmpa kamera dlm m.basuh...T__T

    ReplyDelete
  4. haaaaaa!!!! gila2... klu setakat pen ke tali pinggang ke ok gak... ini kamera!!! kamera DSLR ke??? uahuhauahuhauha...

    ReplyDelete
  5. klu DSLR, mau nye meroyan tang tu jgk wei...
    camera compaq sony..
    nsib pic. dlm tu still bole diupload..klu x, naya je kne pi site balik...adehhh.

    ReplyDelete
  6. hahahahaha... itu kesalahan sendiri, jgn salahkan kamera aswad yg kena bakooo.. :D

    ReplyDelete
  7. haha, silap plak clearkan poket sebelum basuh bju..kalo tak, dapat upah gak, huhu..

    ReplyDelete
  8. hehehe... itu tabiat aswad, tak semua orang mcm aswad nieee... keburukan aswad nie jangan di ikut tak ada faedahnye deeee... cuba klu baukan duit? kalau surat ke.. bil bil ke yang penting2.. haaa mcm cik miz marikh kita tuuu... kamera kan rugi :D fikir-fikirkan dan selamat beramal :D

    ReplyDelete
  9. pasni buleh la nk buat perkhdmatan dobi... untung2 dpt duit lbih.. hohoo

    ReplyDelete
  10. laaaaa... sape yang dapat untung nie?

    ReplyDelete
  11. ini mesti kes nak pau ekkk... jahat jahat :)

    ReplyDelete

Post a Comment

orang aje hehehe

Popular posts from this blog

TERLALU JUJUR SEHINGGA TAWAR HATI

Assalammualaikum, sahabat2 blog Arjunakirana semua, Tahun 2024 sangat-sangat memberi kesan terhadap perubahan pada diri sendiri dengan keadaan sekeliling. Sekian lama bersabar dengan kraenah sekeliling yang masih tidak memberi sedikit peluang dan penghargaan, Berapa kali diperalatkan oleh mereka-mereka yang lebih berkuasa, Mungkin kali ini aku malas naik taip panjang-panjang.. cukup sekadar apa yang ada sahaja.. cakap banyak2 pun tak guna kan.. hahaha.. PART 1 : Kerja seperti biasa, masih kekalkan momentum 18thn yang lalu.. kerja-kerja smpi dah tak tak larat nak kerja jauh2 ni.. Penat dah tua kot.. hahaha sedar diri ok..  PART 2 : Cukup-cukup sudah sampai disini sahaja khuderat yang akan aku berikan.. jadilah sekadar apa yang ada sekarang.. PART 3 : Buat-buat tak tahu jer.. ada aku kesah... Noted. Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2024 Signage Taman Awam Kuala Kerteh Menara Pandang Taman Awam Kuala Kerteh Taman Awam Kuala Kerteh Terengganu 2...

Pulau Tioman Seindah Pandangan

Assalammualaikum guys, pergh lama aku cuti dari menulis blog ARJUNAKIRANA nie, maklum la cuti jalan jalan ke negeri orang, kan dulu aku ada bagi tahu yang aku nak pegi ke Pulau Tioman, so sekarang baru la berkesempatan nak menaip pun, hehehehhehe... Wahhhh.. komen post aku cite pasal BOXER LEMAU DIHIDANG UNTUK TETAMU bukan main suke ye ko orang, gelak laaaaaa nanti ko orang kena baru tahu, sudah sudah jangan dikenang cerita lama, so aku nak cerita pasal bergumbira pulak, haissss... Pergh.. cantik sungguh pulau tioman nie, sampai-sampai saje dah teruja dengan kejernihan air dia, tapi tak sama dengan dekat Pulau Tiga yang dasar dia punya dalam [orang kata] tengok dalam gambar pun dah teruja, tapi tioman best gak dan yany termampu oleh kami, best la walau ini kali ke 2 aku pergi tapi pengalamannye tetap berbeza, dulu aku pegi dengan family member banyak tidur dari aktiviti. tapi kali nie nak tido pun tak sempat hahaha.. Tengok tu baru je sampai dah landing ata...

Salam Ramadhan Di Cameron

Ehem..ehem...ehem... Assalammualaikum guys, wah ramai yang buat entry SALAM RAMADHAN 2014, Arjuna pun nak buat gak laaaa... Syukur sangat - sangat diperjodohkan lagi dengan bulan ramadhan bulan yang mulia ini, Teringat bulan ramadhan yang lepas, ermmmm... aku rasa aku nak buat lagi baik dari yang lepas lepas... itu semangat aku laaaaa... selalunya semangat nie tak lama mane pun... faham - faham je laaaa.. manusia biasa penuh dengan hawa nafsu, sampai bila? sampai mati kot baru la hilang hawa nafsu nie... gagagaga dah merepek la aku nie... STOP!!!!!! watch out 1st day Ramadhan (mlm nanti nak pegi traweh), sejukkkk... hujan lebat di cameron, ermmm.. niat nak pegi masjid solat traweh.. last - last duduk kat dalam hotel je laaaa...(alasan manusia jahil) jam 10mlm baru reda hujan, ketak - ketak kaki tangan satu badan, perut rasa lapar, jadi keluar hotel jengok - jengok restoran... ermmm.. semua tutup, yang ada restoran mamak mamu... alahai malas la pulak.. balik hotel laaaa... maka...